Thursday, October 7, 2021

author photo

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2021 | Assalamualaikum... Jarang update blog ni bukan apa, disebabkan guna handphone agak kurang nak buka blog sejak laptop rosak sebab skrin rosak gara-gara pernah jatuh sebelum ni, cukup 6 tahun pakai tu. Aduhai nak baiki tak tahu berapa ratus habis tu sekarang kalau nak guna laptop sambung dekat televisyen besar sangat skrin tu hahaha jadi malas la. Terlebih bercerita pasal laptop pulak sebenarnya Cik Ash nak kongsi dengan peminat lawak-lawak ni akan bersiaran tak lama lagi, rancangan kesukaan ibu mentua dan suami Cik Ash ni dia sangat nak minat dengan lawak hihihi maybe bagi suka dengan gelak ketawa pelawak. 


MLM2021


Maharaja Lawak Mega 2021 bakal menceriakan malam Jumaat korang pada 15 Oktober 2021 ini, pukul 9.00 malam  selama 10 minggu selepas setahun berehat. 11 kumpulan yang terdiri  daripada gandingan duo dan trio pemain komedi yang bakal berentap, akan menggegarkan pentas MLM tahun ni. Bakal Juara pada tahun ni akan mendapat wang tunai RM 500,000!


Antara kumpulan pelawak yang terlibat dengan Maharaja Lawak Mega 2021 ini ialah kebanyakan nama kumpulan baru dan perserta dah bertukar kumpulan. Mereka ialah 


1. Kumpulan BORO -  Achey, Fad dan Antu.


2. Kumpulan PUTEH -  Ali, Mamat dan Vicha. 


3. Kumpulan 3OTAK - Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Danial.


4. Kumpulan R&R - Rahim & Man


5. Kumpulan TOBAT - Shuk Sahar, Bella Ngasri & Ropie 


6. Kumpulan OTAI - Azlee, Ieda Moin & Acong


7. Kumpulan ORIX - Achik, Yassin & Abu Mamu 


8. Kumpulan TIRO - Sharif, Syaiful & Danial Zaini. 


9. Kumpulan BAHYE - Zahid, Nizam(jentik-jentik) & Shashic 


10. Kumpulan CAWAN - Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Man Raja Lawak. 


11. Kumpulan TAICI - Chiwan, Tapai & Ilham. 


Untuk bakal Juara MLM 2021 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000,tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.


Pengacara program MLM ni masih dikekalkan iaitu Datuk AC Mizal. Manakala untuk juri pulak masih belum tahu siapa barisan juri, tahun ni ada kelainan dari barisan juri akan  memperkenalkan juri misteri atau Naga Juri yang juga merupakan salah seorang dari empat juri tetap. 


#maharajalawakmega2021

#MLM2021


 


This post have 3 komentar

avatar
Warisan Petani delete October 7, 2021 at 9:31 PM

Bestnya rancangan Maharaja Lawak Mega kembali bersiaran

Reply
avatar
Abam Kie delete October 8, 2021 at 8:47 AM

jika ada masa abam kie akan tengok la. tp kdg2 lawak mereka ni x sampai. tu la yg buat abam kie x nak tengok...

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post