Friday, July 1, 2022

author photo

 OST Drama Tarik Aku Ke Syurga | Assalamualaikum... Hai, disebabkan ada yang tengah mencari OST drama tengah trending dekat slot Samarinda TV3. Jom tengok antara lagu yang terdapat dalam drama ini. 


TAKS

Sebelum Cik Ash kongsi lagu-lagu yang terdapat dalam Drama Tarik Aku Ke Syurga ini apa kata baca dulu sinopsis drama ini dekat bawah Cik Ash kongsikan untuk korang semua. Drama ini mesti ramai yang akan tengok pelakon Zul Ariffin kan hahaha.


Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga 

Zamri adalah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajjah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajjah Raudhah sangat menitik beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajjah Raudhah merupakan pakar motivasi yang sangat berpengaruh. 


Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak yang baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup yang berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajjah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam. 


Hajjah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?


OST Drama Tarik Aku Ke Syurga 


Peminat drama Tarik Aku Ke Syurga ini mesti tak sabar nak tahu lagu apa yang ada dalam drama ni, berikut antara lagu yang terdapat dalam drama ni ialah :-


Tajuk Lagu : Bukti Cinta 

Penyanyi : Wanie ooi

Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh 

Lirik : Ikhwan Fatanna


Tajuk Lagu : Kekasih

Penyanyi : Aiman Sidek feat Aniq Muhai, Alif Azhari

Lagu : Aiman Sidek

Lirik : Aiman Sidek/ Fedtri Yahya


Tajuk Lagu : Teristimewa 

Penyanyi : Aiman 

Lagu : Aiman Sidek

Lirik : Aiman Sidek


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama Tarik Aku Ke Syurga ni, lagu dalam drama ni semua belum dengar lagu mungkin penyanyi baru kut. 


#dramatarikakukesyurga

#osttarikakukesyurga

#tarikakukesyurga

This post have 4 komentar

avatar
Shahada Fauzi delete July 6, 2022 at 4:40 PM

best ke drama ni? dah lama betul tak layan drama..

Reply
avatar
Cik Ash delete August 29, 2022 at 5:23 PM

Boleh la dilayan tapi sakit hati sikit hahaha

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post