Thursday, July 21, 2022

author photo

 OST Lagu Drama Jodohku Babysistter | Assalamualaikum... Drama yang menggantikan slot megadrama ni nampak macam menarik, gandingan Aliff Aziz dan Intan Najuwa nampak serasi hihihi... Drama ini telah ditayangkan pada 6 Julai 2022. 



Penulis skrip drama ini adalah Panel Kotak Cerita, diarahkan oleh Hadith Omar. Manakala untuk syarikat Produksi adalah Juita Viden Sdn Bhd. Penerbit untuk drama ni semesti siapa lagi Michael Ang la. 


Drama bersiri 20 episod ni dilakonkan oleh pelakon -pelakon yang berbakat membawa watak dengan jayanya. Antara pelakonnya adalah Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Natasha Nazira, Isaac Iman, Nina Juren, Sharifah Fatimah Hawra, Rahman Hamid, PS Mansur.


Sinopsis Drama Jodohku Babysistter

Drama ini mengisahkan tentang Adam seorang duda anak dua setelah bercerai dengan bekas isterinya, iaitu Ika yang telah curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. 


Adam sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, sehingga Adam bercadang tidak lagi jatuh cinta dengan mana-mana perempuan lain tetapi disebaliknya dengan kehadiran Adel yang merubah segalanya.


Adel menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya. Adakah cinta mereka akan menyemai kehidupannya saksikan la drama ni sampai akhir episode.


 Ost Lagu Drama Jodohku Babysistter 


Berikut adalah antara lagu-lagu yang terdapat dalam drama Jodohku Babysistter. 


Lagu Tema 

Penyanyi : Bella Astillah & Aliff Aziz

Tajuk Lagu : Tetap Disini


Manakala untuk lagu- lagu yang lain seperti berikut.


Tajuk Lagu : Kesalahan Terindah

Penyanyi : Siti Nordiana 

Lirik : Siti Nordiana


Tajuk Lagu : Sekali Lagi 

Penyanyi : Siti Nordiana & Nubhan 

Lirik : Sepet & Nana Alias


#jodohkubabysistter

#ostjodohkubabysitter

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post