Friday, April 30, 2021

author photo

Drama Sabarlah Duhai Hati Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum...Hai, lama tak update pasal drama dekat blog ni, Ni ada drama terbaru di Slot Akasia TV3 yang bersiaran  pada 28 April 2021. Merupakan drama adaptasi novel karya Mimie Afinie. Tajuk drama dan novel adalah sama. 


Sabarlah Duhai Hati


Pengarah dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan Eez Jalaludin, serta diterbitkan oleh produksi Suhan Movie & Tranding. 


Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati 

Drama bersiri sebanyak 35 episod ini mengandingkan pelakon Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli merupakan pelakon utama dalam drama ini, turut membantu dalam drama ini adalah Aiman Badrul, Iman Suhana, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Kodi Rasheed, Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Balkiys Semudur Khan, Pablo Amirul, Hisyam Bakar, Fadilah Mansor dan Haleeda. 


Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati 

Hidup Fira (Amyra Rosli) berubah sejak kelahiran, adik bongsunya,Danish ketika usianya 20 tahun, Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia.Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapal-kapal dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira dilamar oleh Affan (Saharul Ridzwan).


Affan, seseorang yang Fira rapat ketika masih kecil, kini melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan daripada sepupu Affan, Nadia (Iman Suhana). Nadia adalah calon isteri yang dipilih oleh Opah Affan. Nadia dapat tahu yang Affan bekerja sebagai Cikgu sementara. Ini membuatkan Nadia mengambil keputusan untuk menjadi murid di dalam kelas Affan supaya Nadia dapat  bertemu dengan Affan lebih kerap.


Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya? 


Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati 

Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Sabarlah Duhai Hati ini anda boleh menontonnya menerusi laman web iQyi secara online dan percuma. Anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini. 


👉Tonton Drama Sabarlah Duhai Hati

1 komentar:

avatar
Nina Mads delete May 8, 2021 at 11:17 AM

Sedih bila tgk fira hilang tempat bergantung sekelip mata

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post