Thursday, May 16, 2024

Selamat Hari Guru 2024

 Assalamualaikum... Hai korang semua,Semoga semuanya baik-baik hari ini. Hari ini merupakan hari khas buat Cikgu-cikgu seluruh malaysia.

 

Selamat Hari Guru



 Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan  SELAMAT HARI GURU kepada rakan-rakan blogger yang mengenali Cik Ash ini.. Tahun ini tema hari Guru adalah  "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani".


Tak lupa juga dalam kalangan Family Cik Ash ada yang sekarang berkhidmat sebagai cikgu iaitu adik ekin,kak ipar, pak saudara, mak saudara, sepupu sepapat Selamat Hari Guru jugak buat mereka semua. 

Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua jumpa lagi..Bye.

Entri Terbaik Sepanjang Tahun Januari 2023 Hingga Disember 2023

Assalamualaikum...Hai sudah lama Cik Ash tak kongsi entri terbaik dekat blog ni. entri terbaik sepanjang tahun 2023 dekat blog ni. Di bawah ini Cik Ash kongsi entri terbaik dari bulan Januari hingga Disember 2023.
 
 
Entri Terbaik  Sepanjang Tahun Januari 2023 Hingga Disember 2023

 

Entri Terbaik Januari 2023 Hingga Disember 2023

1. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari

2. Jom Belajar Bahasa Thailand

3.Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010

4. Belajar Lukis Haiwan

5.Koleksi Drama Dan Filem Lakonan Datuk Adi Putra

6.Nasi Lemak Kelantan

7.Resepi Timun Tumis Air

8.Jeruk Jambu Air

9.Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang

10.Drama Tiada Arah Jodoh Kita

11.Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa


Dekat atas itu adalah 11 senarai entri yang popular setiap bulan dan carian dekat blog, rupanya ramai yang suka tengok resepi, sinopsis drama dekat blog ni. Kepada korang belum sempat nak baca entri yang popular itu boleh singgah baca ya. Jumpa lagi nanti.

Tuesday, May 14, 2024

7 Jam Tak Ada Elektrik

Assalamualaikum, hai korang semua, simpan dalam blog kenangan tak ada elektrik kat rumah ni. Hampir 7 jam tak ada elektrik dari pukul 9.30malam hingga 4.58pagi tadi baru ada.Dengan kepanasan memang tak tidur dari pukul 9.30 sampai la elektrik ada baru tidur, paling lama elektrik tak ada kat taman perumahan kami, kiranya satu taman perumahan dekat sini ada gangguan elektrik.

 

7 Jam Tak Ada Elektrik

Macamana la yang ada anak kecil mesti menangis kepanasan, kita yang dewasa pun dah tak tahan panas, mereka lagi la. Sepanjang duduk di perumahan taman ni, paling lama tak ada elektrik selama 7 jam kalau siang hari tu tahan la juga kalau tak ada, tapi ini berlaku pada waktu malam memang kegelapan kami 3 orang kat rumah, mujur la suami ada kat rumah. Kurang rasa takut dalam kegelapan. 


Cik Ash sampai kelemasan tak tahan panas, rasa tak lepas nak bernafas, tambahan pulak Cik Ash tak boleh duduk dalam kegelapan rasa takut. Nak tidur pun tak boleh kepanasan, macam-macam kata terkeluar dekat mulut mujur la masih ingat di mulut sentiasa berzikir istigfar dan selawat  untuk hilangkan rasa ketakutan dan kepanasan tu. 


Bila difikir balik kita alami 7 jam tanpa elektrik dan tak tahan, bagaimana suasana dekat negara Palestin yang tak ada segalanya. Allahahuakbar, Allah uji sedikit  jer dekat kita. Tu pun kita dah berbunyi macam-macam mereka dekat sana terus kuat dan terus berjuang untuk hidup.

Malaysian Are Invited To A Night Filled With Music And Celebrations At Vivo's Perfect Night Party 2024

MALAYSIA ARE INVITED TO A NIGHT FILLED WITH MUSIC AND CELEBRATIONS AT VIVO'S PERFECT NIGHT PARTY 2024- in collabration with local talented artistes in Malaysia.

 

vivo


 Vivo Malaysia joyfully unveils The Perfect Night Party 2024, a grand celebration aligned with its 10th year annivesary. Set to dazzle on 18th May 2024, this event stands as a testament of vivo's dedication to innovation, creativity, and the dynamic Malaysia spirit at Zepp Kuala Lumpur. As vivo Malaysia looks back on decade of remarkable milestones, they are extending a warm invitation to all Malaysia to join vivo in commemorating this special occasion and create more memorable momories together. 

