Saturday, August 26, 2023

author photo

Drama Cina Firework Of My Heart | Assalamualaikum...Hai, hari ini ada kerajinan nak buat review Cdrama yang tengah trending dekat tiktok baru-baru. Cik Ash tak terlepas peluang tengok cdrama ni dekat viu hahaha, memang best drama ni. Kisah percintaa bomba dan doktor hihihi. 


firework

Drama Firework Of My Heart adalah drama Cina yang membawakan watak-watak yang sangat rancak dan latar belaknag yang kuat, dari segi plot perceritaan bidang masing-masing menjalankan tugas.


Info Drama 


Tajuk : Firework Of My Heart 

Episod : 40 

Tarikh Tayangan : 5 Julai 2023

Genre : Aksi, Romantik, Perubatan

Negara : China 

Tonton Di : Viu , IQiyi dan Viki


Sinopsis Firework Of My Heart 


Firework Of My Heart mengisahkan persahabatan antara Song Yan dan Xu Qin yang membesar bersama sejak kecil. Tetapi apabila mereka semakin dewasa, keluarga mereka mula melihat persahabatan mereka semakin akrab dan menghalangkan perhubungan antara Song Yan dan Xu Qin.


Setelah 10 tahun berpisah mereka bertemu semula di unit kecemasan ketika tu Song Yan cedera menjalankan tugas sebagai seorang anggota bomba manakala Xu Qin bertugas sebagai doktor di wad kecemasan. 


Walapun bidang pekerjaan mereka yang berbeza, matlamat mereka adalah sama dan hanya menunggu takdir campur tangan untuk menyatukan mereka kembali.


Song Yan jatuh cinta pada Xu Qin pada pandangan pertama ketika dia masih remaja. Xu Qin membalas cintanya tetapi tidak berani dan tidak cukup kuat menentang keluarganya. Dia meninggalkan Song Yan tetapi hatinya tidak pernah melupakan Song Yan.


Suatu ketika dahulu, kedua-dua mereka disatukan oleh kerja mereka, tetapi kedua-duanya tidak begitu gembira untuk disatukan. Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Xu Qin dan Song Yan jika mereka ingin mengubah hubungan baharu mereka menjadi sesuatu yang lebih. 


Mampukan hubungan mereka kembali berputik kembali, banyak halangan dan rintangan yang harus mereka berdua laluinya. 


#fireworkofmyheart

#dramacina

#trendingdrama

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post