Friday, January 22, 2021

author photo

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim | Drama yang akan mengantikkan Bidadari Salju iaitu Rahimah Tanpa Rahimah. Mula ditayangkan pada 22 Januari 2021, drama ini ada meninggalkan mesej yang ingin disampai. 


rahimah



Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim 

Drama ini mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya Mak Aini (Liza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya. 


Pada masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), merupakan seorang pengasas NGO remaja yang bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenafian Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarganya tergadai dan semakin cuba menjarakkan diri daripada Jauhar. 


Lagi mengeruhkan keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubung dengan Jauhar kerana tidak mahu keluarganya terpalit sama dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung yang suka berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dari awal permulaan peristiwaitu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya. 


Apakah kaitan antara Rahimah dengan kes Pak Akob itu, Mampukan perempuan tidak sempurna ini bertahan  dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya? Jangan saksikan drama ini pada 7 malam di tv3 setiap Isnin hingga Jumaat. ( Sumber Wikipedia)


Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim 

Drama ini menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.


Pengarah Dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan produksi karya Country & Universak Sdn Bhd. 


Lagu Tema Drama Rahimah Tanpa Rahim


Tajuk Lagu : Lara 

Penyanyi : Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli

Komposer : MFMF, Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli

This post have 3 komentar

avatar
Shahada Fauzi delete January 23, 2021 at 9:24 PM

dah start eh cerita ni..boleh la layan nanti..

Reply
avatar
Naimy delete January 27, 2021 at 8:30 AM

Husband tak bagi tengok cerita ini....adaptasi novel ni, dia kata baca novel kalau nak...sebab tak bagi kerana scandal bapak rahimah dgn budak sekolah. Reason ada anak sekolah kat rumah....ikut je lah larangan....kita cari novel lah nanti..kan...

Reply
avatar
Cik Ash delete January 27, 2021 at 12:28 PM

Shahada Fauzi : dah start dah sha... kin x sempat tngok lagi :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post