Wednesday, January 12, 2022

author photo

 Isi Masa Lapang Main Masak-Masak Tanpa Iklan | Assalamualaikum...Hai korang semua Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang satu website yang terbaik untuk kita mengisi masa lapang tambah website ni sangat sesuai untuk golongan perempuan sebab dalam website Culinary Schools.org ini banyak game memasak yang menarik untuk kita bermain, tambah sekarang kelas secara online masih ada diteruskan, mesti ada anak-anak kita yang boring boleh la kita ajak mereka bermain game memasak ini sambil belajar memasak hihihi, ini nampak bukan anak-anak yang bermain geng ibu-ibu pun join sekaki ni. 


Games online


Di website Culinary Schools.org mempunyai koleksi permainan dalam talian yang berkaitan dengan masakan, ianya terdapat 100 jenis permainan dalam talian untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, cara menjadi seorang petani, cara mengurus restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan. Apa yang menarik dekat sini kita tak perlu nak dowload dan install sebab ianya adalah secara percuma dan tanpa iklan, selalu kalau game kat phone mesti ada iklan menganggu mood waktu bermain juga. Lagi website ini menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mudah alih dan dektop.


Beza Main Masak-Masak Dulu Dan Sekarang


Kalau dulu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Cik Ash pernah bermain masak-masak dengan rakan-rakan sepermainan kita boleh rasai pengalaman memasak macam kita memasak dekat dapur tu, segala benda yang kita jumpa dijadikan bekas-bekas terpakai dijadikan untuk dimasak, ada tu siap kutip kayu-kayu nak dijadikan tempat dapur memasak, daun-daun dijadikan sebagai sayur, lagi best siap boleh buat pondok-pondok hahaha. 


Bila dah masuk zaman sekarang dah tak perlu nak fikir kan cara memasak zaman dulu sebab semua dah canggih mengikut peredaran zaman moden semuanya di hujung jari nak main masak-masak secara online sekarang, segala jenis permainan yang boleh kita bermain dalam phone dan komputer. 


Jom Main Masak-masak Online Di Culinary Schools.org


Berbalik pada topik di atas, website Culinary Schools.org  boleh mengisi masa lapang anak-anak korang bermain masak-masak secara online sambil tu kita boleh belajar menjadi chef. 


Berikut di bawah ini game masak-masak yang terdapat di website ini :-




Nampak tu banyak kan koleksi game masak-masak yang korang boleh membuat pilihan nak kategori yang suka main dan tak perlu lagi susah nak cari satu-satu game. Semuanya sudah disediakan korang boleh bermain sehingga kepuasan.


Game Pilihan Cik Ash Di Culinary Schools.org 


Antara game yang sempat Cik Ash bermain dekat Culinary Schools.org ni, antara game kesukaan Cik Ash game jenis Simulation,Jigsaw Puzzle,Hidden Object dan banyak lagi yang kurang boleh tengok dekat sana mesti pening nak pilih nak main yang mana. Ini kalau Cik Ash sendiri yang start bermain game tak pasal-pasal satu kerja rumah banyak tertangguh sebabnya ralit main game. Antara game pilihan Cik Ash ialah :-


1.Coffee Shop 



Game ini nampak macam menarik Cik Ash dah cuba main, apa yang Cik Ash faham tentang game ini kita kena membantu Cafe Calypso menjana pendapatan dalam sebulan. Permainan ini kita kena isikan maklumat bahan, kerosakan bahan, menukar formula minuman, menguruskan harga minuman dan mengubah permintaan pengguna berdasar perubahan cuaca. Game jenis Simuation ni Cik Ash recommend.Kalau orang teringin nak rasai pengalaman bermain game Coffee Shop ni korang boleh jer klik >>> culinaryschools.org


2.Burger Maker



Game burger maker ni best juga main kita kena susun bahan mengikut senarai pesanan untuk burger yang dibuat mengikut tempahan yang sempurna dalam 10 hingga 15 saat. Lepas itu apabila dah siap semua bahan-bahan tu korang perlu klik butang 'hidang sekarang' di bawah burger untuk menghantarnya kepada pelanggan. Bahan-bahan mesti ditambah dari bawah ke atas untuk menyusunnya dalam susunan yang betul. Permainan ini cukup mudah sehingga pelajar gred dua atau tiga mungkin menyukainya, tetapi pelajar yang lebih tua mungkin mendapati permainan ini berulang.Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> culinaryschools.org


 3. Open Restoran 




Game yang ini Cik Ash cuba main game yang mencabar juga ni nak kena jadi pelayan restoran, kita kena buat semua kerja, pelanggan datang dekat restoran kita kena bawa duduk ditempat duduk yang sesuai, lepas tu kena bagi menu, kena ambik order,hantar makanan dan terima bayaran. Game ni kita kena cepat dan pantas sebab setiap sehari kena target percapaian jumlah wang yang kita dapat. Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> culinary schools.org.


4. Tap Supermarket 



Bagi korang suka game jenis macam Simuation ni, Cik Ash recommend game Tap Supermarket ni, game nya cukup simple dan senang nak main. Tambah game ni macam pernah main sebelum ni senang la bermain sampai ralit nak bagi sampai naik level baru tak sedar hahaha.Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> culinaryschools.org.


5. Farm Story 



Game ni seakan-akan game Candy Crush yang pernah korang main, game yang mudah di mana kita kena sambung sayur-sayuran boleh ditukar dengan sayur-sayuran bersebelahan di atas, bawah atau sisinya untuk menyambung 3 atau lebih berturut-turut. Di beri masa 2 minit untuk menyelesaikan misi ni. Kalau korang teringin nak cuba main game ni korang boleh klik >>> culinary schools.org


Sebenarnya banyak lagi game best boleh kita main dekat sini, Cik Ash kongsi 5 jenis game. 


Permainan game yang ini sangat menyeronokkan :-


https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-fiesta/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/merge-cakes/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-snake/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/airport-rush/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-adventure/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/milk-for-cat/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/mahjong-solitaire/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/onet-fruit-classic/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/snakefalls/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/plumber-soda/


Game bertemakan percutian pun ada dekat sini :- 


https://www.culinaryschools.org/kids-games/gingerman-rescue/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/christmas-candy/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-cane-hit/


Untuk membantu orang ramai membiasakan diri dengan memasak di rumah dan hidup sihat, website ini turut melancarkan alat penukaran bahan seperti berikut :-


 https://www.culinaryschools.org/career-info/conversion/

 

Bersama beberapa alat kesihatan dan kecergasan :-


 https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/

 https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/

 https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/


Ok la itu jer pengkongsian Cik Ash mengenai website culinary schools.org yang menyediakan game masak-masak untuk anak-anak korang bermain waktu masa lapang , dapat menambah ilmu memasak, mengira, belajar menjadi juruwang, pelayan restoran dan banyak lagi. 


This post have 4 komentar

avatar
Ammi delete January 22, 2022 at 11:22 PM

game masak2 memang sentiasa jadi pilihan...aura mak-mak kot

Reply
avatar
mrhanafi delete June 19, 2022 at 10:20 PM

main ,masak-masak dulu lagi happening

Reply
avatar
Cik Ash delete September 3, 2022 at 2:26 PM

Yup masak-masak dulu lagi happening

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post