Friday, October 22, 2021

Plastik Sampah Wangi Jenama Tesco

Plastik Sampah Wangi Jenama Tesco | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Dah lama teringin nak plastik sampah warna wangi ni selalu pergi tesco tak pernah ada stock hahaha.. biasa la benda viral kan cepat la habis.


Hari khamis lepas Cik Ash dah suami shopping barang dapur dekat tesco, memang setiap bulan shopping dekat tesco sebab suka membeli belah dekat sana boleh kumpul point lepas tu dapat la vouher boleh reedem shopping.

Plastik sampah yang selalu Cik Ash beli yang warna hitam dia ada banyak saiz nak dari S hingga XXXL , Ada juga yang berwarna putih, hijau dan biru.Cik Ash suka guna plastik sampah ni senang nak letak habuk-habuk , segala sampah sarap mudah. Tambah pulak dekat dalam rumah setiap ruang sentiasa ada platstik sampah. Kalau tak silap Cik Ash plastik sampah wangi ada 4 jenis pewangi yang Cik Ash taw :-

Hijau - Apple
Kuning - Lemon
Putih - Vanilla
Ungu - Mixed Berries

plastik sampah wangi

Cik Ash ambik yang warna kuning bau lemon, semerbak bau lemon  asyik duk cium plastik wangi tu hahahha...So sangat bagus kepada mak-mak yang ada anak kecik ni harus la beli  plastik sampah wangi ni, senang kalau buang segala pampers anak tak adalah nak berbau semacam jer kan, bau wangi jer, hihihi..

Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua Cik Ash guna plastik sampah wangi dekat rumah ni, hihihi.. Harga satu plastik RM5.99 dalam tu ada 50 plastik dan ada saiz S ataupun M. 

Monday, October 18, 2021

Setianya Seekor Kucing Menunggu Tuannya

Setianya Seekor Kucing Menunggu Tuannya | Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Saja-saja santai kongsi kucing kesayangan Cik Ash dekat blog.


Siapa pencinta kucing mesti taw kucing korang memang setia dengan korang tak,macam Cik Ash memang dia sentiasa setia dengan Cik Ash memang manja sangat. Setiap masa ada menjadi penunggu setiap masa. Tak kira la duk memasak dekat dapur, basuh pinggan ke, buat kerja blog, mandi ke memang sentiasa jadi penunggu setia.. hahahha...


Buktinya ada gambar curi-curi yang suami  ambik bila kucing kesayangan adalah yang sangat setia..hihihi... Masa ni Cik Ash dalam bilik mandi dia rela tunggu Cik Ash depan pintu bilik mandi hahaha, comel pulak tengok gambar ni.




 Ok la korang semua itu jer yang Cik Ash nak kongsi dengan korang kucing kesayangan Cik Ash ni.

Sunday, October 17, 2021

5 Larangan Dalam Tidur

5 Larangan Dalam Tidur | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya. 

Cik Ash baru tahu dalam tidur sebenarnya ada larangan yang patut kita elakkan untuk memastikan waktu istirehat yang cukup baik dengan tidur yang betul organ-organ dalam tubuh kita dapat beristirehat. 

Kalau kita kekurangan tidur dapat menyebabkan organ dan otak kita rosak. Jom tengok apa dia larangan tidur yang kita patut elakkan itu dekat bawah ini.

1. Jangan sekali-sekali tidur memakai jam tangan
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. ( 

2. Jangan sekali-sekali tidur bersama earphone
Gelombang medan magnet pada earphone boleh menyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak. ( Kerap buat asyik terlupa)

3. Jangan sekali-sekali tidur membawa handphone 
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita.  ( Ni kerap sangat buat kesalahan huhuhu)

4. Jangan sekali-sekali tidur ketika masih memakai make-up 
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas. ( 

5. Jangan sekali-sekali tidur dengan suami/isteri orang 
Jangan nak cari pasal hahahahha, ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya... 

Ok itu jer pengkongsian Cik Ash korang semua, saja-saja suka jer nak sharing, Cik Ash sendiri masih lagi amalkan perkara di atas waktu tidur yang no 2 dan 3.

