Wednesday, February 24, 2021

author photo

Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1-13 (Penuh) | Assalamualaikum...Bagi anda yang terlepas nak menonton Drama Melastik Ke Hatimu ini, anda boleh menonton secara online menerusi laman sesawang iQYI dengan secara percuma. 


MKH



Drama ini ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary jam 9.00 malam setiap hari Rabu hingga Sabtu. Ianya ditayangkan pada 21 Januari 2021. 


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan terbitan syarikat OrangTree Production. 


Pelakon Drama Melastik Ke Hatimu 

Drama 13 episod ini mengandingkan pelakon Janna Nick dan Andi Bernadee, turut membantu dalam drama ini adalah Norman Hakim, Wani Kayrie, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Azrel Ismail, Ahamd Ezzarin Loy, Afifah Nasir, Noniwara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman. 


Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu 

Drama ini mengisahkan Haura, seorang minah kilang yang memiliki perangai gila-gila dan suka mengunyah chewing gum. Di kilang itu, Haura selalu bergaduh dengan Natasya yang asyik tidak berpuas hati dengannya. Mereka berdua ibarat 'gangster-gangster' kilang itu. Haura bercinta dengan Naim namun begitu mereka mendapat halangan daripada Mak Limah kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya. 


Haura kerap kali dating dengan Naim selepas waktu kerja dan Faida, Kakak sulung Haura akan menjadi mangsa untuk coverline Haura depan Mak Limah dengan mengatakan Haura buat over time dan akan pulang lewat. Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja, sudah lama menaruh hati kepada Haura. 


Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupannya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami. 


Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad.  Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.


Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1  Hingga Episod 13

Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Melastik Ke Hatimu ini anda boleh menontonnya menerusi laman web IQYI secara online dan percuma. Anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini. 


👉Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga 13 ( Penuh)

This post have 4 komentar

avatar
mamapp delete February 25, 2021 at 1:34 PM

teringin plak nak tengok sebab janna nick dgn andi berlakon

Reply
avatar
Ayu.ju delete February 25, 2021 at 9:52 PM

saya tengok cerita ni sebab nak tengok andi bernadee ja berlakon hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete February 26, 2021 at 7:54 PM

Best drama ni.. Suami kita layan hahaha dia kemain susah nk layan drama

Reply
avatar
Cik Ash delete February 26, 2021 at 7:55 PM

Sama la nak tgk dia berlakon boleh la masih baru berlakon ka. Nanti lama2 ok la tu

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post