Tuesday, August 3, 2021

author photo

Eh Sekejap Rasa Dah Bulan Ogos 2021 | Assalamualaikum, Hai korang semua, entri pertama di bulan Ogos 2021, Apa khabar korang semua sihat ke, semoga semua dipermudahkan buat rakan-rakan blogger. 


Ucapan


Rasa sekejap jer kita dah masuk bulan Ogos ni, pejam celik pejam celik lagi beberapa bulan lagi kita nak melangkah tahun 2022. Bila la covid-19 nak berkurang ni, rindu dengan suasana dulu-dulu, nak balik kampung nak peluk aboh, ma, nak makan masakan ma, puas dah makan masakan sendiri ni hahaha, stress kadang-kadang nak hadap hidup macam ni, Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk ku hadapi cubaan ni, ujian covid-19 dan ujian kehidupan rumah tangga ni. 


Untuk bulan Julai aritu entri dekat blog yang sempat Cik Ash kongsikan sebanyak 15 entri. Biasa la sekarang ni kurang buka laptop tu jadi kurang update. Ni pun update guna handphone kalau rajin ada la entri baru hihihi. Cik Ash banyak duduk layan cerita Korea dekat Netflix tu yang jarang buka blog sampai kerja rumah kat rumah asyik tangguh hahaha salah diri sendiri kan. 


Cerita Korea yang dah Cik Ash tengok dekat Netflix ada seperti gambar di bawah ni, drama Korea bersiri best rasa nak layan lagi sekali hihihi.




Sepanjang bulan Julai 2021 aritu, Alhamdulillah ada rezeki menulis artikel dekat blog berkenaan dengan game online dapat mengisi masa lapang korang dengan keadaan pandemik covid-19 ni. Untuk permulaan bulan Ogos ni belum ada lagi rezeki untuk menulis artikel yang dapat, harap dipermudahkan dan ada rezeki nanti, bulan Ogos nak kata ada urusan tak tahu lagi, tambah sekarang kesihatan ibu mentua kurang baik, nak kena tengok-tengok dia takut asma semakin teruk kan. 


Ok la korang semua jumpa lagi nanti, jaga diri korang ya, ' jaga kesihatan dan sop bila keluar rumah bila perlu, sekarang banyak kes covid-19 sekitar kita, taman perumahan Cik Ash ramai yang kena, kebanyakan duduk ditaman ni cari rezeki di kilang kan, tu ramai kes ni, dengar kata kalau jumlah tak berkurang akan ada pkpd huhuhu, harap dipermudahkan. 


This post have 5 komentar

avatar
Rodiah Amir delete August 3, 2021 at 8:41 PM

Jaga diri Cik Ash. memang repeat aje tengok kdrama lama

Reply
avatar
Hasrul Hassan delete August 4, 2021 at 2:13 PM

Hurmm betul. Cepat masa berlalu.

Reply
avatar
Fatimah Nabila delete August 5, 2021 at 6:36 PM

Kes dekt kulim ni sakan betul kan, adoi nk klua beli brg pun sentiasa berjga2..

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete August 6, 2021 at 10:28 PM

cepat betul masa berlalu
sekejap je dah masuk bulan ogos
stay at home
be safe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post