Tuesday, June 29, 2021

author photo

 Terima Kasih Top Comment Blog Cik Ash | Assalamualaikum... Hai, dah agak lama Cik Ash tak buat entri khas untuk top comment dekat blog ni, last pada tahun 2018 la tu hahaha, lama sungguh. Kalau tak silap Cik Ash lepas pada Cik Ash balik kampung 2018 sebab ada hal kecemasan tu Cik Ash dah stop buat entri ucap terima kasih kepada yang sudi meninggalkan ruang komen dekat blog ni. 


top comment


Blog pun update bila ada kerajinan, sejak bercuti lama pada bulan July 2018 aritu dekat 2 minggu juga masa tu Cik Ash berkampung dekat Kelantan nak pastikan kesihatan aboh masa tu beransur pulih alhamdulillah kesihatan aboh dah pulih baru la Cik Ash pulang dekat Kedah. Tu pun masa nak tinggal rasa sedih sangat sebab bila balik Kedah entah bila pulak boleh balik. Raya jer kalau dapat balik boleh cuti panjang. 


Taip entri ini bukan apa sebab rindu dekat kampung halaman dekat 2 tahun dah tak balik kampung disebabkan pandemik covid-19 ni, pada tahun 2020 ada peluang boleh balik Cik Ash tak dapat balik kebetulan semasa tu ibu mentua baru keluar wad tak kan Cik Ash nak paksa suami balik tinggalkan Mok dia mesti la kena berkorban juga walaupun sedih tak dapat jumpa aboh dan ma. 


Entah bila dapat berjumpa dengan aboh dan ma, sampai Cik Ash boleh berkata dalam hati balik jumpa bawa balik cucu dah besar hahaha berangan tak sudah Cik Ash. Mana tahu Allah nak bagi rezeki pada bila-bila masa yang tepat kan. Hanya mampu berdoa semoga ada rezeki nak dapat zuriat dari rahim sendiri. 


Eh terlebih bercerita bab Cik Ash pulak, sebenarnya entri ni nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi meninggalkan komen di ruangan komen ni. Antara mereka yang banyak memberi supoort dekat blog Cik Ash ni.  Mereka yang bertuah adalah seperti di bawah ni 



Ok la korang jumpa lagi, nanti Cik Ash update lagi dekat blog kalau masa peluang waktu yang free insyaAllah akan luangkan masa untuk menulis entri dekat blog ni. kepada pemenang sebagai tanda terima kasih buat korang Cik Ash sediakan hadiah sijil perhargaan buat korang, diharap sudi la menerima hadiah yang tak seberapa ni ya. 













This post have 5 komentar

avatar
Amie delete June 29, 2021 at 10:40 PM

Tahniah buat semua barisan pengomen bertuah!

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete June 30, 2021 at 6:35 AM

Wahhh nama rabia no 1 lahhh <3
Alhamdulillah berada di carta top komen blog akak
nanti free2 singgah komen byk2 di blog rabia ya

Reply
avatar
Abam Kie delete June 30, 2021 at 7:31 AM

Alhamdulillah. Abam Kie tersenarai di tempat ke 9. Terima kasih cik ash.

Reply
avatar
Cik Nor delete June 30, 2021 at 9:44 AM

wow,..nama cik nor ada gak tu..hihi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post