 

The Perfect Night Party 2024 is gearing up to deliver an incredible showcase of Malaysia's most famous and talented artists. Get ready to be swept away by the irresistible rhythms of Masdo, the hearfelt melodies of Elva, the dynamic performances of Daniel Cheah and other incredible artist. With their talents and magnetic stage presence, these artists are poised to captivate audiences leaving an indelible mark on hearts and memories for years to come. 


The Perfect Night Party 2024 is a treasure trove of exhilarating activities and engaging experiences, catering to all Malaysia with a diverse array of entertainment offerings for an unforgettable expereince unlike any other. Adding to excitement, entry is completely free. vivo Malaysia encourages everyone to grab their tickets quickly as seats are filling up rapidly. Get ready to dance, sing, and create memories that will last a lifetime with vivo.


For more information and latest update about vivo's 10th annivesary, do visit vivo Malaysia's official Facebook Page and vivo Malaysia's Official Website.


About Vivo 

Vivo is technology company that creates great product based  on design- driven value, with smart devices and inteligent services as its core. 


The company aims to build a bridge between humans and the digital world Through unique creativity, vivo provides users with an inscreasingly convenient mobile and digital life.


Following the company's core values, which include Benfen*, user orientation design-driven valu, continous learning, and team spirit, vivo has implemented a sustainable development strategy with the vision of developing into a healthier, more sustainable world-class corporation.


While bringing together and developing the best local talents to deliver excellence, vivo is supported by network of R&D centres in Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai and Xi'an, focusing on the development of state-of-the-art consumer techologies, including 5G, artificial intelligence, industrial design, imaging system, and other up-and-coming technologies.


Vivo has also set up an inteligent manufacturing network (including those authorised by vivo) with an annual production capacity of nearly 200 milion smartphones.


As of now, vivo has branched out its sales network across more than 60 countries and regions and is loved by more than 400 million users worldwide.


*Benfen" is a term describing the attitude toward doing the right thing and doing things right- which is the deal description of vivo' mission create value for society.


Stay informed of the latest vivo news on vivo Website.

 

Baca : SINI

Friday, April 26, 2024

Cerita Hari Jumaat

Assalamualaikum, Hai semua, selamat hari jumaat. Rasanya lama dah tak buat cerita-cerita aktiviti jumaat kat blog ni. Hari ini kebetulan jatuh suami off kerja dapat la peluang pergi pasar pagi kat taman perumahan Cik Ash ni.


Cerita Hari Jumaat


Aktiviti  pagi Cik Ash hari ini basuh baju kerja suami dan baju pakaian harian Cik Ash dan Mok mentua. Mesin basuh manual ni kita kena jaga mesin basuh tu tak boleh buat kerja lain nanti lupa hahaha , Surirumah kan ada kerja nak buat walaupun tiada anak pun sibuk kerja rumah. Rumah luas biasa la kadang tu ada mari perasaan malas kemas rumah Cik Ash layan drama Korea,China sampai berepisod2 hahaha, nasib baik Mok mentua Cik Ash sporting hahaha, dia pun faham Cik Ash seorang jer sibuk buat kerja kat rumah mesti la penat. 


Berbalik cerita pasal pergi jalan-jalan cuti mata kat pasar pagi tadi, Kami beli nasi  kat pasar pagi nasi sambal ayam  dan mok mentua sambal ikan masin dan nasi tambah nasi lemak bilis telur. Semua tu RM10.50.  Dekat pasar pagi tadi sempat juga beli ayam gunting yang tak pedas dan pedas satu RM18. Disebabkan screen protector phone dan casing Cik Ash  dah rosak tukar juga la tadi harga RM28. 

 

Untuk menu petang ni tak tahu nak masak apa lagi, kita tengok lauk apa yang ada dalam peti ais tu kita masak jer. Lagipun suami  lepas jumaat ada dapat jemputan rumah jiran kenduri tahlil. Tengok la macam mana tanya dia nanti.  


Ni sebab ada peluang cuba juga tulis cerita kat blog ni 😆, aktiviti hari jumaat , kalau waktu petang ni suami selalu bawa Cik Ash naik motor ronda-ronda dalam taman jer hirup udara luar dah kira ok la tenangkan jiwa tengok dunia luar. 


Ok la korang itu jer cerita hari Jumaat Cik Ash, jumpa lagi di hari yang lain InsyaAllah kalau ada kerajinan ada la tu entri baru ☺️.

