Sunday, January 3, 2021

author photo

Sinopsis Drama  Hadiah Dari Tuhan Slot Lestary TV3 | Assalamualaikum...Drama Hadiah Dari Tuhan ada sebuah drama berkisar realiti kehidupan kita sekarang dimana kita mengalami pademik COVID-19. Bagus pengarah ini buat drama ni. Drama yang harus di tonton untuk semua peringkat umur, ada mesej yang disampaikan dengan situasi sekarang. 


drama hadiah dari tuhan



Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan 

Drama ini menampilkan lakonan Syafi Tee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan dan ramai lagi. 


Pengarah Dan  Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Fairuz Loy, dan terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Drama bersiri ini sebanyak 13 episod. Bersiaran pada 30 Disember 2020.  Setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam. 


Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan 

Drama ini mengisahkan suka duka 3 orang remaja yang berdepan dengan cabaran kehidupan  ketika wabak Covid-19 melanda negara. 


Qul Fattah (Syafi Tee) daripada keluarga kategori B40,merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga yang menjaga adik perempuannya, Qas Fatin (Puteri Rafasya) selepas kedua ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya, lima tahun lalu. 


Mereka kini menetap bersama-sama dengan nenek mereka yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit, Siti Ainum.


Sebelum pademik Covid-19, Qul menyara kehidupan sebagai pekerja sambilan di sebuah pasar raya dan tinggal di rumah pangsa PPRT. 


Ika Nabila (Riena Diana) yang berasal daripada keluarga kategori M40 adalah satu-satunya anak kepada Jannah (Amy Mastura), seorang ketua jururawat di hospital kerajaan. Jannah terlebih dahulu berpisah dengan suaminya ketika Ika masih di usia yang kecil.


Manakala Bella Roselina (Sophia AlBarakban) pula lahir dalam keluarga T20, membesar di banglo yang mewah dalam kehidupan serba gah bersama dengan kedua ibu bapanya, serta datuk dan nenek. 


Kehadiran wabak Covid-19 bagaimanapun membawa besar dalam kehidupan tiga remaja ini.


Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan 


Ramai yang terlepas peluang nak menonton drama Hadiah Dari Tuhan kan di bawah ini Cik Ash kongsikan cara untuk menontonnya anda boleh layari laman sesawang IQYI.com ataupun muat turun apliaksi IQYi secara percuma di Apple Store dan Google play store. Anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh.


👉Hadiah Dari Tuhan



This post have 4 komentar

avatar
Farrah MF delete January 4, 2021 at 3:35 AM

Belum sempat tengok lagi drama ni.

Reply
avatar
Shikin Razali delete January 4, 2021 at 8:58 PM

Aritue dapat tengok sekejap jea tapi tertido la plak...😂😂

Reply
avatar
Shahada Fauzi delete January 9, 2021 at 1:25 AM

Best drama ni.. Minggu ni dah terlepas nak tengok.. Kena cari kat youtube tv3 la kalau ada..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post