Saturday, February 25, 2023

Entri Terbaik November 2022 Hingga December 2022

 Entri Terbaik November 2022 Hingga December 2022 | Assalamualaikum... Hampir terlupa nak kongsi rutin bulanan dekat blog ni, begini la jadi bila dah kurang menghadap media sosial kan, Sesiapa yang belum berkesempatan nak baca entri dekat blog Cik Ash boleh singgah baca antara entri terbaik di bawah ni:-


Entri Terbaik November 2022 Hingga December 2022


Entri Terbaik November 2022 


1. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung

2. Belajar Lukis Haiwan

3. Resepi Timun Tumis Air

4. Jom Belajar Bahasa Thailand

5. Koleksi Drama Dan Filem Lakonan Datuk Adi Putra

6.Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2001

7.Ost Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

8. Drama Cinta Fatagmorgana

9. Nasi Lemak Kelantan

10.Garam Kunyit Style Kelantan


Entri Terbaik December 2022


1. Cendawan Enoki Celup Tepung Bestari

2. Koleksi Drama Dan Filem Lakonan Datuk Adi Putra

3. Belajar Lukis Haiwan

4. Jom Belajar Bahasa Thailand

5. Resepi Timun Tumis Air

6.Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010

7.Ost Lagu Drama Sekali Lagi Cinta

8. Resepi Jeruj Jambu Air

9. Nasi Lemak Kelantan

10.Garam Kunyit Style Kelantan


Ok la itu jer antara entri terbaik 2 bulan 2022 carian di blog, ada  entri lama yang masih menjadi carian dekat blog Cik Ash setiap bulan, terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dekat blog ni. Hampir terlupa kongsi dekat blog dah masuk 2023 hahaha.

Friday, February 24, 2023

Drama Imam Instant Ustazah Scammer

 Drama Imam Instant Ustazah Scammer |Assalamualaikum...Hai lama tak kongsi pasal drama dekat blog ni, ni ada drama terbaru yang akan menemui anda di Astro Ria pada 5 Mac 2023 jam 9 malam. Siapa peminat Mira Filzah ni mesti dah lama rindu nak tengok lakonannya kan. Gandingan Mira Filzah dan Hun Haqeem,mesti ada yang rindu nak tengok Mira Filzah berlakon kan.


Imam Instant Ustazah Scammer


Info Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Episod: 9
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2023
Waktu Siaran: Ahad 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 
Pengarah: Hadith Omar
Produksi:Zeel Produstion Sdn Bhd
Pelakon: Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman,Rozita Che Wan,Dato Jalaudin Hassan,Azza Elite.


Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer 

Kisahnya bermula Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya untuk membayar hutang. Dia asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan telah bertemu dengan Imam Asyrat, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. 

Iman Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.


Apa bakal terjadi nanti kena saksikan sendiri la drama ni, masa Cik Ash tengok tayagan perdana nampak macam best drama ni, mesti ada lawak-lawak yang boleh kita buat tersenyum sekejap bila tengok dua pelakon di gandingkan bersama untuk pertama kali. Tak sabar nak tengok drama ni. 

Thursday, February 23, 2023

Kulim Festival 2023

Kulim Festival 2023 | Assalamualaikum...Berita baik buat orang Kulim, Kedah. Cik Ash nak kongsi satu event Kulim Festival.


 

Kulim Festival


Cik Ash ingin berkongsi berita baik kepada penduduk sekitar Kulim Kedah akan berlangsung expo Kulim Festival pada 2 Mac hingga 12 Mac 2023. Kulim Festival ini bertempat di Perkarangan KEDA MALL KULIM. 


Jom memeriahkan expo ini nanti. Di expo ni nanti akan disediakan pelbagai lot jualan murah dan makanan viral, turut diadakan konsert artis-artis jemputan bukan calang-calang ni. 


Ok la korang, Cik Ash update blog nak kongsi pasal Kulim Festival ni jer. Jumpa lagi nanti bila ada masa free. 



Monday, February 13, 2023

Donut Ball Tepung Beras

 Donut Ball Tepung Beras | Assalamualaikum...Hai korang semua,lama tak kongsi masakan dekat blog ni, mesti ada yang rindu koleksi #dapurcikash kan, biasa la mood dah kelaut untuk menulis blog begini jadinya ya. Cik Ash ada nak kongsi makanan yang Cik Ash cuba buat hahaha, ni gara-gara tertengok cerita korea la ada donut daripada tepung pulut. Guna jer resepi donut cuma tukar kepada tepung pulut.



Cik Ash buat Donut Ball ni pada hari 11 Februari 2023 terlebih rajin kan nak buat tambah terasa nak makan, percubaan buat suami dan ibu mentua kata sedap macam makan tepung gombak hahaha, simpan sini hasil buat donut ball dekat blog mana tahu boleh rujuk bila nak cuba buat nanti. 


Resepi Donut Ball Tepung Beras


Bahan-Bahan

1 Cup Tepung Beras 

1 sudu kecil Yis

2 sudu makan majerin

2 sudu makan serbuk penaik

1 sudu kecil garam

1 sudu makan gula

air 


Cara Membuatnya :-

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas tuangkan air sedikit demi sedikit.

2. Uli semua bahan sehingga menjadi doh yang tak melekat ditangan.

3. Lepas tu bulatkan kecil-kecil sedia untuk digoreng dalam minyak yang dipanaskan dalam kuali.

4.Goreng sehingga kekuningan dan boleh diangkat biarkan seketika gaulkan dengan gula halus.


Ok la korang tu cara Cik Ash buat maaf kalau cara-cara buat macam berterabur idea buat datang sepontan hahaha kita olah tepung beras jadi donut kan.