Tuesday, February 16, 2021

author photo

Sinopsis Drama Marry Me Senorita | Assalamualaikum... Drama terbaru lakonan Janna Nick & Dini Schatzman di slot MegaDrama Astro Ria. Disiarkan mulai 2 Februari 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. Merupakan adaptasi novel 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana. 


marry


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dan syarikat terbitan produksi Juita Viden Sdn Bhd. 


Pelakon Drama Marry Me Senorita

Mengandingkan Janna Nick & Dini Schatzaman , turut membantu dalam drama ini adalah Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin. 


Sinopsis Drama Marry Me Senorita 

Drama ini mengisahkan tentang Sofiy Leia ( Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaan di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. 


Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzman) dirumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard,tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya. 


Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin. Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya. 


Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika sudah terbit rasa cinta di hati.


Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella ( Shaza Bae). Ketika itu adik lsa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya lsa perlu berkahwin dengannya jika ingin tahu dimana adik lsa berada. 


Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja. Sofiy bertemu semula dengan lsa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik lsa. Adakah bahagia milik lsa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka saksikan drama bersiri ini di Astro Ria.

This post have 2 komentar

avatar
Sha Mohamed delete February 23, 2021 at 11:09 AM

Banyak betul drama dari novel sekarang nie..

Reply
avatar
Cik Ash delete February 26, 2021 at 8:04 PM

Ha ah tu xsempat nak ikuti hahaha

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post