Tuesday, November 23, 2021

author photo

Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Tambahan Kepada Kanak-Kanak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca, Setiap ibu bapa pasti pernah mengalami situasi betapa sukarnya memberi anak makan sajian berkhasiat. Tidak kurang juga ibu bapa yang berdepan perangai sesetengah anak yang begitu cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka.


Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka. 


Ibu bapa mana yang tidak risau melihat anak berterusan dengan tabiat makan seumpama ini sekali gus mencetuskan dilema buat mereka yang mahu anak membesar dengan sihat dan nutrisi mencukupi.


Ibu Bapa Perlu Peka Dengan Perkembangan Fizikal Anak-Anak


kanak2


Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perkembangan fizikla anak masing-masing mengikut kesesuaian usia bagi mengelakkan proses tumbesaran terencat pada masa depan. Fasa tumbesaran kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka. 


Tumbesaran terbantut sering disalah anggap sebagai pendek secara semula jadi sedangkan hakikatnya kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak.



Di luar pengetahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada 20.7 peratus iaitu tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan. 


Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma baharu. 


Dalam tempoh PKP, banyak masa anak-anak ini hanya dirumah dan kebanyakan mereka terlalu leka dengan gajet serta tidak aktif. Ada segeliintir ibu bapa juga hanya memberikan anak-anak ini dengan makanan ringan, fast food dan makan tidak seimbang kerana sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang nutrisi dan pemakanan kanak-kanak. 


Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial. Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkat risiko kematian dan (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap. 


Kanak-Kanak Perlukan Vitamin Dan Mineral Untuk Tumbesaran


Secara umumnya, perkaembangan fizikal kanak-kanak atau remaja yang normal biasanya mempunyai tahap kesihatan yang baik, manakala tumbesaran yang terbantut pula merupakan petanda kemungkinan besar kanak-kanak mengalami masalah kesihatan yang boleh menjejaskan perkembangan fizikal. 


Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet anak-anak. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan keperluan mikronutrien,disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak,baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pecucian berlebihan bahan masakan. 



Kanak-kanak memerlukan sebilangan besar vitamin dan mineral untuk tujuan tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Antara banyak vitamin dan mineral, sebahagian daripadanya dianggap sangat penting untuk merangsang tumbesaran kanak-kanak termasuklah Vitamin A, Vitamin B2, B3, B6 anda B12, kalsium and zat besi.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.


Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing, yyang mahal apabila ia dikumuhkan.


Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripafa sayuran dan buahan; usia yang masih muda d mana semua fungsi sistem dan organ badan tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela, termasuk penghasilan antisidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.


Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupn sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres, kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.


Diffenz Junior Bantu Membekalkan Nutrisi Tambahan Kepada Kanak-Kanak



Melalui revolusi dunia sanis, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi mudah. 


Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.


Cendawan Susu Harimau


Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. 


Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 


Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. 

Namun kini, demgan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar. 


Multivitamin Dan Mineral



Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk kanak-kanak dan Remaja (2013). 


Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi,magnesium, Fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang 'pick eater'.


Kolostrum 



Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 


Kolostrum atau turut dikenali cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). 



Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SlgA). Imunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak. 


Ibu Bapa Perlu Bijak Memberikan Yang Terbaik Untuk Anakn-Anak

Sebagai ibu bapa, anda perlulah bijak dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda supaya mereka dapat membesar dalam keadaan yang sihat dan aktif terhindar daripada jangkitan kuman dan virus yang merbahaya. 



Bagaimana nak dapatkan Eskayavue Diffenz Junior? Anda boleh layari laman web dan medIa sosial Eskayavue dibawah untuk dapatkan lebih maklumat berkaitan Diffenz Junior dan cara pembelian. 


Website : https://diffenzjunior.com

Instagram : Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

This post have 2 komentar

avatar
azlina ina delete November 24, 2021 at 3:01 PM

Wah, ada kolostrum ya. Ternyata berkesan jika ada kolostrum dalam supplemen ni.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post