Thursday, April 6, 2023

author photo

 Drama Indonesia Adaptasi Novel Bidadari Bermata Bening| Assalamualaikum...Hai korang, hari ini Cik Ash ada kongsikan satu cerita yang best untuk ditonton di Viu.  Drama Bidadari Bermata Bening ialah siri web Indonesia yang diterbitkan oleh Skytree Pictures yang ditayangkan pada 31 Mac 2023 di Viu berdasarkan novel Bidadari Bermata Bening oleh Habiburrahman El Shirazy. Siri ini diarahkan oleh Farid Dermawan. 




Drama Bidadari Bermata Bening ini adalah siri Viu Original terbaru yang diadaptasi berdasarkan novel terlaris negara oleh salah seorang penulis terbesar dan terkenal di Indonesia iaitu Habiburahman El Shirazy. Beliau juga adalah pengarang beberapa novel terlaris Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Berjaya, Doa Di Atas Doa Cinta' dan Pesona Cleopatra Yang Memudar.


Drama bersiri Bidadari Bermata Bening akan menggambarkan kesabaran dan pergorbanan dua insan demi cinta sejati yang dibaluti iman. Selain mempunyai cerita yang membangkitkan, Drama Bidadari Bermata Bening juga lebih menarik untuk ditonton kerana dibintangi oleh selebriti muda berbakat Indonesia, iaitu Zoe Abbas Jackson dan Ari llham. Sebelum menontonnya di Viu, mari la baca sinopsis drama ini di bawah. 


Sinopsis Drama Bidadari Bermata Bening

Drama ini mengisahkan tentang seorang remaja muda yang cantik yang terpaksa memilih cinta dalam hidupnya apabila tiga pelamar yang berbeza bersaing untuk mendapatkan hatinya. Ayna mula diperkenalkan dengan Gus Afif, dan pertemuan pertama itu mampu menggetarkan hati mereka berdua.


Namun, Ayna terpaksa berhadapan dengan dua lelaki lain yang turut datang meminangnya. Ayna mesti berhadapan dengan tiga lelaki yang berbeza personaliti dan latar belakang. Sudah tentu, ini adalah pilihan yang sangat sukar, memandangkan dia mesti bijak menerima lamaran salah seorang daripada tiga lelaki itu. Nampaknya Ayna sudah membuat pilihannya, tetapi kemudian dia harus terus berdoa untuk mengetahui yang mana pilihan yang tepat untuknya.


Pelakon Drama Bidadari Bermata Bening


Zoe Abbas Jackson sebagai Ayna

Ari Irham sebagai Gus Afif

Ikang Fauzi sebagai Kiai Sobron

Vladimir Rama 

Teuku Ryan 

Endhita

Indra Birowo

Olla Ramlan

Fatih Unru

Dimas Aditya

Boah Sartika


Drama ni juga dikenali sebagai nama A Beautiful Angel, Sebuah drama bersiri genre romantik, telah ditayangkan di Viu Original pada 31 Mac 2023. Drama ni mempunyai 12 Epiosde berdurasi selama 45 minit.Jangan terlepas menonton Bidadari Bermata Bening di Viu.


Lagu Tema 

Rossa - Khanti

This post have 5 komentar

avatar
Cik Nor delete April 6, 2023 at 10:42 AM

Cik nor bnyak buku habiburrahman..tpi dah jual separuh..hihi

Reply
avatar
Rini Ismail delete April 8, 2023 at 8:18 AM

Saya dah tak langgan viu, tapi aritu langgan semata-mata nak tengok drama Bridge. Best citer tu

Reply
avatar
Cik Ash delete April 8, 2023 at 11:19 PM

Saya sebab selalu top up internet Maxis dapat tebus Viu ni, tapi bukan selalu

Reply
avatar
dear anies delete April 10, 2023 at 3:21 PM

pernah jumpa habiburrahman ni in person masa dia dtg ke pesta buku antarabangsa KL dulu...lama dah... time tu pun dia mmg dah famous sbb Ayat Ayat Cinta

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post