Sunday, November 19, 2023

author photo

 Jenis-Jenis Siput Babi | Assalamualaikum...Hai, Hari ini Cik Ash nak kongsi mengenai jenis-jenis siput babi. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya siput babi banyak jenis. Cik Ash ni kiranya pertama kali juga baru tahu siput babi banyak jenis. 



Jenis-Jenis Siput Babi


Siput babi, juga dikenali sebagai siput landak atau siput bola, adalah sejenis siput darat yang terkenal dengan ciri-cirinya yang unik dan menarik. Siput babi adalah haiwan hermaphroditic, bermakna ia mempunyai kedua-dua organ seksual jantan dan betina. Terdapat pelbagai jenis siput babi yang boleh di temui di seluruh dunia. Di bawah ini Cik Ash kongsikan beberapa jenis siput babi yang menarik. 


google image


1. Siput Babi Hitam ( Achatina Fulica) 

- Siput babi hitam adalah salah satu jenis yang paling biasa dan mudah dicari.

- Ia mempunyai cangkerang berwarna gelap dengan corak yang menarik.

- Siput ini mampu membesar dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan untuk bergerak dengan pantas.


kdrt google image


2. Siput Babi Albino (Achatina immaculata)

- Siput babi Albino mempunyai cankerang putih dan badan kuning pucat.

- Ia kurang biasa daripada siput babi hitam.

- Siput ini mempunyai saiz yang lebih kecil dan biasanya lebih sukar dilihat pada waktu siang.


kredit google image

3. Siput Babi Afrika Gergasi (Achatina achatina)

-Siput babi Afrika gergasi adalah salah satu jenis siput terbesar di dunia.

-Ia boleh mencapai saiz yang sangat besar, dengan cangkerang shingga 20 cam panjang.

-Siput ini mempunyai corak yang menarik pada cangkerangnya dan selalunya dipelihara sebagai haiwan peliharaan.


krdt  google image


4. Siput Babi Kuning (Limicolaria flammea)

- Siput babi kuning mempunyai cangkerang kuning dengan corak merah jambu

- Ia lebih kecil daripada siput babi jenis lain, dengan saiz cangkerang hanya kira-kira 5 cm

- Siput ini biasanya terdapat di kawasan hutan tropika.


Cara Siput Babi Hidup 

- Siput babi ialah haiwan yang hidup di persekitaran darat terutamanya di zon tropika.

- Mereka mempunyai badan yang lembut dan memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup.

- Siput babi aktif pada waktu malam dan mencari makanan seperti  sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuhan lain.


Keistimewaan Siput Babi

- Siput babi mempunyai keupayaan untuk memulihkan kerosakan pada cangkerangnya.

-  Mereka mampu merembeskan bahan kapur dari badan mereka untuk membaiki cengkerang yang retak atau rosak. 

-Siput ini juga boleh mengeluarkan lendir licin untuk mengurangkan geseran semasa bergerak.

- Ini membolehkan mereka merangkak dengan lancar pada permukaan yang kasar. 


Di atas itu adalah beberapa jenis siput yang menarik seperti siput babi hitam,siput babi albino, siput bai Afrika gergasi, dan siput babi kuning. Siput babi merupakan haiwan yang mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Dengan ciri unik dan keboleh suaian yang tinggi, siput babi merupakan haiwan yang menarik untuk dikaji dan dijaga. 

#siputbabi

#jenis-jenissiputbabi

This post have 2 komentar

avatar
fanny_dcatqueen delete November 21, 2023 at 12:54 AM

Saya jujur geliiii sangat dengan siput ini 😂. Sebisa mungkin tak nak mendekat. Tapi untungnya tak semengerikan seperti hewan melata lainnya macam cacing, ular, lintah, kalo yg itu confirm saya menjerit kalo lihat 😅

Reply
avatar
ryn3ryn delete December 14, 2023 at 8:34 PM

Perkongsian yg menarik 👍😊

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post