Wednesday, April 24, 2024

Wordless Wenesday #115| DIY Baju Kurung Lama

 Wordless Wenesday #115| DIY Baju Kurung Lama. Assalamualaikum...Hai, dekat bawah ni adalah hasil diy baju kurung zaman kerja-kerja dulu buat baju pakai dekat rumah. 



Wordless Wenesday #115| DIY Baju Kurung Lama


2024 Giveaway by asyiqin.com

 2024 Giveaway by asyiqin.com | Assalamualaikum...Selamat pagi semua, pagi ni awal buka blog, terjumpa rakan blogger ada buat giveaway jom la memeriahkan support beliau. Syarat untuk join pun mudah.
 
 
2024 Giveaway by asyiqin.com

 




SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:

1. Follow Blog ini
2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.
4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.

Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)
 
 
Jom la korang memeriahkan giveaway ni, mana la tahu korang salah sorang pemenang nanti. 

Monday, April 22, 2024

Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi BELI LOKAL " KEMBALI LAGI

 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024. KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta. Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.



Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.


YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini. Melalui adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.




Usahawan dan koperasi tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan peniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my. Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya sepertj makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.




Selain menyediakan platform @-dagang tanpa Caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Thursday, April 18, 2024

Suasana Hari Raya Aidilfitri 2024

 Suasana Hari Raya Aidilfitri 2024 |Assalamualaikum... Hai, terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan blogger yang mengenali blog ni. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadat puasa dengan baik dan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ni. Tahun ni masih beraya di Kelantan,Raya puasa ni  dapat lah peluang balik  lama sikit. Kalau ikut tak puas lagi balik ni sebab tak dapat nak makan dan pergi tempat makan yang best-best,  biasa la bila balik hari raya ni kebanyakkan kedai tutup pada hari raya pertama dan kedua.


Suasana Hari Raya Aidilfitri 2024
 
 

Mujur tahun ni raya tak kelam kabut macam raya 2022 dan raya teka-teki  pada raya tahun  2023, tahun ni kita beraya tepat hihihi, Cik Ash dan suami bertolak dari Kedah pukul 8.30 pagi lepas selesai hantar Mok mentua dekat rumah kak ipar. Kucing Cik Ash dah siap hantar pada 8hbl lagi. Perjalanan kami suami isteri dipermudahkan sampai awal kat sana dalam pukul 2.05 petang. Sempat juga pergi bazar ramadan dekat taman perumahan tu. Dekat Bazar Ramadan tu Cik Ash beli  nasi air, air mangga, air green tea dan murtabak. Menu berbuka aritu Cik Ash sempat masak tomyam ayam jer, menu lain Aboh beli ayam panggang pasu. Last puasa tu kebanyakkan menu yang beli ada ada anak saudara ma beli air teh ais, kuih-muih Kelantan. Selesai makan masa untuk clear dan basuh-basuh segala pinggang mangkuk kat dapur. Sambil membasuh dengar sorakan dari ahli keluarga kat luar di ringin dengan  bunyi letupan mercun dekat luar. 1 syawal 2024 jatuh pada 10 April 2024. 

 


Menu raya pertama Cik Ash dah bincang dengan ma awal lagi nak buat nasi minyak, ayam masak merah, acar timun+carrot. Sebelah malam tu lebih kurang pukul 10 ke atas macam tu Cik Ash mula start goreng ayam dulu , lepas tu tumis bawang besar,bawang putih, halia, cili kering hingga pecah minyak , sesuaikan rasa sambal tu boleh la letak ayam dan gaul sebati. Siap buat ayam goreng pedas , lepas tu buat acar timun, nasi tu Cik Ash buat waktu pagi dalam pukul 7.30 pagi ,nasi siap masak tepat-tepat waktu semua orang dah balik dari sembahyang raya. Cik Ash tak pergi sembahyang raya biasa la kita kan tukang masak raya tahun ni. Dulu kalau ada arwah kak Poh dia yang buat semuanya sekarang  Cik Ash ambik tugas dia. Alhamdulillah masak nasi kali ini masak dengan sempurna kejadiannya. Teh tarik Cik Ash pada hari raya paling laku ramai yang rindu teh tarik Cik Ash. Edisi pagi raya salam bersalaman dan bergambar. Tahun ni ada gambar raya bersama aboh,ma dan lain-lain.  Raya pertama tu dapat luangkan masa beraya di rumah jiran tertangga antara rumah yang sempat Cik Ash singgah adalah rumah Cik Mah, Cik Nor, Kak Dura dan rumah pak saudara sebelah aboh ayah Din di wakaf mek zainab.Dah penat beraya kami balik rumah, rehat, mandi, sembayang, sebab penat beraya kami suami isteri tertidur sedar-sedar jam dah 9 malam hahaha.



