Friday, August 27, 2021

author photo

 Drama Ali Alia Slot Tiara Di Astro Prima | Assalamualaikum... Lama tak tengok lakonan pelakon kanak-kanak Fimie Don dengan Erynne Erynna digandingkan bersama dalam satu drama kan. Drama sebanyak 13 episod ni sedang ditayangkan di Slot Tiara Astro Prima pukul 6 petang bermula 24 Ogos 2021. 


Ali


Idea asal drama ini ditulis oleh bekas pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal era 1990-an yang kini aktif dalam bidang penulisan dan pengarahan iaitu Rina Khan. Kalau korang yang pernah tengok rancangan pop kuiz mesti ingat siapa Rina Khan ni. 


Pengarah Dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah, last tengok drama arahannya pada tahun 2019 iaitu Rumah Siti Khadijah di TV3. Untuk di Astro ni katanya Heykal Hanifah drama ini merupakan 'comeback' selepas 11 tahun tidak menerbit atau mengarah untuk stesen itu, terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd.


Pelakon Drama Ali Alia

Drama bersiri sebanyak 13 episod ini mengandingkan pelakon Fimie Don dan Erynne Erynna merupakan pelakon utama dalam drama ini, turut membantu dalam drama ini adalah Rusdi Ramli, Faezah Elai, Farahdiya, Fahrin Ahmad, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Jay Iswazir, Kodi Rasheed, Mior Hashim Manap, Izzy Reef. 


Sinopsis Drama Ali Alia 

Drama bersiri Ali Alia memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang 'miskin' dalam banyak perkara. Mazni dan Amir mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali dan Alia. Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja austistik. 


Austime membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar, Ali, yang mampu memahami 'percakapan'nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya. 


Tapi Ali, tidak pernah mengeluh, Dia tahu, sebagai 'abang' dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autisme. 


Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus memikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakan tidak membuahkan hasil. 


Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa bersama adiknya Alia, Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka tambahan pula untuk insan autisme. 


Tonton Drama Ali Alia 

Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Ali Alia ini anda boleh juga strim secara Online di Astro Go atau secara On Demand bagi waktu yang lebih fleksibel. 


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post