Sunday, July 24, 2022

author photo

 MAT KILAU Terbaik Membangkit Semangat Kemelayuan |Assalamualaikum... Benda dah lama basi asyik tertangguh entri ini dekat draf.  Setelah lama Cik Ash tidak ke pawangan untuk menonton filem. Tahun ni diberikan peluang untuk menonton bersama encik suami hihihi.

 

mat kilau
Sumber Google 

Pada hari Ahad 26/6/2022 , Cik Ash berpeluang untuk  menonton filem Mat Kilau ni di pawagam berdekatan di Kulim Central. Suami Cik Ash book tiket online hari Jumaat lagi. Masa untuk tontonan ni waktu pagi dalam jam 10.40 pagi. Untuk mengelakkan parking penuh seawal pagi bertolak ke sana.


Pengalaman Cik Ash sendiri menontonnya di pawagam memang perasaan begitu teruja nak tengok filem ni, sebab Cik Ash kalau cerita ada ilmu persilatan memang minat hahaha. Tambah-tambah lagi  pelakon-pelakon semua yang hebat.


Untuk permulaan cerita filem Mat Kilau telah berjaya membakar semangat kemelayuan sejati dan cintakan tanah air di mana pelakon Mubarak Majid dan Elie Suriaty membawa watak dengan baik.


Plot yang bermula dengan ketegangan di mana British telah mengupah askar-askar untuk membunuh orang Melayu dengan kejam tak kira yang tua, muda dan kanak-kanak dibunuhnya.


Dari segi lontaran dialog, ekspresi muka tu watak-watak berjalan dengan baik, memang boleh menangis sewaktu menonton filem ni. Semasa menonton Cik Ash ni banyak menahan geram dan air mata yang mengalir bertapa Cik Ash benci dengan kekejaman yang British buat dekat tanah Melayu kita.


Plot yang Cik Ash tak boleh lupa di mana askar upahan British membunuh isteri yang sarat mengandung paling menyayat hati, dibunuh  dihadapan suami hidup-hidup disaksikan oleh suami dan sahabat beliau di sebalik berlukar. Si suami hanya mampu melihat sahaja kekejaman yang telah dilakukan oleh pembunuh upahan British   tapi dihalang oleh sahabatnya .Plot ni Cik Ash menangis berjuraian air mata sambil dekat mulut terkeluar kata-kata Allahuakbar. Perasaan masa tu meremang bulu roma, besar kepala, semua perasaan ada. 


Apa yang Cik Ash nak puji dengan Filem Mat Kilau ini ucapan dialog sentiasa diisikan dengan ucapan Akidah ayat-ayat agama seperti istighfar, Allahuakbar, sebelum bermula bersilat, berserah semuanya kepada Allah s.w.t. sampai dalam masa menonton filem ni boleh terbayang dekat novel Ramlee Awang Murshid kisah perjuangan Laksamana Sunan kalau novel tu difilemkan ambil semua pelakon dalam filem ni la hahaha. Tapi hanya angan-angan jer novel tu tak boleh difilem sebab agak 


Kepada peminat Fattah Amin mesti teruja nak tengok hero Malaya beraksi dalam persilatan hihihi, selalunya ramai yang kata lakonannya kayu jer kan tetapi kali ini tampil kelainan sungguh sampai Cik Ash boleh terpacul dekat mulut WOW bila tengok watak dia dalam filem ni gerak silat yang dilakukannya. 


Cik Ash bagi 9/10 untuk filem Mat Kilau ni, sekalung tahniah buat pengarah Syamsul Yusof walaupun penuh dengan isu kontroversi filem hebat ditayangkan membangkit semangat anak melayu dalam diri ni. Syabas untuk orang Melayu selama  seminggu  ditayangkan di pawangan kutipan 23  juta, Cik Ash dan suami antaranya yang menonton support filem Malaysia.


Yang mana belum menonton harus la pergi menontonnya walaupun cerita ini tidak sepenuhnya berkisarkan sejarah Mat Kilau tetapi banyak mesej yang disampaikan dalam filem ni. Filem epik yang buat kita jadi bangga pada bangsa kita. Cik Ash harap akan ada lagi filem yang sejarah macam ni selepas ini.


Ok la itu jer coretan mengenai pengalaman Cik Ash menonton filem Mat Kilau. semoga korang terhibur la membacanya. 


#matkilaumovie 

#matkilau

#filemmatkilau

 #matkilaukebangkitanpahlawan 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post