Menu raya kedua pulak ma kata nak buat kuah Kuzi , bahagian membuat  kuah Kuzi ma yang buat Cik Ash tolong bila ma memintak pertolongan dari Cik Ash. Manakala roti jala tu adik ipar yang buat. Kalau tak silap Cik Ash 2 kg tepung gandum ,buat roti jala jamu untuk kami beranak-anak dah cukup. Dah siap masak kuzi dan roti jala, Cik Ash dah suami nak pergi beraya rumah mak saudara suami dekat dengan rumah family Cik Ash. Puas kami beraya di rumah mak saudara suami kami suami isteri ronda-ronda jalan sekitar bandar pengkalan chepa, sempat singgah di Pantai Timur Taman Bendahara ada nak beli barang yang ma kirim. Paling gembira malam raya kedua dapat berkumpul 6 adik-beradik dari 7 orang. Keluarga Abe Mie, Abe Adi, Apis, Athirah, aboh,ma,mok(nenek mok ma) dan 11 orang anak saudara dari 17 orang. Lagi 6 orang tu anak arwah kak poh mereka balik beraya di Kedah. Rasa tak lengkap raya kali ni bila arwah kak Poh dan family tak ada bersama, Al-Fatihah buat arwah kak Poh semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, Aamiin.


Raya ketiga Cik Ash bangun awal sebelum subuh nak masak gulai ayam dan nasi putih , lagi pun hari raya ketiga Cik Ash dah nak bertolak balik ke Kedah.  Tu yang bangun awal buat gulai ayam dan nasi untuk alas perut. Mana tahu perjalanan balik nanti mesti akan mengalami situasi  kesesakan lalu lintas lagi. Pernah laluinya pada raya tahun 2019 selama 12 jam, 2022 selama 15 Jam. Kami bertolak dari Kelantan pukul 10.30 pagi dan kami sampai dekat Kedah pada pukul 8.05 malam. 10 jam kami mengalami situasi kesesakan lalu lintas pada hari raya ketiga, banyak kereta dah bertolak balik. Kami berhenti dekat Petron Batu Melintang Jeli lebih kurang pukul 2.42 petang untuk isi minyak,berhenti rehat nak pergi tandas dan solat zohor dan jamak solat asar terus. Lebih kurang sejam suku juga kami berehat dekat situ, dalam pukul 4.00 petang baru la kami bertolak semula. Yang paling Cik Ash tak boleh lupa terserempak dengan Abang Kawasan yang sedang melangkah pembahagi jalan tu, kedua-dua kaki dia dah ada kat depan tersangkut kaki belakang tak lepas nak keluar dari situ. Terkejut juga jumpa Abang Kawasan tu. Sepanjang balik laluan Gerik tak pernah jumpa abang kawasan tu. Tak sempat nak ambik gambar takut punya pasal hahaha. Keesokkan itu Cik Ash pergi ambil kucing dekat hostel kucing.

 

Ok la korang semua, Cik Ash nak berhenti menulis dulu kisah raya 2024 dekat blog ni. Rutin harian Cik Ash sebagai surirumah pun dah bermula kembali, Jumpa lagi nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.


#cikashberaya

#raya2024



Monday, March 25, 2024

Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal

 Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal | Assalamualaikum... Hai, Rasanya dah lama Cik Ash tak kongsi resepi masakan dekat blog ni, kalau tak silap last bulan januari aritu. Ikan selayang rebus goreng sambal merupakan hidangan yang lazat dan mudah untuk disediakan. Ia menggabungkann rasa rebusan ikan yang lembut dengan rasa pedas dans sedap sambal yang kaya dengan rempah.


Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal

 

Resepi Ikan Selayang Rebus Goreng Sambal

Bahan-bahan 

Ikan Selayang

Bawang besar

bawang putih

lada merah besar

garam

serbuk hilal

Minyak masak

air asam jawa

 

 


Cara Menyediakan 

1, Bersihkan ikan selayang dan rebus ikan selayang dulu,lepas tu carik-carik isi ikan halus dan goreng dahulu.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih,lada besar merah hingga lumat.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

4. Tuangkan sambal lada atas ikan di dalam pinggan gaulkan sehingga sebati semuanya.


Menu masakan ikan selayang rebus goreng sambal siap untuk dinikmati bersama dengan nasi panas. Selamat memcuba!


