Monday, June 7, 2021

author photo

 Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum, Drama yang di adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie . Drama masih ada rindu ini menampilkan gandingan Mimi Lana dan Farid Kamil sebagai tunggak utama. Drama bersiri Masih Ada Rindu akan disiarkan sebanyak 16 episod, mulai ditayangkan pada 2 Jun 2021. 


MAR



Pengarah Dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Osman Ali dan syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd.


Pelakon Drama Masih Ada Rindu 

Drama ini mengandingkan pelakon Farid Kamil dan Mimi Lana sebagai watak utama, turut dibantu oleh pelakon lain iaitu  Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia, Miny Ghazy.


Sinopsis Drama Masih Ada Rindu 


Drama ini mengisahkan Nurul Syafika telah mendirikan rumahtangga bersama Luqman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. 


Kelahiran anaknya, Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsikan bersama ibu mentuanya, Hajah Noraini dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta kepada adik iparnya itu. 


Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun Syafika masih belum pasri perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. 


Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

This post have 3 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post