Thursday, November 4, 2021

author photo

 Hello November 2021| Assalamualaikum, Hai, selamat petang semua, entri pertama di bulan November 2021 ni, agak lama tak conteng-conteng dekat blog apabila penyakit M dah kunjung datang hihihi, sejak laptop rosak screen makin menjadi-jadi pulak tu, nak guna hp biasa tak boleh nak taip lama-lama mesti tertidur hahaha,  sekarang mood nak menulis tak berapa ada dah ni. 


Nov


Bulan ni mungkin agak kesibukan dengan urusan diluar klinik dan hospital,  pagi kelmarin pun sibuk dengan urusan vaksin Booster ibu mentua Cik Ash di klinik swasta berdekatan rumah ni,  setakat hari ini selepas vaksin alhamdulillah tak ada kesan sampingan yang teruk cuma lengoh-lengoh  dekat tempat cucuk tu. 


Hari Isnin ni pada 9/11 ni pulak nak bawa ibu mentua jumpa pakar untuk rawatan susulan untuk Chek kesihatan, suami seorang jer anak lelaki tanggungjawab dia lebih la sikit nak urus ibu mentua yang uzur ni.


Hari ini hari raya Deepavali  mesti ramai pergi bercuti , balik kampung, Cik Ash ucapkan selamat bercuti semoga dipermudahkan urusan buat korang semua. Pergi bercuti jangan lupa ya patuhi SOP kita masih hidup dengan keadaan covid-19 ni. Jaga kesihatan diri dan keluarga tersayang. 


Tak masak special hari ini suami kena outstation biasa la kerja kilang kena ganti orang. Makan jer yang mana ada dekat rumah ni hihihi. 

This post have 6 komentar

avatar
Ciktie delete November 4, 2021 at 9:10 PM

oo.. mak mertua cikash dah terima dah la vaksin Booster tu. cepat la pula yer

Reply
avatar
Warisan Petani delete November 4, 2021 at 9:37 PM

Wkmussalam
rasanya sekejap aje dah akhir tahun

Reply
avatar
SalbiahM delete November 7, 2021 at 4:56 PM

Semoga November ni baik-baik aje ye Cik Ash

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post