#

 

Sunday, March 24, 2024

Ost Drama KHUN:SA- Che Khun Che Nisa

 Ost Drama KHUN:SA- Che Khun Che Nisa | Assalamualaikum...Hai, sebuah yang sedang popular menarik perhatian ramai penonton buat masa ini. Dengan lagu tema yang menyentuh hati. Ost Drama KHUN:SA-Che Khun Che Nisa ini telah menjadi lagu kegemaran ramai dan diputar di stesen radio.

 

Ost Drama KHUN:SA- Che Khun Che Nisa

 


Ost Drama KHUN:SA- Che Khun Che Nisa


Tajuk Lagu : Sandera

Artis : Mila Jirin

Komposer : Amylea

Lirik : Amylea

Penerbit : Amylea


Tajuk Lagu : Perayu

Artis : Hael Husaini

Komposer : Amylea

Lirik : Amylea

Penerbit : Amylea


Tajuk Lagu : Kertas 

Artis : Noryn Aziz

Lirik : Amylea

Penerbit : Amylea


Tajuk Lagu : Tentang Dirmu

Artis : Hazim Adnan

Komposer : Amylea

Lirik : Amylea

Penerbit : Amylea


Ok la korang itu diantara ost lagu yang ada dalam Drama KHUN:SA- Che Khun Che Nisa. Yang mana merindu artis Mila Jirin menyanyi  boleh la dengar lagu single terbaru dari beliau. Cik Ash dah dengar memang best suara mila memang power.


#ostdramakhunsachekhunchenisa

#dramakhunsachekhunchenisa

Monday, March 11, 2024

Salam Ramadhan 1445H/2024

 Salam Ramadhan 1445H/2024 |Assalamualaikum.. Esok akan bermula seluruh umat Islam akan berpuasa. Semoga Puasa tahun ini dipermudahkan buat korang semua. 


Salam Ramadhan 1445H/2024


Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Salam Ramadhan 1445H/2024 buat semua yang mengenali Cik Ash dan baru mengenali Cik Ash. Semoga ramadhan tahun ni diberikan kesihatan yang baik. Awal puasa tahun suami tak cuti, esok pagi bersahur dengan mok mentua.


Sambil taip mesej ni pun dah terfikir nak buat menu apa bersahur nanti, selalu Cik Ash bekalkan suami untuk bersahur, tetapi permulaan puasa ni suami kata dia nak cuba tengok dekat kantin kat tempat kerja dia. Kalau korang pening tak tahu nak masak apa untuk berbuka dan bersahur nanti boleh jer usha tengok dekat koleksi DAPURCIKASH.

 

Ok la korang jumpa lagi, Cik Ash nak out dulu, nak pergi sambung lipat kain dulu, nanti ada masa lapang Cik Ash update entri baru.



Tuesday, March 5, 2024

Dapat Hadiah Dari Bali Indonesia

 Dapat Hadiah Dari Bali Indonesia | Assalamualaikum...sebenarnya dah lama dapat hadiah ni. Hadiah ini adalah hadiah pemberian oleh Kak ipar  yang sulung family beliau ada travel ke Bali Indonesia bulan Februari aritu.


Dapat Hadiah Dari Bali Indonesia

Hari ini Cik Ash nak kongsikan hadiah daripada Bali , hadiah yang Cik Ash dapat adalah makanan pie 3 jenis perisa, baju 3 helai untuk Cik Ash yang kuning, hitam yang tengah tu suami punya, hitam sebelah kiri yang mok mentua Cik Ash, dapat magnet peti ais dan kopi bubuk.


Pie

Kopi Bubuk

Magnet Peti ais

Baju T-shirt

Alhamdulilah rezeki kami suami isteri walaupun tak dapat pergi Bali Indonesia  dapat juga merasa barang dari Bali tu. Hihihi. Terima kasih Kak ipar dan family bagi hadiah ni. Pie sedap makan, baju pulak cantik kain pun ok tak panas pakai. Kopi dia dah cuba minum buat kopi susu rasa macam mocha bila minum air kopi bali ni hahaha. Ok la itu jer Cik Ash nak kongsi kat blog ni. 

Saturday, February 24, 2024

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1445/2024M

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi  Negeri Kedah 1445/2024M |  Assalamualaiku...lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Di sini Cik Ash nak berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak untuk tahun 2024 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) bagi seluruh negeri.

