Sunday, May 30, 2021

author photo

Biskut Cornflakes Sambal Ikan Bilis | Assalamualaikum...Baru nak kongsi resepi cornflakes sambal bilis ni dekat blog ni. Cornflakes sambal bilis ni Cik Ash buat masa dalam puasa kiranya nak makan hari raya. 


cornflakes



Saja-saja ingin mencuba cornflakes sambal Ikan Bilis ni selalunya buat yang cornflakes madu tu, kita ubah selera hihihi, alhamdulillah percubaan membuat menjadi dapat pujian daripada Mok mentua dia kata sedap hihihi. Jom la usha resepi cornflakes sambal ikan bilis di bawah ni :-


Cornflakes Sambal Ikan Bilis 

Oleh : Cik Ash 


Bahan-bahan

Cornflakes

Ikan bilis - goreng garing

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

Kacang tanah - goreng sekejap

3 sudu besar cili kisar 

3 sudu besar madu

serbuk perasa 


Cara Membuatnya :- 


1. Mula-mula kisarkan bawang besar dan putih, goreng kacang tanah dan ikan bilis.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih kisar hingga pecah minyak.

3. Tambahkan madu, serbuk perasa dan masukkan cornflakes, ikan bilis dan kacang tanah gaul hingga kesemuanya bersalut dengan rata.

4. Masukkan ke dalam papercup lepas tu bakar dalam 3 minit dalam air fryer suhu 170.

5. Sejukkan lepas tu simpan ke dalam botol dan tutup kemas-kemas ya.


Ok itu cara Cik Ash buat biskut cornflakes sambal ikan bilis, nampak senang sangat resepini kan.. hahahaha.. cara Cik Ash memang mudah sangat sebab nak cepat buat kan. Selamat memcuba resepi daripada #dapurcikash. Mok suka cornflakes ni dia kata tak puas makan nanti boleh buat cornflakes pun ada lagi hihihi.


This post have 2 komentar

avatar
Rabiahtul adawiyah delete May 30, 2021 at 10:22 PM

First time dengar cornflakes ikan bilis

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post