Friday, August 26, 2022

author photo

 Jom Bermain Sambil Belajar Matematik Dengan Board Games | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini saya ada nak berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah  laman sesawang yang terbaik untuk kanak-kanak bermain sambil belajar matematik dalam talian di Calculators.org. Tambah pulak subjek Matematik ni kebanyakan kanak-kanak ada yang belum dapat menguasai dengan baik dsebabkan subjek ini agak susah untuk memahaminya. 





Sekarang berita baik buat ibu bapa tak perlu risau nak tarik minat anak-anak dengan Matematik, ada satu laman sesawang yang mengandungi banyak game Matematik dimana ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah. Laman sesawang Calculators.org saya tengok nampak mesra dan warna warni sangat menarik la, yang penting ianya ada juga sesuai untuk golongan dewasa macam saya hahaha.


Beza Belajar Matematik Zaman Dulu Dan Sekarang 

Kalau dulu ingat lagi zaman masa saya kecil saya agak kurang minat dengan subjek Matematik ni tambah kalau nak menghafal sifir. Selalu jer mengelak bila teacher suruh baca sifir. Yang saya masih ingat siap beli alat mengira yang macam orang cina guna untuk buat kira-kira tu, ada juga beli buku sifir. Cara mengira mengunakan jari bilang satu keluarkan jari kita tu. 


Bila dah masuk zaman sekarang ini dah semakin maju mengikut peredaran masa kebanyakan kanak-kanak sehingga dewasa mengira dengan menggunakan kalkulator untuk mendapatkan jawapan yang cepat. Kalkulator pun kebanyakan jenis yang canggih boleh membuat kiraan pelbagai masalah dalam Matematik dari yang senang sehingga yang susah cuma kita perlu tahu cara untuk menggunakannya dengan betul. Lebih menarik sekarang tak perlu risau sebab nak belajar matematik lebih mudah bila ada satu laman sesawang yang boleh bermain game sambil belajar mengenai matematik.


Jom Bermain Sambil Belajar Matematik Dengan Board Games

Berbalik pada topik di atas, laman sesawang Calculators.org ini terdiri daripada pelbagai jenis game yang sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah dapat belajar sambil bermain mengenai asas nombor, tolak darab, operasi bergabung,teka teki dan lain-lain lagi. Apa yang menarik dekat sini kita tak perlu risau nak dowload dan install sebab ianya adalah secara percuma dan tanpa iklan, selalu kalau kita main game dekat handphone mesti ada iklan yang menganggu mood waktu bermain juga. Lagi laman sesawang ini mengunakkan reka bentuk web HTML 5 yang mesra dengan mudah alih dan dektop. 




Banyak pilihan koleksi game yang boleh kita bermain sambil belajar Matematik, saya dan cuba bermain seronok pulak bermain game ni sehingga ralik bermain sampai tak sedar berapa jam ulang main game di Calcalutors.org ni. 


Game Pilihan Di Calculators.org

Antara game yang sempat saya bermain sambil belajar matemtik dekat Calculators.org ni, antara game kesukaaan saya suka dekat sini ialah jenis Arcade,puzzle, kuiz, susun gambar, dan banyak lagi. Pening nak pilih yang mana best korang tengok sendiri dekat sana macam-macam game ada. Bila start main game tak pasal-pasal kerja dekat rumah tertangguh kan hahaha, sebabnya ralik main game ni. Jom la usha game pilihan yang saya suka :- 


1. Math Plus Puzzle 



Game ini kita kena selesaikan dengan cara klik pada dua atau lebih blok untuk menambah sehingga nombor yang ditunjukkan pada skrin tu. Ada tiga mod permainan yang berbeza untuk dipilih. Classic,Accuracy dan Break. Permainan ini sangat bagus untuk kanak-kanak yang ingin mula belajar penambahan. Nampak senang game ni kalau korang rasa teringin nak rasai pengalaman bermain game Math Plus Puzzle ni korang boleh jer klik Calculators.org.


2. Count Fingers





Game ini pemain diberi masa selama 60 saat untuk mengira bilangan jari ditunjukkan pada skrin. Jari dan ibu jari yang dipanjangkan sepenuhna dikira sebagai jari, manakala yang tidak dikira tidak dikira. Mana-mana jawapan yang salah menamatkan permainan. Pengunaan guna jari zaman dulu dah guna untuk hari ini kita bermain game pulak hihihi nampak seronok pulak. Kalau nak main game ni boleh la klik >>> calculators.org


3. Grocery Cashier


Game ni membiasakan pelajar dengan membuat perubahan pada pembelian tunai, pembeli boleh menggunakan sijil hadiah atau wang tunai untuk membayar. Jika sijil hadiah lebih besar daripada jumlah pesanan tiada perubahan diberikan manakala pertukaran diberikan untuk bayaran tunai melebihi jumlah pesanan. Pemain mesti membuat perubahab dengan mengklik pada bil dan syiling dalam daftar tunai. Denominasi berikut $450,$10,$1,50. Permainan mengikut masa, jadi data mesti dimasukkan dengan cepat. Kalau nak main game ni boleh la klik >>> calculators.org


4. Feed Math



Game ini cara bermain budak lelaki tu perlu makan sushi dengan menambah 2 hidangan bernombor. Permainan ini sangat comel, menyeronokkan dan mudah. Masa diisi semula selepas pusingan walaupun selepas sedozen atau lebih pusingan nombor mula menjadi lebih besar, menjadikan masalah semakin sukar. Kalau nak main game ni boleh klik >>> calculators.org


5. Math Balls


Game ini cara bermainnya anda perlu klik pada bolla untuk menambah sehingga nombor yang ditentukan itu,Apabila anda mengklik 4 atau lebih bola, bola kuasa dijatuhkan yang meletupkan banyak bola.Permainan ini agak pantas sejak awal. Kalau nak main game ni boleh klik >>> calculators.org


Di atas ada 5 game yang sempat saya bermain dekat calculators.org ni. Banyak lagi pilihan korang boleh bermain dekat sana, pilih jer yang mana  korang nak main. Mesti kanak-kanak suka belajar matematik sambil bermain game online tak ada diaorang bosan bila belajar kan. Tambah saya tengok di sana banyak pilihan game antaranya jenis Puzzle, Quiz dan Acade dan banyak lagi.


Ok la itu jer hari ini yang saya nak berkongsi dengar korang satu laman sesawang yang boleh kita ajak anak-anak bermain sambil matemtik dengan mudah dan seronok bermain bersama dengan keluarga. 

This post have 4 komentar

avatar
mamapp delete August 26, 2022 at 4:50 PM

wah menarik board games mcm ni, bukan setakat main aje

Reply
avatar
anajingga delete August 26, 2022 at 7:13 PM

menarik ni Ekin untuk anak-anak kan..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post