 

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi  Negeri  Kedah 1445/2024M



Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tak lama lagi Cik Ash ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa tahun ni dipermudahkan buat kita semua. Di negeri Kedah terdapat 7 zon. So korang yang berada di sekitar Kedah boleh tengok di bawah ni. 


Zon 1 ( Kota Bharu, Kubang Pasu, Pokok Sena)


Zon 2 ( Puncak Gunung Jerai)



Zon 3  (Padang Terap, Sik)



Zon 4 (Baling)

Zon 5 (Kulim, Bandar Baharu)


Zon 6 (Langkawi)


Zon 7  (Puncak Gunung Jerai)


Di atas itu merupakan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi negeri Kedah untuk tengok negeri yang lain korang boleh rujuk di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut dan boleh download untuk simpanan korang.

Tuesday, February 6, 2024

OST Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

OST Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah | Assalamualaikum... Hai, disebabkan ada yang tengah mencari lagu OST drama tengah trending dekat slot Akasia TV3. Cik Ash kongsikan dekat bawah ni. 




OST Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah 


Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Hanya Tuhan Yang Tahu 

Penyanyi : Awi Rafael 

Komposer  & Lirik : Manis Helma / Zuryati Isa

Producer : Awi Rafael

Label : Alternate Record Sdn.Bhd


Lirik Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu


Ku pendamkan perasaan iniKu rahsiakan rasa hati iniMelindungkan kasih yang berputikTersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk IlahiHadirkanlah insan yang sejatiMenemani kesepian iniMendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadiUntukku menghadapiResahnya hati ini mendambakan kasihInsan yang ku sayang
Di hati ini hanya Tuhan yang tahuDi hati ini aku rindu padamuTulus sanubari menantikan hadirmuHanyalah kau pilihan hatiku
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadiUntukku menghadapiResahnya hati ini mendambakan kasihInsan yang ku sayang
Di hati ini hanya Tuhan yang tahuDi hati ini aku rindu padamuTulus sanubari menantikan hadirmuHanyalah kau pilihan hatiku
Di hati ini hanya Tuhan yang tahuDi hati ini aku rindu padamuTulus sanubari menantikan hadirmuHanyalah kau pilihan hatikuOh yeah hooooYeah-yeah-yeaaahh
Oh Tuhanku


Lagu Lain2


Tajuk Lagu : Senyawa 

Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza 

Komposer : Farouk Roman

Lirik : Senna


Lirik Lagu Senyawa


Kisah yang semakin tak menentuSepenuh mati meraguMungkinkahMasih tersisa bahagiaUntukku
Hadirmu laksana embun pagiMenyegarkan sanubariMenyentuhRuangan di sudut hatiKamu terindah
Aku dan dirimuYang tidak sempurnaBila bersamaBagai senyawaLengkap terasaKau yang penuhi semua
Genggamlah erat jemarikuMengukir kasih bersamakuTempat berlabuhDi pelukkanmu
Ho ohHo oh
Genggamlah erat jemarikuMengukir kasih bersamakuTempat berlabuhTempat berlabuhHo
Aku dan dirimuYang tidak sempurnaBila bersamaBagai senyawaLengkap terasaKau yang penuhi semua
Genggamlah erat jemarikuMengukir kasih bersamakuTempat berlabuh uh
Bagai senyawaLengkap terasaKau yang penuhi semua
Genggamlah erat jemarikuMengukir kasih bersamakuTempat berlabuhDi pelukkanmu


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama  Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah ni.


#ostdramacintabersemiwadisafiyyah

#dramaakasiatv3

#cintabersemiwadisafiyyah

Thursday, January 25, 2024

Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands

 Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands | Assalamualaikum... Hai, Tahun ini pertama kali buat Cik Ash sambut tahun baru 2024 dekat tempat tinggi sejuk. Sebenarnya Cik Ash tak tahu pun yang suami rancang nak bercuti dekat Cameron Highland ni. Suami Cik Ash dia rancang dengan kak ipar yang sulung secara rahsia.


Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands

Masa suami bagitahu nak kena booking hostel mekcik (Kucing) selama 4 hari tu ingat ke suami saja-saja bergurau ke, suami kata nak sambut tahun baru dekat luar Kedah. Mula-mula Cik Ash macam tak percaya pun hahaha, ia la sepanjang perkahwinan kami mana pernah nak sambut tahun baru dekat luar, disebabkan setiap tahun baru suami kerja shift malam esok baru balik. 