Saturday, October 16, 2021

Buku Masakan Dan Air Fryer Oleh Chef Hanieliza

 Buku Masakan Pressure Cooker Dan Air Fryer Oleh Chef Hanieliza | Assalamualaikum, Hai korang, hari ini Cik Ash ingin berkongsi satu laman sesawang yang menarik untuk korang yang sangat minat dengan buku-buku untuk dijadikan bahan bacaan, untuk kali ni Cik Ash senarai set kombo yang menarik korang perlu dapatkan iaitu Set Kombo Easy Cook. Menarik sangat sesuai la untuk Cik Ash hari-hari kerja memasak dekat dapur. 


Bco


Cik Ash tengok pelbagai jenis buku yang kita boleh beli dekat sana kita pilih nak buku apa lepas itu bank in duit, tunggu jer buku-buku yang kita order tu sampai  depan pintu rumah nanti. 


Antara pilihan yang Cik Ash rasa bagus korang perlu dapatkan buku di Bookcafe.com ialah di bawah ni. 



1. 77 Resepi Istimewa PRESSURE COOKER




2. 77 Resepi Istimewa AIR FRYER


Sangat sesuai kepada kakak-kakak, adik-adik, emak-emak yang ada dua peralatan elektrik Preesure Cooker dan Air Fryer yang pening dan tak tahu cara nak masak dengan betul menggunakan kedua-dua peralatan ni. 


Kedua-dua buku ini menghimpunkan 77 Resepi Istimewa pelbagai kategori yang dihasilkan 100% daripada periuk tekanan pelbagai guna. Manakala untuk air fryer pelbagai aneka hidangan harian yang mudah dan cepat dimasak . NiResepi resepi yang dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku 1 Hari 1 Resepi. 

 

Macam menarik tak korang jom apa tunggu lagi  korang harus ambil peluang  dapatkan set  kombo easy Cook ni kalau korang nak kan kelainan dalam masakan. Cik Ash dah masuk dalam list nak beli la nanti. Kalau nak join sekali kedua-dua buku masakan yang menarik korang boleh terjah di 77 Resipi Istimewa PRESSURE COOKER : Edisi Kemaskini dan 77 Resipi Istimewa AIR FRYER

Friday, October 15, 2021

Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2

 Pengalaman Cucuk Vaksin Dos 1 Dan 2 | Assalamualaikum, Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi cerita disebalik pengalaman cucuk vaksin.  Sebenarnya bila dengar pasal vaksin seram takut dengan kesan dia selepas cucuk. Lepas itu sebelum ni ada dengar pasal ustaz kongsi vaksin haram ke apa entah. 


Vaksin


Kalau ikut Cik Ash daftar vaksin ni pada bulan Mac 2021, masa tu banyak kecoh pasal vaksin kan, dengar macam-macam cerita, hihihi jadi takut juga nak cucuk vaksin. Apabila ibu mentua , suami pun dapat temujanji vaksin under kilang dan  ramai rakan-rakan dekat media sosial post dah pasal  vaksin tertanya juga bila diri ini dapat vaksin. 


Dah banyak ikut cara orang ajar buat step-step yang diajar tu, percubaan kali pertama pada bulan Julai  tak ada respon, cuba pulak kali kedua kebetulan  call talian pusat vaksin tanya berkenaan kad digital aboh tak boleh dilihat, selitkan juga pasal temujanji Cik Ash pun belum ada maklum balas, Cik Ash cuba kali ketiga cuba cara yang pertama tu cuma ubah ayat sikit-sikit pada 14 Ogos aritu, pada keesokkan terus dapat temujanji pada 19 Ogos 2021. 


