Thursday, September 1, 2022

author photo

 Nasi Lemak Pandan Versi Cik Ash | Assalamualaikum... Hai, baru-baru ni terlebih rajin buat nasi lemak pandan, sahaja buat kejutan dekat suami, tak bagitahu pun dekat dia masak nasi lemak. Suami Cik Ash dia jarang nak request nasi lemak. Cik Ash jah yang terlebih rajin kebetulan kesihatan ok sikit tu yang rajin masak yang special sikit. Buat waktu pagi sampai ke petang boleh makan nasi. Kebetulan suami cuti kerja hihihi. 


nasi lemak pandan

Nasi lemak Cik Ash ikut resepi yang pernah Cik Ash kongsi dalam blog ni cuma tukar jadi versi pandan tambah daun pandan dan pewarna pandan. Berbaloi ada blog boleh usha blog sendiri tengok resepinya. Cuma yang special Cik Ash guna beras basmathi. Makan pun kenyang. 


Kebetulan sangat barang dekat rumah semua ada tu yang terajin buat nasi lemak pandan, Rasanya dah lama tak makan nasi lemak buat sendiri ni, last bila tak ingat buat. Memang jarang nak buat nasi lemak. 


Selalunya kalau teringin nak makan nasi lemak beli dekat kedai sini agak tidak menepati citarasa tekak, tetapi boleh la dimakan hahaha. Nak jumpa yang sedap tu memang jarang la. Ada jer orang kelantan jual nasi lemak dekat sini selera tu tak berapa nak diterima tekak. Apabila buat sendiri ni baru puas hati, sampai ke petang boleh makan, sambal ikan bilis esok boleh makan lagi. biasa la 3 orang makan jarang nak habis. 


Sambal ikan bilis pun Cik Ash ikut resepi dalam blog ni cuma ubah cara sedikit, tidak letak petai, dalam sambal ni Cik Ash tambah sambal ikan bilis adabi dalam tin tu. sedap juga bila dicampur sambal ikan bilis dalam tin tu.


Ok la korang itu nak bagitahu buat nasi lemak pandan hahaha, yang tu nak kongsi dekat blog, biasa la terapi minda update blog kan. Nak tengok koleksi resepi lain boleh la terjah #dapurcikash.

This post have 6 komentar

avatar
Rodiah Amir delete September 1, 2022 at 10:28 AM

Dekat rumah ni kena tunggu ramai-ramai baru boleh buat nasi lemak kalau tak mesti tak habis

Reply
avatar
netty ah hiyer delete September 1, 2022 at 1:46 PM

Sedapnya nampak nasi lemak pandan tu.. jalan-jalan blogwalking terjumpa blog cikash. Salam kenal.

Reply
avatar
Cik Ash delete September 3, 2022 at 2:15 PM

Tu la rumah ni 3 org makan xhabis esok boleh makan lagi

Reply
avatar
Cik Ash delete September 3, 2022 at 2:16 PM

Sedap terima kasih singgah nanti blogwalking ya

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post