Sunday, July 11, 2021

author photo

 Sambil Lipat Kain Kita Tengok Zoo Secara Alam Maya | Assalamualaikum, Selamat tengahari  korang, lewat hari ini bersiaran, sarapan apa pagi ni, Cik Ash tadi goreng telur dadar, goreng ikan bilis jer. Tak ambik gambar pun biasa lah pagi jarang handphone nak ada dekat tangan.  Tengahari ni rasa nak makan mamee la hahaha nanti nak pergi buat. 


Life time


Rutin Cik Ash hari ini lipat kain dalam bakul yang dah tinggi bukit ni, hahaha, biasa lah bab basuh kain memang rajin tetapi nak melipat tu yang agak susah sikit kena ambik mood dan tak boleh buat kerja lain dah. 


Petang ni nak masak menu apa, tak tahu lagi, kalau suami menu sama jer hahaha, tengok la nanti nak buat apa pening nak masak ni, kalau ada orang lain tolong masak kan best Cik Ash dah jemu makan makanan sendiri masak ni.


Sambil-sambil lipat kain ni Cik Ash tengok live Zoo Taiping & Night Safari dekat Facebook mereka ada buat live hari Ahad jam 10 pagi. Hari ini mereka tayang kehidupan Harimau Malaya . Boleh la hilangkan bosan duduk di rumah ni tengok kehidupan haiwan di zoo kan. Lama dah Cik Ash tak pergi Zoo Taiping ni kalau tak silap Cik Ash last pergi masa belum kahwin tahun 2010 masa tu kakak Cik Ash sedang mengandung anak kedua, kakak Fathnin kecil lagi. Gambar kenangan dekat Zoo Taiping semuanya hilang sayangnya tak ingat simpan dekat mana. 


Kalau orang yang teringin nak tengok live Zoo Taiping & Night Safari boleh follow Facebook, Instagram mereka ya. Tadi seronok tengok harimau perangai dah macam kucing hahaha. Geram nak peluk jer. Kalau tak silap Cik Ash Zoo Taiping paling terbesar di Malaysia. Di dalam live mereka tadi ada bagitau sesiapa yang ingin bagi sumbangan boleh sumbangan ke dalam account yang tertera dalam live. Jom sesama-sama kita tengok live Zoo kita menderma untuk menambah dana untuk haiwan di zoo.  Tak lupa juga Zoo Melaka pun ada juga buat live tadi boleh kita bantu mereka nanti kan. 


Ok la korang semua, Cik Ash undur diri dulu nak siapkan lipat kain lepas tu simpan dalam alamari, nanti kalau ada masa Cik Ash update ya. Jumpa lagi. 

This post have 2 komentar

avatar
Sii Nurul (Nurulatika) delete July 11, 2021 at 2:14 PM

sedih pula tak dapat pergi zoo skrg... syukurlah dapat tgok online

Reply
avatar
Cik Ash delete July 11, 2021 at 6:20 PM

Kan lama x pergi zoo kan

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post