Memang tahun ni sangat special buat Cik Ash dapat kejutan daripada suami hihihi, boleh terkantoi nak bercuti dan sambut tahun baru dekat Cameron Highlands ni kakak ipar yang kedua tersasul bagitahu mok mentua Cik Ash.Bila dengar tu gembiranya Cik Ash tempat yang lama nak pergi, memang Cik Ash tak pernah sampai dekat Cameron Highlands,  umur 30an  baru sampai hahaha.


Perancangan suami nak bertolak ke Cameron Highland pada 31/12/23, pada 30/12/23 sebelah petang kami hantar mekcik (kucing) dekat hostel berdekatan rumah kami jer senang nak pergi ambil nanti. 


Day 1 : 31 December 2023

Kami bertolak dari Kedah awal pagi lebih kurang pukul 7.30 pagi, disebabkan nak sampai sana terus check in. kami ada juga berhenti rehat nak makan sarapan dekat rnr Bukit Gantang yang kami bawa bekal. 


Kami sampai di Cameron Highland lebih kurang pukul 11.15 pagi berhenti di ladang teh Cameron Valey Tea  Sempat juga terokai ladang tea dan bergambar dekat sana. Segar dan tenang sedut udara sejuk dekat Cameron Highland. 


Detinasi seterusnya kami singgah makan di Kedai  Opah Strawbery, dekat sana bab memilih menu suami dan anak saudara suami yang pilih Cik Ash tahu makan jer hahaha. 




Siap makan di Kedai Opah Strawbery kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Big Red Strawbery Farm, ada nampak kat dalam tiktok tempat dia menarik, tetapi ada perkara yang terjadi semasa dekat sana, kereta suami Cik Ash tak lepas nak naik bukitnya tinggi sangat, 2 kali cubaan kereta terus tak boleh nak hidup. Kami tunggu dekat sana sampai 5.30petang laluan nak naik ditutup. Kami terpaksa mintak kebenaran dengan abang yang jaga tempat naik untuk turun secara songsang bukan naik dari atas bukit. Mujur la abang itu  bagi lepas turun. Lokasi seterusnya kami nak pergi check in homestay tempat kami nak bermalam, alahai dalam perjalanan kat sana ada masalah yang sama berlaku suami panik tak lepas juga naik bukit. aduhaiii cubaan sungguh dekat cameron hinghlad ni, suami call abang ipar mari ambik kami kat bawah. Alhamdulilah untuk cubaan ke 2 kereta suami boleh lepas naik bukit. 



Sebelah malam pulak kami suami isteri dan kakak ipar dah suami rancang nak pergi jalan-jalan dekat bawah tempat kami bermalam dekat homestay ni, masa dalam perjalanan nak naik ke homestay kami nampak kawasan berdekatan ada tempat yang menarik dan  cantik tempat tu iaitu Centrum Brinchang. Selepas itu singgah di  pasar malam sempat beli makanan dekat pasar malam jagung cheese, coklat strawbery dan lain-lain. Tapi gambar sempat snap coklat jer hahaha.



Day 2 : 1 Januari 2024


Sebelah pagi kak ipar dan suami ajak kami suami isteri pergi cari makan dekat kedai yang berdekatan di Avilion Cameron Highland. Kedai gerai no berapa Cik Ash tak ingat, boleh jumpa kedai ni ada nampak video dekat tiktok senok perut ada review kedai makan dekat situ tetapi kedai makan yang dia review tutup masa Cik Ash pergi kat sana. Makan di kedai sebelah yang buka masa tu, Jumlah menu makan dekat sana habis dalam RM23.00.Murahnya boleh dengan menu yang dipilih kita orang makan tu. 


Kenyang makan kami pun balik semula dekat homestay berehat sekejap sebelum chek in pukul 12.00 pm. Simpan segala peralatan yang kami bawa, kemas juga homestay kami tempah, satukan segala sampah. Lebih kurang 12.15 kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kea Farm Market Cameron Highland. Sebelum masuk dekat situ kami singgah beli aiskrim dekat Popstick Aiskrim. Kami suami isteri sempat la bergambar makan dengan aiskrim tetapi gambar hanya simpanan kami jer la hihihi. Siap makan aiskrim tu, kami jalan-jalan masuk dalam Kea Farm Market tu, jalan-jalan sempat beli jagung mentah RM20 dan strawbery RM40. 