Pada 19 Ogos 2021 hari untuk vaksin pun tiba, masa perjalanan ke sana jantung ni debar sungguh, , macam-macam rasa la nak kencing, berak la hahaha, vaksin kali pertama ni Cik Ash dapat sebelah petang, pergi sana dalam pukul 1.30 petang dalam pukul 2 lebih macam tu dah siap cucuk sampai tak sedar dah siap cucuk. Masa dalam tempat cucuk tu terkejut juga apabila orang pertugas kata vaksin Astrazeneca seram sejuk masa tu biasa la bila dengar  vaksin ni macam-macam kesan lepas vaksin. Dah siap cucuk singgah kedai beli makanan suami nak makan takoyaki. Kesan vaksin pertama ni Allah tak boleh bayang bila lalui demam dan makan tak lalu sampai 2 hari telan ubat paracetamol tu sampai 6 biji baru kebah demam. Nak bagi sihat tubuh ada dalam seminggu lebih juga baru baik seperti biasa, tak pernah demam berat macam tu sampai tak boleh nak buat kerja apa-apa mintak tolong suami semua buat. Bila difikir balik rasa tak nak cucuk dos kedua ni hahaha. Mujur masa dapat tarikh untuk cucuk bulan 10 lambat lagi la. Nak bagi tambah imunisasi badan kesan dari cucuk vaksin Cik Ash ada terbaca kawan-kawan kongsi amalkan makan habbatusauda selama sebulan sampai tarikh nak cucuk pada 8.10.21. 


Dan masuk bulan 10 berdebar-debar juga nak cucuk vaksin kedua ni takut la juga kesan macam yang pertama ke, kalau ikut tarikh untuk vaksin dikad dijadualkan pada 21.10.2021 tetapi baru-baru ni Menteri Kesihatan Khairil Jamaluddin buat pengumuman telah diawalkan dari 9 minggu kepada 6 minggu. Terkejut la juga tiba-tiba bertukar begitu. 


Untuk vaksin kali kedua pulak Cik Ash bawa diri pergi tempat vaksin yang pertama aritu, Cik Ash pergi waktu pagi jam 10 pagi gitu sampai sana dalam 10.30 pagi macam tu terkejut juga sampai sana kena beratur tak macam dos pertama aritu, selepas masuk dalam tu kena duduk atas kerusi dalam khemah, khemah dalam tu ada 8 buah, so hari tu Cik Ash kerja duk bilang khemah dan kerusi, 2 jam lebih juga nak masuk cucuk vaksin tu. Siap cucuk dalam 12.54pm dekat-dekat pukul 1 petang. Selepas balik cucuk vaksin suami singgah drive tru McDonald's hihihi, banyak juga suami order menu. Dos ke 2 ni Alhamdulillah tak ada kesan sampigan macam dos 1 aritu. Mungkin berkat cucuk pada hari Jumaat dan jatuh pulak bulan baru Islam Rabiulawal Alhamdulillah, ada rasa sakit tempat cucuk dan rasa lenguh-lenguh badan jer. Boleh buat kerja rumah seperti biasa. 


Ok la korang tu jer pengalaman cucuk vaksin dos pertama dan kedua Cik Ash, simpan sini sebagai kenangan hihihi, gambar pun tak ambil ada ambil video disekitar masa tu. Jumpa lagi ya korang.

Wednesday, October 13, 2021

Animasi Tempatan Baru Yang Anda Boleh Tonton di Youtube

Animasi Tempatan Baru Yang Anda Boleh Tonton di Youtube | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya berada keadaan sihat sokmo deh.. 



Ni Cik Ash nak kongsikan dekat rakan-rakan blogger cik ash yang ada anak-anak masih kecil tentang Animasi tempatan baru korang boleh bagi anak anda tonton di youtube. Cik Ash taw pun pasal ni pun sebab anak saudara suami la dia mai rumah duk layan app kodi dalam tu ada add on  untuk tengok kartun animasi tempatan dalam tu banyak animasi kartun sesuai sangat untuk kanak-kanak, tapi kan bukan kanak-kanak jah layan sikit lagi sampai ibu bapa terlayan sekali ni hahahaha.



Cik Ash duk tengok pun ralik lawak kadang-kadang sebab animasi yang tak berbunyi suara pun hahahahaha.. Animasi tempatan dikeluarkan oleh youtube MonstaChannel  dan Mini Monsta - Playschool Cartoon Channel . So korang boleh klik Subscribe channel untuk memudahkan anak-anak korang nak tengok nanti.. Cik Ash kongsikan dekat blog mana taw nanti boleh jadi rujukan Cik Ash suatu masa nanti bila ada anak sendiri ke. Kartun yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk ditonton.

