Monday, March 29, 2021

author photo

Bila Tershopping Barang Di Shopee  | Assalamualaikum... Hai korang semua, hari ini berkongsi shopee haul dekat blog ni. Sejak pakai handphone baru ni kan, terinstall app shopee maka dengan ini terlock barang dekat shopee semasa seller buat live hahaha.. Aduhaiii.


shopee



Sebelum ini tak pandai nak guna shopee sekarang ni asyik shopee, suami siap kata hilir kan sekarang boleh tengok live shopee sokmo kalau tak sebelum ni nak apa tengok dekat handphone dia. Handphone lama Cik Ash tak support shopee dah sebab memori full hihihi. 


👉 Artikel Berkenaan : Tershopping Dekat Shopee Lagi


Barang apa yang Cik Ash beli semasa shopee live jom usha di bawah ni, ada juga barang yang Cik Ash beli tidak tengok live beli barang yang memang nak guna dekat rumah ni, jom kita usha dekat bawah ini hihihi



Barang pertama yang Cik Ash shoppping dekat shopee adalah bra hihihi, kiranya pertama kali membeli bra secara online, kalau sebelum ni Cik Ash beli di supermarket dan bra dari avon jer. Apabila tertengok live seller ni memang geram nak lock sebab seller yang baik, banyak kongsi berkenaan dengan bra, mula-mula join live Cik Ash terlock 3 helai dan kali kedua pulak 4 helai. Bra-bra yang dijual dekat shopee angel memang lawa gila dan sedap di pakai. Nak beli bra daripada branded cina kena beli saiz besar sedikit pada kita pakai hihihi. Cik Ash baru percubaan kan beli saiz biasa pakai tu agak ketat la sikit bahagian lilit tu mujur extander penyangkuk ada hihihi. Bukan bra jer dia jual macam-macam ada dekat seller ni. Harga  untuk bra RM9.90 murah kan. Kualiti kain dia memang terbaik sangat. 


Untuk Join Live 👉 Angelian Shop





Barang kedua yang Cik Ash beli adalah alat penyapu habuk-habuk segala sarang sesawang yang ada dekat rumah ni, Boleh setakat nak hilangkan habuk tu Cik Ash dah guna. Senang la kerja Cik Ash kalau agak susah gak nak hilangkan sarang sesawang tambah yang bahagian tempat-tempat yang tinggi tak sampai.


Untuk Beli 👉 Microfiber Duster



Barang ketiga Cik Ash shopping dekat shopee adalah Storage Box 38 liter dengan harga RM16.71. Storage box ni yang mak mentua punya dia nak letak pakaian dia senang nak ambik katanya.


Untuk Beli 👉 Storage Box



                                        


Barang keempat Cik Ash shopping pulak stokin dan facemask nak gilir-gilir dengan facemask yang pakai buang tu. Tambah sejak pakai pakai facemask ni muka sensitif alergik banyak jerawat dekat muka sekarang ni. 


Untuk beli 👉 Stokin Muslimah



Barang kelima adalah tong sampah yang nak diletakkan di dapur, dapur baru dah lama cukup setahun baru nak pakai tong sampah yang tutup hihihi.


Untuk Beli 👉 Tong sampah




Barang keenam adalah baju tidur nightwear yang lawa ada yang seksi, yang sopan yang ni Cik Ash lock semasa seller live yang ni dah lama beli bulan, baju tidur bundle murah sangat. 


Untuk join live 👉 Baju Tidur Bundle 



Barang ketujuh adalah tasbih moden beli dekat mok dan Cik Ash senang guna untuk buat amalan zikir-zikir kan. Senang di bawa dan mudah untuk digunakannya. 


Untuk beli Tasbih 👉Tasbih Moden


Ok la itu jer dulu barang yang sempat Cik Ash shopping dekat shopee, kalau ikut dalam troli banyak lagi tak cashout hahaha, beli yang mana lebih penting lagi. 

This post have 4 komentar

avatar
Cik Puan Ena delete April 9, 2021 at 11:48 PM

Haha ena pon beli pakaian dlm online shoppe gak sbb p kedai xboleh test lepastu habis stok. Jap lg tengok sama je. Tp hrga online lg murah

Reply
avatar
Cik Ash delete April 12, 2021 at 12:58 AM

Tu la kan sekarang xleh nak test pakaian kan..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post