Saturday, November 13, 2021

author photo

 Senarai Perserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021 | Assalamualaikum...Hai korang semua. Siapa peminat Gegar Vaganza mesti tak sabar nak tahu siapakah peserta yang bakal bertanding merebut sebagai Juara pada tahun ni pada 21 November 2021 nanti. 


Gv8


Secara rasmi senarai bintang Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) telah pun diumumkan pada 11 November 2021 di dalam sebuah sidang media khas daripada pihak Astro. Antara bintang yang bakal bertanding adalah seperti berikut yang pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu.


Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 8 


Adibah Nor

Bandi Amuk

Suki

Nikki

Fazley Yaakob

Aliff Aziz

Aweera

Ani Maiyuni

Shidee

Azan Scan

Upiak Isil

Saiful Apek & Yassin

Nico


Masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse selaku pengacara di Gegar Vaganza Musim 8. Tagline untuk tahun ni ' Bintang Kembali Menyengat'. Manakala untuk pemarkahan masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Untuk juri tetap GV8 ialah Datuk Ramli MS , Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang dan juri jemputan setiap minggu. 


Konsert pertama GV8 akan membuka tirai secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam mulai 21 November 2021. 


#gegarvaganza

#GV8

#astrowarna

This post have 2 komentar

avatar
Syaz Rahim delete November 14, 2021 at 10:51 AM

Kebetulan pula apek dan ani mayuni masuk pada season yang sama hehe

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post