Monday, July 19, 2021

author photo

Isi Masa Lapang Dengan Bermain Game Online Tanpa Iklan | Assalamualaikum..Hai korang semua, Hari ini Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang mengenai sebuah website yang terbaik untuk mengisi masa lapang korang bermain game. Cik Ash tengok dalam website ini terdapat lebih 200 jenis pilihan game yang korang boleh pilih dan main. Tambah pulak kita masih dalam PKP  lagi ni banyak masa ada dekat rumah jer. Kalau keluar pun ada urusan penting.


play

 


Di website itu Cik Ash paling suka sebab ianya adalah secara percuma tak perlu kita download , install dalam laptop ataupun handphone,Kalau korang yang suka bermain game , bolehlah pergi berkunjung ke website plays.org yang boleh kita main secara percuma dan lebih menarik lagi ianya tanpa iklan.

 

Cik Ash pun baru tahu mengenai kewujudan website ni daripada rakan-rakan Cik Ash, Disebabkan Cik Ash ni suka sangat main game dekat handphone bila ada masa lapang. Tetapi bila main dekat handphone yang selalu menganggu Cik Ash adalah iklan yang banyak setiap kali nak meneruskan misi seterusnya. Kali ini Cik Ash dah tak perlu nak risau lagi nak bermain sampai puas hati kerana tiada gangguan iklan dan percuma di plays.org.

 

Game Dulu VS Sekarang

Untuk pengetahuan korang, kalau zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza cara bermain game.Kalau dahulu kita boleh bermain kejar-mengejar, masak-memasak, kahwin-kahwin, lompat tali, mandi kolam dan banyak lagi. Tak kan la nak cerita sampai habis hahaha. Ingat lagi zaman dahulu Cik Ash sempat bermain kahwin-kahwin dengan kawan permainan, siap ada masak-memasak lagi. Kalau nak ceritakan permaianan zaman dahulu panjang sangat hihihi.

 

Walaupun bermain permainan yang Cik Ash  bagitahu tu pun, ada juga masa terluang Cik Ash suka bermain game Brick Game yang kita kena masukkan bateri AA dan bermain setiap hari boleh dikatakan sampai kena ganti bateri kerap hahaha, Game ini paling popular juga waktu itu sebab kalau main game ni selalu berebut dengan adik-beradik.

 

Tahun demi tahun suasana bermain macam dahulu pun dah tiada yang kita nampak mereka bermain tambah dengan keadaan sekarang lagi la, kebanyakkan budak zaman sekarang banyak habis dengan handphone tambah sekarang belajar secara online disebabkan kes harian covid-19 selalu menunjukkan angka yang tinggi. Kebarangkalian mereka bermain game online pun akan menjadi lebih kerap.

 

Jom Bermain Game Di Plays.org

Berbalik pada topik di atas, website plays.org , boleh mengisi masa korang bermain game  ketika ini kerana kita masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) ini.  Mestilah boring dan tak ada nak buat apa-apa dekat rumah ini. Dekat sini korang tak perlu risau, korang boleh bermain game secara percuma.

 

Sebagai contoh untuk memudahkan korang yang pertama kali singgah ke website plays.org, Cik Ash dah sediakan gambar dekat bawah ini , ada banyak pilihan yang korang boleh pilih? Korang hanya perlu memilih kategori yang mana yang korang suka banyak pilihan yang best-best kita boleh pilih.


Korang boleh membuat pilihan kategori yang korang suka main dan tak perlu lagi susah nak cari sesuatu game. Semuanya sudah disediakan korang boleh bermain sampai kepuasan.

 

Game Pilihan Cik Ash Di Plays.Org

Cik Ash sempat bermain game dekat plays.org ni, antara game yang Cik Ash suka bermain adalah jenis Simulation, Hidden Object, Jigsaw Puzzle dan banyak lagi korang nak tahu semasa bermain dengan dekat sini memang ralit dan tak ingat ada kerja rumah yang belum selesai dekat rumah ni hahaha. Antara game ialah :-

 

1.   1. Tap Supermarket


Bagi korang suka game jenis macam Simuation ni, Cik Ash recommend game
  Tap Supermarket ni, game nya cukup simple dan senang nak main. Tambah game ni macam pernah main sebelum ni senang la bermain sampai ralit nak bagi sampai naik level baru tak sedar hahaha.

 

Kalau orang teringin nak rasai pengalaman bermain game Tap Supermarket ni korang boleh jer klik >>> plays.org.

 

 

2.   2.Pipe Mania



Game puzzle ni best juga main, game dia pemain perlu menyambung larian paip untuk membantu aliran air ke lokasi yang betul.

 

Cik Ash cuba bermain mula-mula tak faham macam mana akhirnya berjaya selesaikan misi puzzle ni. Hahaha.

 

Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> plays.org.


3.    3. Frogtastic

 


Kalau korang yang suka main game tembak-tembak (Shooting) banyak pilihan dekat sana, Cik Ash pilih game Frogtastic ni disebabkan bila main game teringat pulak dekat game Zuma World yang pernah Cik Ash bermain semasa zaman bujang-bujang dahulu. Ralit juga kalau start bermain game ni. Kalau ikut nak tembak semua bola bagi menang ke level lain tetapi jarang nak berjaya tembak.

 

Nak juga main game ni korang boleh jer klik >>> plays.org.

 

Berikut adalah antara 3 game yang sempat Cik Ash bermain dekat plays.org ni. Banyak lagi pilihan korang boleh bermain dekat sana, pilih jer yang mana korang nak. Tambah dengan keadaan sekarang ni boleh isi masa lapang bermain game online. Tambah apa yang Cik Ash tengok game dekat sana  ada sediakan untuk  kanak-kanak , ianya terdapat dalam kategori Kids, Kinder Garden, math  dan banyak lagi. Bagus juga sambil mereka bermain game sambil belajar tak ada buang masa ketika bermain game kan.


Ok la itu jer hari ini Cik Ash nak berkongsi satu website yang boleh mengisi masa lapang korang dengan bermain game online yang seronok bersama ahli keluarga tersayang. 

This post have 12 komentar

avatar
Ain Athirah delete July 19, 2021 at 11:00 AM

Bestt kalau dapat main game. Tapi jangan selalu hehe

Reply
avatar
Shikin Razali delete July 19, 2021 at 7:29 PM

Waahh, ada games dalam pc la.. boleh la main games, sambil² buat keja..🤭

Reply
avatar
Ayu.ju delete July 19, 2021 at 9:10 PM

best main game ni, adik saya main game tu sampai tak nak bagi balik laptop saya hahaha

Reply
avatar
Azhafizah MN delete July 19, 2021 at 10:57 PM

Frogtastic tu macam game zuma legend pulak. Seronoklah main game tanpa iklan. Tak mengganggu

Reply
avatar
Cik Ash delete July 20, 2021 at 7:58 PM

Ok2 bila perlu kan lepaskan bosan

Reply
avatar
Cik Ash delete July 20, 2021 at 7:58 PM

Ha ah Shikin Razali boleh main dekat PC hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete July 20, 2021 at 7:59 PM

Hahaha memang ralit main game ni syok xde iklan lagi la kan

Reply
avatar
Cik Ash delete July 20, 2021 at 8:00 PM

Ha ah sama macam game Zuma dulu game tu paling seronok main

Reply
avatar
Cik TK delete July 28, 2021 at 11:50 AM

Best bila main game tak ada iklan. Sekarang ni banyak game ada iklan, buat orang hilang mood nak main.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post