Wednesday, May 22, 2024

author photo

Assalamualaikum...Hai hari ini Cik Ash nak kongsi senarai drama Cina yang best ditonton dan boleh buat kita santai-santai tengok. Jom kita tengok senarai drama dekat bawah ni. 

 

 

Senarai Drama China Best


1. Firework Of My Heart - Drama kisah percintaan yang penuh dengan emosi yang berlatarbelakangkan profesion yang menuntut seperti doktor dan bomba. Konflik yang timbul daripada perselisihan faham dan syak wasangka sering memberikan asas kukuh  untuk meneroka dinamik hubungan antara watak dalam cerita.


2. Ashes Of Love - Drama kisah yang sengit, tipu daya politik dan perselisihan antara dimensi, sambil meneroka tema seperti cinta, pengkhianatan dan pertumbuhan peribadi. Dengan visual yang menakjubkan, jalan cerita yang kompleks dan lakonan yang mantap, drama ini telah menerima banyak anugerah dan populariti hebat dalam kalangan peminat drama China.


3. The Legend Of Shen Li - Sebuah kisah drama yang menggabungkan Unsur fantasi dan pengembaraan dengan konflik politik dan percintaan. Berlatarbelakangkan zaman purba dan kewujudan  satu-satunya dewa yang tersisa Xiangzhi cerita ini menawarkan rasa misteri dan keajaiban.

 

4. Blossoms In Adversity - Kisah ini menggambarkan perjalanan Hua Zhi dalam menangani tragedi keluarganya dan bagaimana dia menghadapi cabaran dengan keberanian dan ketabahan. Dalam ketidakpastian dan kesulitan, dia menjadi teladan inspirasi bagi mereka di sekelilingnya, menunjukkan bahawa kegigihan dan tekad dapat membawa seseorang melalui segala dugaan dalam hidup.


5. The Blue Whisper - Drama ni best juga kisah ikan duyung lelaki, Cik Ash baru. Ji Yun He ialah seorang guru rohani yang berkuasa dan berbakat yang tinggal di Lembah Bunga. Dia membenci rahsia gelap mendalam yang menyekatnya daripada meneroka dunia pada masa lapangnya. Changyi ialah ikan duyung yang muncul di Lembah, ihsan Puteri Shunde yang kejam. Yang Teramat Mulia memerintahkan Yun He untuk membuat ikan duyung bercakap perkataan manusia, memotong ekornya, memberikan mutiaranya dan setia.


Ini adalah 5 drama china yang dah Cik Ash tengok boleh dkatakan senarai yang di atas jalanan ceritanya adalah best dan menarik kalau korang jenis minat-minat kisah zaman purba, ada berlawan pedang-pedang ke dan banyak lagi.

This post have 2 komentar

avatar
aizamia3 delete May 27, 2024 at 3:40 PM

Favourite dari dulu, suka tengok drama cina zaman purba, suka tengok pakaian deme.. cantik2.

Reply
avatar
fanny_dcatqueen delete June 7, 2024 at 4:13 PM

Kalo dracin saya memang jarang nonton 😅. Jujur tak tahu pula drama2 di atas. Sekarang ini memang lebih sering lihat K-drama daripada dracin. Mungkin nanti kalo dah bosan K-drama, barulah beralih ke dracin 😄

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post