Sunday, June 23, 2024

author photo

Suasana Hari Raya Aidiladha 2024 | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar, Alhamdulilah raya haji tahun ni Cik Ash beraya di Kedah. Raya ni masak menu banyak daripada biasa, Mok mentua Cik Ash la teringin nak jemput saudara mara dia ada dekat sini. Fuhh semangat penat nak siapkan semua menu tapi berbaloi menu semuanya habis. Pertama kali pulak masak banyak macam ni. 


Suasana Hari Raya Aidiladha 2024

Menu semua malam raya Cik Ash buat, ada dah buat awal pagi, macam acar timun+carrot,sambal ikan dah siap awal pagi lagi, nasi impit rebus waktu petang tu,start memasak kuah kacang, ayam masak merah, gulai kopeh dari pukul 9.00 malam lebih kurang pukul 12 malam baru la siap semua, bila dah siap clearkan dapur dekat-dekat pukul 1 lebih juga la tidur. 

 


 

Hari raya pertama Cik Ash  bangun pukul 6 pagi bangun sembahyang subuh dulu, dekat-dekat pukul 7.30 pagi baru masak nasi hujan panas, nasi putih. Alhamdulillah siap semua menu dalam pukul 9.00 pagi suami pun jemput la saudara mara mari makan. Menu raya pertama rumah Cik Ash nasi impit, kuah kacang, sambal ikan, ayam masak merah, nasi hujan panas, nasi putih, gulai kopeh ayam. Sebelah petang bawa Mok raya rumah kak ipar yang sulung jer, tak ada pergi mana-mana, lepas makan terus balik rumah, penat masih ada nak berehat la juga kan.




Hari raya kedua  belah pagi kami sarapan nasi hujan panas Cik Ash buat nasi goreng jer. Mok pulak makan nasi impit dengan kuah kacang, sambal ikan. Siap makan Cik Ash kemas-kemas dapur clear segala periuk, bekas dan lain-lain ke tempat asal. Lepas tu sambung basuh baju. Tengahari ni Cik Ash tak masak sebab nak pergi hadirkan diri dekat kenduri rumah pak saudara suami (Pok Do) ada buat majlis bertunang anak perempuannya. Kenyang makan kami pun bersurai, ajak suami pergi kulim cari barang kat farmasi. 


Hari raya ketiga sarapan kami bertiga makan menu-menu menu sama yang masih ada 🤣. Tak masak pun panaskan menu yang ada tu. Siap makan sambung basuh baju 😂. Lepas tu rehat baring-baring sampai tertidur 🤣. Tengahari ni makan jer makanan yang ada kat rumah ni. Belah petang ni lepas asar ada jamuan raya juga rumah pak saudara suami (Pok Muda). Selesai makan kami pun balik. 


Habis dah cerita raya haji Cik Ash, hari Khamis kembali rutin harian sebagai surirumah tangga 🤣. Bangun awal pukul 5 pagi masak sarapan untuk suami dan mak mentua. Itu jer kisah suasana raya haji dekat kedah tahun ni.

This post have 7 komentar

avatar
Amie delete June 23, 2024 at 11:02 AM

Wah, meriah juga sambutan raya aidil adha.

Reply
avatar
adnil linda delete June 23, 2024 at 6:12 PM

selamat hari raya Aidil Adha ...
seronok bila raya haji pun meriah

Reply
avatar
Cik Nor delete June 24, 2024 at 10:15 AM

kita hari raya pertama melanguk kt tempat korban sampai zohor..haha..salam aidiladha kin

Reply
avatar
Cik Ash delete June 24, 2024 at 8:21 PM

Sini xtau mana tempat korban 🤣, kalau tahu teringin nak g jugak.

Reply
avatar
Cik Ash delete June 24, 2024 at 8:21 PM

Meriah saudara mara Mok mentua ada sini,

Reply
avatar
Cik Ash delete June 24, 2024 at 8:23 PM

Ha ah seronok, ni bukan selalu cik Ash masak banyak ajak saudara mara 🤣 kira pertama kali masak semua tu penat juga kita sorang buat,

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post