Antara animasi tempatan yang anda boleh tonton di youtube ialah seperti di bawah ni jom tengok animasi apa yang Cik Ash nak kongsikan ini. 


Oke Lele
Animasi Oke Lele merupakan animasi bisu yang melucukan. Kisahnya mengenai remaja zaman moden telah kembali ke zaman purba selepas dia terjumpa satu portal. untuk tengok Oke Lele ni boleh klik SINI.


Boboiboy Galaxy 


Animasi Boboiboy Galaxy yang mana pernah tengok boboiboy sebelum ni mesti akan teruja tengok boboiboy ni... termasuk la Cik Ash hahahaha terlayan sekali taw.. Cik Ash memang minat cerita kartun hihihihi. Korang boleh juga tonton di youtube.


Impian Remi

Animasi Impian Remi pulak merupakan kartun tentang remaja sekolah yang bernama Remi dan rakan-rakannya. nak tengok Impian Remi ni.



Ejen Ali
Kalau tak silap Cik Ash Ejen Ali duk tayang dekat TV3 , dekat youtube korang boleh juga tengok.



Alif & Sofia 



Ini pulak siri Animasi Alif Dan Sofia bagus untuk dijadikan tontonan kanak-kanak sebab siri ini menyampaikan mesej keagamaan yang positif seperti doa makan, kalimah syahadah , 25 rasul dan lain-lain dibawakan percipta siri Boboiboy iaitu Animonsta.

Ok la korang itu saja yang Cik Ash kongsikan dengan korang mengenai Animasi Tempatan Baru yang sangat sesuai untuk tontonan kanak-kanak ni.. Share entri semoga bermaaf untuk korang semua..



Monday, October 11, 2021

Ulang Siar Drama Pencuri Cinta Kelas Satu

Ulang Siar Drama Pencuri Cinta Kelas Satu | Assalamualaikum...Hai, siapa kat sini layan drama pencuri cinta kelas satu. Kita geng ya. Cik Ash sejak internet tak ada aritu sempat la layan drama ni best pulak hihihi..

pencuri cinta kelas satu 

Drama Pencuri Cinta Kelas Satu ini ada drama adaptasi daripada novel karya llla Shanahila. Diterbitkan oleh syarikat Orangetree Production. Bersiaran setiap isnin jam 9 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD. 

Antara pelakon teraju utama watak dalam drama ini ialah Emma Maembong, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Raf Yaakob,Jalaluddin Hassan,Feiyna Tajudin, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah (Beego).  Jumlah episode sebanyak 13 episod.

Kalau korang yang belum baca novel Pencuri Cinta Kelas Satu boleh la baca dekat link di bawah ini yang Cik Ash share hihihi.. Bab 1 hingga Bab 15.
 
SINOPSIS PENCURI CINTA KELAS SATU



Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

Saturday, October 9, 2021

Drama Bersiri Gerak Khas Undercover

 Drama Bersiri Gerak Khas Undercover | Assalamualaikum, ada berita baik buat korang yang meminati drama bersiri Gerak Khas sejak dulu, kalau tak silap Cik Ash sebelum ni TV3 dah tayangkan Gerak Khas The Finale kan. 


GKC

Ni Cik Ash dapat tahu telah bersiaran pada 1 Oktober 2021 setiap Jumaat, pukul 10.30 malam serta turut disiarkan di platform Online iQiyi pada hari  sama  selepas siaran di TV3.  Masih mengekalkan nama Gerak Khas cuma ditambah Undercover. Dengan mengekalkan watak popular Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal. Turut menampilkan kemunculan pelakon Aaron Aziz, Dato' Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Khalisa Balqis dalam siri drama Gerak Khas Undercover yang mengisahkan cabaran anggota Undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran. 


Sebagai tarikan dalam awal penceritaan siri drama ini, Gerak Khas Undercover menampilkan Dato’ Rosyam Nor sebagai ketua gengster, Tony Bono yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam. Tony Bono menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera. 


Wah macam menarik pulak drama bersiri Gerak Khas Undercover ni, mujur boleh tengok Online nanti, tak sabar pulak nak tengok inspektor Mazlan masuk kembali dalam gerak khas hihihi. So sesiapa  yang ingin menonton boleh menontonnya iQiyi ya. 