Destinasi seterusnya kami pergi ke ladang teh Cameron Valey dekat sana sempat minum air teh susu n teh strawbery. Sempat juga shopping teh cameron highland untuk buat kenangan. 




Siap shopping dekat Ladang Teh Cameron Valey yang pertama kalau tak silap Cik Ash la, kami pun bertolak balik nak pulang ke kedah dah. Cik Ash tak ingat nama kedai makan tempat berhenti makan tu. Makanan dekat situ sedap juga. Pelbagai menu ada dekat sana. Siap makan kami pun bertolak. Sampai dekat Kedah pukul 11.00 malam. 


Ok la tu jer cerita Cik Ash sambut tahun baru dekat Cameron Highland,perasaan gembira dan dicampur dengan takut , ada dugaan buat kami dekat cameron highland simpan dekat blog ni. Buat kenangan untuk Cik Ash hihihi. Jumpa lagi dientri yang lain.

Friday, January 12, 2024

Resepi Tumis Telur Rebus

 Resepi Tumis Telur Rebus | Assalamualaikum...Hai korang semua, rasa dah lama Cik Ash tak kongsi koleksi masakan #dapurcikash dekat blog ni. Hari ini ad kerajinan dan kebetulan pulak cuba resepi baru yang jumpa kat instagram tu.


Resepi Tumis Telur Rebus

Alhamdulilah percubaan pertama buat menu baru ni dapat pujian daripada suami dia kata sedap. Jom la kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.


Bahan-bahan 

Telur 4 Biji

1 biji bawang besar

3 biji cili padi

1 sk garam

1 sk  perasa hilal

2 sb kicap manis

1 sb sos tiram

daun bawang


Cara membuatnya :

1. Telur rebus dahulu, hiris telur yang sudah direbus.

2. Lepas itu goreng telur yang sudah hiris tadi.

3. tumis bawang besar, bawang putih, cili padi sehingga bau wangi.

4. Masukkan telur yang dah digoreng. 

5. Masukkan sos tiram, kicap manis, perasa hilal,garam dan daun bawang. Kacau hingga rata semua. 

6. Boleh dihidangkan dengan nasi panas.


Menu ni memang bertambah nasi bila makan, Cik Ash buat menu masa sarapan pagi. Ok la selamat memcuba resepi yang Cik Ash kongsi ni. 

Thursday, January 11, 2024

Teringin Nak Makan Mr. Churros Yang Viral Tu

Teringin Nak Makan Mr. Churros Yang Viral Tu |Assalamualaikum...Kisahnya hari selesa 9/1/24  sebenarnya rancangan kami nak pergi ke Kulim Bird Park nak tengok haiwan dekat sana. Tetapi sayang tempat itu tengah dalam proses pengubahsuaian. 


Teringin Nak Makan Churros Yang Viral Tu

Plan tak menjadi kami round-round pekan taman selasih cari makanan untuk alas perut tengahari , masa round-round kami ternampak satu kedai jual makanan yang viral ada Cik Ash ternampak dekat tiktok baru-baru ni iaitu Mr. Churros. 


Rasa Cik Ash chuross di taman selasih ni baru beroperasi kut, kalau sebelum ni round kawasan itu  tak ada pun lagi, bagi Cik Ash churros ni memang sedap makan rangup di luar, gebu  di dalam tu dicicah pulak sos dipping memang sedap lah.





Setiap chuross ini didatangkan dengan pilihan sos dipping iaitu Beryl's Milk Chocolate, Premium Caramel, dan Premium Beryl's Dark Chocklate. Korang boleh cuba sendiri yang mana satu pilihan sos yang favourite korang. Untuk Cik Ash, Cik Ash paling suka Premium Caramel. Nanti bila-bila boleh pergi  beli lagi Chuross ni. 


Kalau korang yang berada di Kulim jangan lepaskan peluang singgah kedai Mr.Churros di tapak pasar malam taman selasih kulim. Masa Cik Ash singgah kat sana orang tak ramai lagi, Cik Ash order set Family Rm35 dapat 40pcs churros, FREE 5 dipping, dipping Cik Ash ambil 2 Dark Chocolate, 2 milk chocolate dan 1 Caremel.  Memang berbaloi la beli kami suami isteri makan habis, mak mentua Cik Ash seperti biasa makanan yang pelik memang dia tak makan hahaha. Kalau korang tak mahu beli yang set family ni korang juga boleh beli Set Single 8pcs churros RM7 FREE 1 dipping. Ok la itu jer Cik Ash nak kongsi pasal menu viral Mr. Churros tu,