Thursday, May 19, 2022

author photo

Riang Ria Raya Aidilfitri 2022 | Assalamualaikum...Hai korang semua, masih dalam bulan syawal lagi tak terlambat nak simpan kenangan raya tahun ni yang sangat kelam kabut semua perancangan awal ditunda semula. tahun ni alhamdulilah kita dapat berpuasa dan dapat menyambut hari raya dengan meriah walaupun secara kelam kabut pada tahun ni. 


raya 2022



Setelah 2 tahun PKP disebabkan Covid-19 ni kita tak dapat beraya dengan sanak saudara di kampung, pada tahun ni kita dapat berpeluang berhari raya bersama keluarga tercinta. Alhamdulilah Cik Ash dipermudahkan balik beraya kampung bersama aboh dan ma, setelah lama tak jumpa hampir nak masuk 3 tahun tak jumpa macam-macam rasa dalam diri.


Raya tahun ini tercipta sejarah semua kelam kabut, semua last minute plan hahaha, kalau ikut plan Cik Ash pulang ke kampung pada 2 Mei 2022, rasa gerak hati ni berat duk kata kita akan beraya 2 Mei 2022, last minute tukar dalam masa beberapa hari hahaha, hantar kucing dekat homestay 30.4.22, 1hb.5 kami bertolak dari kedah pukul 7 pagi sampai di kelantan 2.30 petang. Baju yang dah siap packing dalam bag awal-awal bajet plan lama terus tak sentuh bawa jer nasib cukup pakai hahaha.


Alhamdulilah dapat makan masakan ma setelah lama mengidam nak makan masakan ma, nikmat rasa bila dapat makan masakan ma, makan bertambah-tambah rasa tak puas lagi makan, semoga aboh dan ma diberikan kesihatan yang baik. Pada malam raya kelam kabut sempat masak bersama ma kuah kuzi nak dimakan roti jalan yang ditempah dengan kawan ma. Mujur la Cik Ash pesan dekat ma awal-awal siap beli ayam awal rasa raya 2hb ni, apa betul kata gerak hati Cik Ash bila dengar dalam tv umum raya 2 Mei 2022. Macam tak percaya pulak raya awal. 


Baru berangan boleh sahur dan berpuasa sehari dekat Kelantan, hahaha, apa tiba-tiba esok dah raya. Memang raya yang tercipta sejarah orang kata, kalau tak silap Cik Ash pernah dah kita beraya suasana macam ni tetapi tak ingat tahun bila, maybe masa Cik Ash kecik lagi la kut. Disebabkan kita beraya dalam PKP selama 2 tahun mungkin perasaan ni jadi macam terkejut dengan keadaan raya kelam kabut ni. hihihi.


Raya pertama Cik Ash follow ma bawa pergi beraya rumah saudara mara sebelah aboh dan ma, mujur la rumah dekat kawasan sama mudah nak singgah hahaha, Dapat makan nasi dagang kelantan, makan nasi hujan panas, makan satay dan lain-lain kenyang perut sampai ke malam. Hihihi. Tema baju raya Cik Ash dan suami warna Gold hihihi.


Raya kedua pulak adik lelaki Cik Ash ajak pergi  jalan-jalan kenal Mydin Hypermarket Tunjong terbesar di Kelantan yang baru beroperasi bulan puasa aritu kut kalau tak silap Cik Ash pun tak tahu hahaha,ikut jer adik bawa almaklum la lama tak balik kelantan ni jalan kelantan dah berubah mau sesat boleh hahaha. Lepas pergi Mydin Hypermarket kami berpisah dengan adik dia nak pergi rumah mak saudara  isterinya, suami Cik Ash buat suprise bawa pergi EOA Mall pulak, tanya suami nak pergi mana ni, suami kata la pergi jalan-jalan la, berpandukan waze sampai di depan EOA Mall, memang kejutan sungguh tempat dah teringin nak singgah tetapi tak sempat sokmo balik Kelantan sekejap jer, raya ni paling lama sikit duduk di kampung, selalu kalau balik kedah semula raya ketiga dah balik. Masa pergi EOA Mall ada kejadian yang tidak dapat dielakkan hihihi, kalau nak diingatkan balik rasa lucu pulak tapi tak per la perkara itu Cik Ash dan suami jer yang laluinya. Sebelah malam pulak adik-beradik Cik Ash ada buat makan-makan bersama sebab dah lama tak berjumpa kan, badan kalau ikut penat gagahkan diri juga tolong apa-apa yang patut, sempat la buat air teh beng Cik Ash yang dah lama diaorang tak rasa hahaha. 


Pagi raya ketiga pula Cik Ash dan suami pergi shopping barang di Pasar Siti Khadijah yang lama tak singgah juga ni, biasa la kalau balik sekejap tak sempat nak singgah hihihi, banyak juga kami suami isteri borong barang atas pasar siti khadijah beratus-ratus gak habis hahaha, lama tak balik kampung kan semua makanan kelantan nak makan. Belah malam pulak mak saudara sebelah suami pulak buat BBQ bakar ayam dan kambing, Cik Ash makan ayam jer sebab kambing Cik Ash tak makan hihihi. 


Raya keempat kami bersiap-siap nak balik ke Kedah dah, dalam jam pukul 10 lebih kami bertolak dari rumah ma, ambik ibu mentua dekat mak saudara suami, cabaran balik raya keempat ni kami terpaksa hadap jem kereta memang banyak, nak elak jam jalan selalu lalu, apa lalu jalan yang kita lalu aritu rupanya jam jugak, kami tersangkut dekat Machang ke Tanah Merah hampir-hampir 7 jam. Lama gila dekat sana sakit habis segala pinggang , dengan mata mengantuk tahan jer, kesian la dekat suami dia bawa kereta takkan kita nak tidur pulak kan. disebabkan jem di Machang kami banyak berhenti dekat stesen minyak pergi tandas dan sempat tunai solat. Sampai dekat Jeli tak ingat pukul berapa baru jumpa makanan tu pun suami sempat tapau  burger, lama perut kosong lapar hadap jem. Kami mulakan perjalanan semula, sampai dekat gerik suami dah tak tahan dia kata mengantuk kami berhenti dekat stesen minyak suami tidur sekejap untuk bagi relaks mata dulu, tak tengok jam masa tu pukul berapa, dalam setengah jam juga suami lelap dia sedar, kami sampai dekat kedah jam 2 pagi selama 15 jam hadap jem huhuhu, paling memcabar sungguh dengan kereta manual suami bawa pulak tu. Pernah lalui pengalaman berjam-jam atas kereta balik kedah musim raya pada raya tahun 2019.


Ok la korang panjang pulak Cik Ash bercerita dekat blog ni hahaha, ada ke yang baca kisah Cik Ash ni. Biasa la buat kenangan di tahun 2022 raya yang kelam kabut dan penuh cabaran.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post