Thursday, October 7, 2021

Senarai Peserta Maharaja lawak Mega 2021

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2021 | Assalamualaikum... Jarang update blog ni bukan apa, disebabkan guna handphone agak kurang nak buka blog sejak laptop rosak sebab skrin rosak gara-gara pernah jatuh sebelum ni, cukup 6 tahun pakai tu. Aduhai nak baiki tak tahu berapa ratus habis tu sekarang kalau nak guna laptop sambung dekat televisyen besar sangat skrin tu hahaha jadi malas la. Terlebih bercerita pasal laptop pulak sebenarnya Cik Ash nak kongsi dengan peminat lawak-lawak ni akan bersiaran tak lama lagi, rancangan kesukaan ibu mentua dan suami Cik Ash ni dia sangat nak minat dengan lawak hihihi maybe bagi suka dengan gelak ketawa pelawak. 


MLM2021


Maharaja Lawak Mega 2021 bakal menceriakan malam Jumaat korang pada 15 Oktober 2021 ini, pukul 9.00 malam  selama 10 minggu selepas setahun berehat. 11 kumpulan yang terdiri  daripada gandingan duo dan trio pemain komedi yang bakal berentap, akan menggegarkan pentas MLM tahun ni. Bakal Juara pada tahun ni akan mendapat wang tunai RM 500,000!


Antara kumpulan pelawak yang terlibat dengan Maharaja Lawak Mega 2021 ini ialah kebanyakan nama kumpulan baru dan perserta dah bertukar kumpulan. Mereka ialah 


1. Kumpulan BORO -  Achey, Fad dan Antu.


2. Kumpulan PUTEH -  Ali, Mamat dan Vicha. 


3. Kumpulan 3OTAK - Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Danial.


4. Kumpulan R&R - Rahim & Man


5. Kumpulan TOBAT - Shuk Sahar, Bella Ngasri & Ropie 


6. Kumpulan OTAI - Azlee, Ieda Moin & Acong


7. Kumpulan ORIX - Achik, Yassin & Abu Mamu 


8. Kumpulan TIRO - Sharif, Syaiful & Danial Zaini. 


9. Kumpulan BAHYE - Zahid, Nizam(jentik-jentik) & Shashic 


10. Kumpulan CAWAN - Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Man Raja Lawak. 


11. Kumpulan TAICI - Chiwan, Tapai & Ilham. 


Untuk bakal Juara MLM 2021 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000,tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.


Pengacara program MLM ni masih dikekalkan iaitu Datuk AC Mizal. Manakala untuk juri pulak masih belum tahu siapa barisan juri, tahun ni ada kelainan dari barisan juri akan  memperkenalkan juri misteri atau Naga Juri yang juga merupakan salah seorang dari empat juri tetap. 


#maharajalawakmega2021

#MLM2021


 


Wednesday, October 6, 2021

Imbas Kenangan Lama Permainan Tradisional Cari Cucu

Imbas Kenangan Lama Permainan Tradisional Cari Cucu | Assalamualaikum... Hai kawan-kawan pembaca blog Cik Ash, selamat pagi masih ingat lagi tak permainan suatu ketika kita kecil-kecil dulu.. mesti korang semua pernah main juga kan, Ok pagi ini Cik Ash nak share pasal permainan yang memang cukup popular masa tu.. kalau tak silap dalam cerita Musang Berjanggut pun ada nyanyi lagu ni... bestnya kalau dapat di undur masa lalu... hahaha... bermain dengan kawan-kawan. 



Adakah permainan ni dah di ketinggalan sekarang... dah tak nampak permainan ni di dalam pendidikan jasmani dekat sekolah..kalau la Cik Ash jadi Cikgu Jasmani, alangkahnya best dapat memberi memori zaman kegemilangan permainan trandisonal yang semakin dilupakan sekarang. Tapi itu hanya angan-angan kosong.

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. 

Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. 

Menentukan Nenek 
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan.  Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berpelakuan seperti nenek tua yang buta. 

Permainan Cari Cucu 
Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai. 
Nyanyian
Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana berada.
Nenek kahwin
dengan anak raja.
Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Nyanyian
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia menjadi.

Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.