Sunday, June 27, 2021

author photo

Filem Wish Dragon  Di Netflix| Assalamualaikum... Hai, lama dah Cik Ash tak update pasal filem yang best dekat blog ni. Baru-baru kebetulan suami Cik Ash cuti kerja ambik peluang layan filem di Netflix, cerita yang Cik Ash layan ni adalah filem Wish Dragon Animasi daripada China. Hiburan untuk seisi keluarga  sesuai dengan keadaan sekarang kena bila duduk dirumah kan. 


wish dragon

Filem ni menceritakan tentang persahabatan dan kasih sayang keluarga. Semasa kami menonton filem ada part-part yang lucu memang kami suami isteri asyik ketawa jer hahaha, cerita ini memang lucu yang paling best pulak boleh alihkan bahasa melayu kiranya filem Wish Dragon ada versi cakap Bahasa Melayu lagi best layan. Cerita ini diadaptasi dari dongeng Cina. 


Sinopsis Filem Wish Dragon

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Din yang berkerja sebagai budak penghantaran bungkusan. 


Din sangat berharap dapat bertemu kembali dengan sahabat baik semasa kecilnya iaitu Lina. Sambil mengagumi paparan iklan yang memaparkan foto Lina, Din terkejut melihat teko hijau bergerak dengan sendirinya.


Nampaknya, seekor naga bernama Long keluar dari Teko. Long memperkenalkan diri sebagai jin naga yang terjebak dalam teko itu selama ratusan tahun dan ia berkata dapat mengabulkan tiga permintaan dari sang pemilik teko.


Suatu hari, Din meminta Long ingin berjumpa dengan Lina. Namun, Long sendiri menegaskan bahawa dia tidak dapat membuat orang lain jatuh cinta.  Adakah Long akhirnya akan mengabulkan permintaan Din?  Nak tahu apa kisah cerita Wish Dragon korang boleh menonton tayangan di Netflix.


Pelakon suara:Aaron Yoo, Alexandre, Chen, Alyssa Abiera, Bobby Lee, Constance Wu, lan Chen, Jimmy O. Yang, Jimmy Wong, John Cho, Max Charles, Natasha Liu Bordizzo, Ronny Chieng, Will Yun Lee.


So kepada korang  cerita ni best untuk ditonton oleh seisi keluarga, Cik Ash rasa tak puas lagi tengok nanti nak layan lagi la hahaha, best pulak layan-layan filem animasi kan. 

1 komentar:

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post