Saturday, October 9, 2021

author photo

 Drama Bersiri Gerak Khas Undercover | Assalamualaikum, ada berita baik buat korang yang meminati drama bersiri Gerak Khas sejak dulu, kalau tak silap Cik Ash sebelum ni TV3 dah tayangkan Gerak Khas The Finale kan. 


GKC

Ni Cik Ash dapat tahu telah bersiaran pada 1 Oktober 2021 setiap Jumaat, pukul 10.30 malam serta turut disiarkan di platform Online iQiyi pada hari  sama  selepas siaran di TV3.  Masih mengekalkan nama Gerak Khas cuma ditambah Undercover. Dengan mengekalkan watak popular Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal. Turut menampilkan kemunculan pelakon Aaron Aziz, Dato' Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Khalisa Balqis dalam siri drama Gerak Khas Undercover yang mengisahkan cabaran anggota Undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran. 


Sebagai tarikan dalam awal penceritaan siri drama ini, Gerak Khas Undercover menampilkan Dato’ Rosyam Nor sebagai ketua gengster, Tony Bono yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam. Tony Bono menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera. 


Wah macam menarik pulak drama bersiri Gerak Khas Undercover ni, mujur boleh tengok Online nanti, tak sabar pulak nak tengok inspektor Mazlan masuk kembali dalam gerak khas hihihi. So sesiapa  yang ingin menonton boleh menontonnya iQiyi ya. 

This post have 2 komentar

avatar
Syaz Rahim delete October 9, 2021 at 9:45 PM

terus terpandang double chin eizlan yusof hehehe

Reply
avatar
dear anies delete October 13, 2021 at 10:06 AM

sy belum berkesempatan nk tgk lg...mungkin dlm mggu ni kot ;-)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post