Thursday, January 11, 2024

author photo

Teringin Nak Makan Mr. Churros Yang Viral Tu |Assalamualaikum...Kisahnya hari selesa 9/1/24  sebenarnya rancangan kami nak pergi ke Kulim Bird Park nak tengok haiwan dekat sana. Tetapi sayang tempat itu tengah dalam proses pengubahsuaian. 


Teringin Nak Makan Churros Yang Viral Tu

Plan tak menjadi kami round-round pekan taman selasih cari makanan untuk alas perut tengahari , masa round-round kami ternampak satu kedai jual makanan yang viral ada Cik Ash ternampak dekat tiktok baru-baru ni iaitu Mr. Churros. 


Rasa Cik Ash chuross di taman selasih ni baru beroperasi kut, kalau sebelum ni round kawasan itu  tak ada pun lagi, bagi Cik Ash churros ni memang sedap makan rangup di luar, gebu  di dalam tu dicicah pulak sos dipping memang sedap lah.





Setiap chuross ini didatangkan dengan pilihan sos dipping iaitu Beryl's Milk Chocolate, Premium Caramel, dan Premium Beryl's Dark Chocklate. Korang boleh cuba sendiri yang mana satu pilihan sos yang favourite korang. Untuk Cik Ash, Cik Ash paling suka Premium Caramel. Nanti bila-bila boleh pergi  beli lagi Chuross ni. 


Kalau korang yang berada di Kulim jangan lepaskan peluang singgah kedai Mr.Churros di tapak pasar malam taman selasih kulim. Masa Cik Ash singgah kat sana orang tak ramai lagi, Cik Ash order set Family Rm35 dapat 40pcs churros, FREE 5 dipping, dipping Cik Ash ambil 2 Dark Chocolate, 2 milk chocolate dan 1 Caremel.  Memang berbaloi la beli kami suami isteri makan habis, mak mentua Cik Ash seperti biasa makanan yang pelik memang dia tak makan hahaha. Kalau korang tak mahu beli yang set family ni korang juga boleh beli Set Single 8pcs churros RM7 FREE 1 dipping. Ok la itu jer Cik Ash nak kongsi pasal menu viral Mr. Churros tu,

This post have 3 komentar

avatar
adnil linda delete January 11, 2024 at 11:09 AM

linda tak pernah lagi makan churros...hahaha...ketinggalan zaman betul lah

Reply
avatar
fanny_dcatqueen delete February 15, 2024 at 6:50 PM

Dah lama tak makan churros 😄. Saya sekedar suka saja, sebab manis kan dipping sauce nya. Kalo pun beli, lebih suka makan begitu saja, atau pakai gula halus 😄

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post