Sunday, November 5, 2023

author photo

 Kenangan Zaman Muda VCD Pertama Cerita Korea | Assalamualaikum...Hai,hari ini Cik Ash nak berkongsi sesuatu cerita kenangan zaman muda dulu-dulu suka kumpul koleksi VCD salah satu cerita Korea. Kiranya VCD pertama cerita Korea yang Cik Ash kumpul ni.


Kenangan Zaman Muda VCD Pertama Cerita Korea Winter Sonata


VCD pertama yang Cik Ash beli adalah cerita Winter Sonata, ianya sebuah drama televisyen korea yang telah menjadi ikon dalam industri hiburan Korea. Drama korea yang pertama kali disiarkan pada tahun 2002, dan masa memang drama ni mendapat populariti yang meluas di seluruh dunia. Perasaan mendapatkan VCD pertama drama korea ni memang tak dapat dilupakan.


Pada era 90-an, hiburan di Malaysia masih didominasi oleh drama tempatan, Walau bagaimanapun dengan kemunculan Winter Sonata, terdapat perubahan ketara dalam pilihan hiburan orang ramai. VCD pertama Korea ini membawakan nafas yang segar dengan kisah yang menyentuh perasaan dan watak yang menawan dan hebat.


VCD Winter Sonta ni merupakan satu-satunya naskhah drama yang terdapat dalam bahasa Melayu ketika itu. Dengan pembungkusan yang menarik dan kualiti imej yang baik, VCD ini menjadi kegemaran peminat drama Korea di Malaysia. Harganya yang berpatutan masa itu kalau tak silap Cik Ash la. Dah lupa harga berapa beli tu sebab tahun 2007 dah lama berlalu mana nak ingat harga berapa kebetulan masa itu Cik Ash pernah berkunjung ke KL.


Kenangan mendapatkan koleksi VCD yang pertama ini  memang takkan dilupai, kira cerita korea pertama yang buat Cik Ash jatuh cinta dengan cerita korea sampai la sekarang tengah layan hahaha. Tengok berulang kali pun tak pe. Siap masa tu nak belajar bahasa korea, cuba memasak menu makanan Korea. 


Sekarang tahun 2023 ni dah tak ada VCD itu ,semua dah berubah nak tengok cerita luar negara semuanya di hunjung jari boleh tengok online ada yang berbayar dan percuma. Banyak aplikasi streaming yang boleh kita tengok berbayar dan percuma. Salah satu aplikasi yang Cik Ash suka layan korea adalah Viu,Loklok dan lain-lain. 


Ok la korang itu cerita yang Cik Ash kongsi zaman muda dulu Cik Ash simpan sini buat kenangan hahaha. Mesti korang ada jugak koleksi zaman muda-muda dulu yang korang simpan boleh kongsi dengan Cik Ash. 

This post have 3 komentar

avatar
adnil linda delete November 5, 2023 at 11:08 AM

Linda ingt yg Linda punya VCD mula2 cerita jepun Beautiful Life.. Kisah hairstylist berkerusi roda...sedih la cerita dia... X igt dha VCD tu kat mana... Hahaha...

Reply
avatar
fanny_dcatqueen delete November 8, 2023 at 6:57 PM

Suami saya yg nonton drama ni, tapi saya tak nak, Krn sedih kan 🤣. Tak suka liat yg sedih. Jadi selalunya kalo pilih Drakor, pasti pilih yg happy ending , 😄.

Reply
avatar
Cuya delete November 10, 2023 at 11:19 PM

Aunty Cuya menggila dengn vcd korea dulu2
winter sonata memg cerita top la.. org suka tangkap gmbr dekt tempt berlakon kt sana tu

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post