Monday, February 15, 2021

author photo

Telur Goreng Kicap Pedas | Assalamualaikum... Dah lama tak kongsi koleksi masakan daripada dapurcikash dekat blog ini. Bab memasak dah rutin harian Cik Ash dekat dapur kadang tu kalau masak rajin mesti ambil gambar kalau malas tak adanya gambar hahaha.. 


telur goreng kicap



Sebenarnya menu ni sesiapa je boleh masak, menu simple dan senang sangat. Menu ni kalau buat memang pembuka selera seisi keluarga. Jom usha resepi dekat bawah ni 


Baca  Artikel Berkaitan

👉 Resepi Goreng Telur Dadar Oregano

👉 Sambal Tumis Telur Rebus Goreng

👉 Resepi Telur Masin Goreng Dadar

👉 Kari Telur Rebus Goreng




Resepi Telur Mata Goreng Kicap Pedas

Oleh : Cik Ash


Bahan-bahan 

 3 biji telur ayam 

2 sudu besar sos cili 

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

 2 biji bawang putih (dihiris)

 1/2 biji bawang holand (dihiris)

 1 biji tomato

 cili merah 

 cili padi

air (agak2)


Cara memasak : -

1. Panaskan minyak dalam kuali, Pecahkan telur dalam kuali dan Goreng telur hingga masak dan angkat biarkan.

2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang putih, hingga naik bau. Kemudian  masukan hirisan bawang besar dan cili merah, cili padi dan tomato. 

3. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram dan air. Lebihkan air kalau nak kuah banyak. Kacau rata dan biarkan mendidih. 

4. Padamkan api dan tuangkan kuah ke dalam pinggan telur di goreng tadi.

5. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih. 


Ok la itu jer cara Cik Ash buat telur goreng kicap pedas cara Cik Ash hihihi.. nanti kalau datang rajin nak kongsi resepi lagi dekat blog ni. Jumpa lagi ya. 

This post have 6 komentar

avatar
Sha Mohamed delete February 23, 2021 at 11:09 AM

Sedapnya menu nie cik ash.. Bertambah nasi kalau ada lauk nie..

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete February 23, 2021 at 11:12 AM

sedappp nii makan dengan nasi putih tengah panas - panas fuhh mahunya menambah 3 kali nasi ni

Reply
avatar
Shikin Razali delete February 26, 2021 at 8:10 AM

Saya pun kalu dapat lauk nie, memang akan menambah nasi.. hihi

Reply
avatar
Cik Ash delete February 26, 2021 at 8:05 PM

Ha ah minum tambah nasi ni hahaha

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post