Tuesday, June 17, 2025

Kisah Raya Aidiladha 2025

 Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar diharap semua berada dalam keadaan sihat... Raya haji balik rasa lain bila tak de dengar suara arwah aboh, terasa sunyi jer raya, Kalau kami suami isteri sampai mesti sambutan dengan panggilan orang kulim dah balik, kini tak ada panggilan gitu rindunya...balik juga untuk  bagi ma gembira tengok anak balik raya kan.

 

Kisah Raya Aidiladha 2025

 

 

Masih dalam mood raya lagi meh la baca kisah raya haji Cik Ash ni, Cik Ash balik raya di Kelantan selama 5 hari 4 malam. Kami bertolak dari Kedah pada 6 Jun 2025 pukul 10.00 pagi, sebabnya kena hantar kena kucing dekat hostel dan ibu mentua dekat rumah kakak ipar yang sulung. Begitu la setiap kali nak balik raya di Kelantan kami uruskan 2 perkara ni. Kami sampai di Kelantan dekat jeli kalau tak silap masa tu la, kalau ikut pukul 2.00 petang dah suami berhenti berehat dia kata mengantuk nak lelap mata sekejap.  Dalam pukul 3.30 petang Cik Ash kejutkan suami. Kami sampai rumah padang tembak pukul 6 petang. 


Malam raya tu Cik Ash buat sambal nasi impit,rebus nasi impit, kuah kacang, ma pulak buat kuah Kuzi, adik no 6 Cik Ash dia buat roti jala,rendang ayam, pulut kuning, lemang adik  suruh beli ditepi jalan kebetulan masa lalu nampak ada jual dekat lubuk Jung kalau tak silap la. 


Hari raya pertama tu, bangun pagi nak panaskan kuah kuzi, kuah kacang, rendang, roti jala adik buat pagi tu. Sebelum suami dengan adik no 7 pergi sembahyang balik. Siapkan menu atas meja makan nanti suami balik sembayang boleh jamu selera. Selesai makan-makan berehat atas sofa main handphone hihihi, dalam pukul 11.30 pagi kami berempat pergi ziarah kubur arwah aboh. Selepas selesai melawat kami pun balik dah tak pergi mana-mana pun duk jer kat rumah, waktu petang tak ingat pukul berapa family ayah ma datang beraya, lepas tu family Abe Mie pun datang juga. Meriah la rumah sekejap ada saudara mara datang, kalau tak terasa sunyi jer. Lama juga mereka duk kat rumah berbual sesama mereka. Cik Ash dan suami keluar sekejap nak pergi rumah mak saudara suami pergi ambik daging korban. 


Raya kedua pulak Adik no 5 kata nak buat nasi minyak, ayam masak sambal, acar timun+carrot, Cik Ash bangun lewat tengok dah siap masak semua hihihi. Kami makan menu yang adik no 5 masak, belah petang suami nak bawa pergi makan dekat kedai baru buka, suami tengok dekat Tiktok kedai tu, Kedai makan tu nama Restoran  Rees Chicken & Coffee. Kami makan berdua suami order banyak memang kenyang sungguh aritu balik tak makan nasi dah. 


Raya ketiga pulak kami keluar pergi cari barang -barang makanan nak bawa balik Kedah, biasa la Hari Raya mesti penuh orang kat Pasar Siti Khadijah, parking pun penuh, ada cerita lucu kemain bawa handphone arwah aboh nak guna bayar parking tu, bila waktu nak bayar dia kata tak perlu bayar sebab cuti raya 🤣.. Jimat duit. .Dapat makan aiskrim baba dan kuih Koklu tu lama dah teringin baru dapat makan hahahah...Selesai beli barang ajak suami jalan-jalan pergi dekat airport. Dalam perjalanan balik tu singgah beli Passembor. 

 

Raya keempat kami dah bertolak balik kedah jam pukul 9.50pagi , sampai dekat kedah pukul 4.00 petang, perjalanan kami balik kelantan lalui jalan ke Gerik lancar dipermudahkan. Ada juga kesesakan lalu lintas dekat Gerik yang kemalangan bus pada 9 Jun 2025  tu polis ramai mungkin sedang buat siasatan cari bukti. Al-Fatihah buat semua arwah adik-adik UPSi seramai 15 orang meninggal dunia aritu..

 

Ok la korang semua itu jer kisah raya aidiladha 2025 Cik Ash, kalau korang terlepas nak baca kisah raya aidilfitri aritu boleh baca dekat SINI. 

Monday, June 16, 2025

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

 Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar diharap semua berada dalam keadaan sihat.. sebenarnya agak berat juga nak menulis kisah raya aildilfitri baru ni, hari raya buat kami sekeluarga pada tahun ni hari raya yang akan diingati selalu.. Sebab tu baru publish ni..

 

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

 

Kalau ikut sebenarnya setiap kali raya Aidilfitri Cik Ash mesti balik raya dekat Kelantan, tapi pada tahun ni macam mana mulut gatal pergi bercakap la dengan suami kita raya Kedah la tahun ni.. tetapi semua yang dirancang last minute batal, pada petang 30 Mac 2025 dapat panggilan daripada adik ipar mengatakan kesihatan arwah aboh dah merosot, di minta segera balik.. Cik Ash bila dengar berita menangis la harap sempat tengok arwah.. sebab nak bertolak malam suami Cik Ash tak boleh bawa kereta waktu malam. Kami berdua bertolak pagi raya pertama, tinggal Mok rumah kak ipar yang kedua, tinggal kucing dekat rumah letak makanan dalam bekas banyak-banyak, pertama kali tinggal kucing kat rumah letak CCTV dekat bekas makanan dia. Alhamdulillah nampak dalam CCTV dia ok dan makan. 


Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Cik Ash dah suami bertolak ke Kelantan lancar tak ada kesibukan, sampai dekat Kelantan masa tu pukul 3.00 petang, terus ke hospital sebab semua ahli keluarga berada dekat hospital.  Dalam jam 4.30 petang gitu Cik Ash terus pergi tengok arwah aboh dekat wad, bercakap dengan berbisik masa tu sebab ma kata Dr bagi ubat tahan sakit dekat arwah. Masa Cik Ash berbisik nampak arwah tengok Cik Ash. Cik Ash tak banyak cakap depan arwah masih terkejut dengan kesihatan arwah, kuatkan diri depan arwah tak nak sedih depannya.. berkampung dekat hospital sampai pukul 1.30 pagi dengan perut lapar tapi demi arwah aboh kami bertahan. Kami balik rumah pun dah  dekat pukul 12 tengah malam kut tak ingat dah baru jumpa nasi.Kesian dekat suami tak cukup tidur esok raya kedua dah nak bertolak balik Kedah sebab terpaksa balik sebab Mok. kalau ikut risau juga suami pulang seorang esok Alhamdulillah Allah mudahkan urusannya ada anak saudara suami yang ikut balik sekali.


Raya kedua sempat masak nasi panaskan lauk yang ada, bagi suami makan, simpan barang baju kotor suruh suami bawa balik..  pukul 10 lebih gitu suami bertolak balik, Cik Ash sempat   jaga aboh di saat akhir walaupun sekejap jer. Aboh sempat solat asar masa waktu Cik Ash jaga, aboh buat isyarat jari terlunjuk, Cik Ash pertama kali juga jaga aboh sakit, tidak faham bahasa isyarat mujur la ada Abe Mie waktu itu dia faham, arwah sempat berpaut pada lengan Cik Ash dah siap bersila mungkin masa tu nak duduk antara sujud kut, selepas selesai sembahyang beliau pun baring semula,  Hari itu memang busy ramai sanak saudara datang melawat arwah Aboh, Cik Ash tukang penyambut tetamu... Dalam pukul 6 lebih gitu la Cik Ash ambik ruang pergi solat asar masa tu la Cik Ash sempat berdoa bersungguh-sungguh sampai menangis 😭😭..  itulah kali terakhir Cik Ash tengok arwah sampai waktu maghrib tu tengok arwah punya oksigen dah turun, ,ma pun dah bagitahu  suruh Cik Ash bersedia dan redha arwah dah ada tanda dah tak lama. Malam tu kami balik awal, ma pun balik sebab ma demam dah beberapa malam ma jaga arwah sampai demam, Giliran jaga malam diberikan tugas kepada abang sulung, abang kedua, adik no 5  yang jaga. Semasa kami dekat rumah dalam pukul 12.40 pagi  isteri abang no 2   update oksigen  arwah dah turun ke 78. Malam tu memang mengantuk sangat tapi tak boleh tidur gelisah jer. Dalam jam 1.11 pagi adik no 5 call isterinya kebetulan masa tu Cik Ash ada dekat dia dengar la perbualan macam tak sedap hati dah, lepas adik ipar habis bercakap dia pun bagitahu Cik Ash bila dengar adik ipar bagitahu Cik Ash menangis sekuat-kuat sambil tu tutup pintu tak nak bagi ma dengar. Cik Ash tak kuat nak bagitahu ma,adik no 6, adik no 7 Cik Ash suruh adik ipar bagitahu, kami semua bersiap nak pergi hospital nak tengok jenazah kali terakhir, semasa waktu perjalanan ke sana hujan turun dengan lebat sungguh, hujan rahmat buat arwah aboh. Waktu sampai dekat hospital tak sempat nak tengok sebab terpaksa balik awal nak kemas-kemas rumah waktu tu. Lepas kemas-kemas tu Cik Ash tertidur dulu nak rehat mata esok  mungkin kena banyak guna tenaga, dalam pukul 5 pagi gitu adik no 6 gerak bagitahu jenazah arwah Aboh dah sampai dekat rumah.. sempat tengok jenazah kucup arwah beberapa kali tak ingat dah.

 

Ramai orang yang datang ziarah jenazah arwah aboh, jiran tertangga, sanak saudara sebelah arwah Aboh dan ma datang, kawan-kawan arwah aboh pun ada yang datang, Alhamdulillah urusan pengebumian arwah Aboh dipermudahkan. Arwah aboh dikebumikan dekat kubur arwah mek (mak aboh) seperti mana yang pernah dia bagitahu semasa hayat nak disemadikan disebelah arwah mek. Al-fatihah untuk arwah aboh. Semoga rohnya cucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

 

Adik-beradik yang lain dah balik disebabkan dah berkerja, tinggallah Cik Ash  teman ma selama 15 hari lama sungguh duduk dekat Kelantan tinggalkan suami, sepanjang Cik Ash berkahwin ni la paling lama Cik Ash balik kampung paling lama, Alhamdulilah suami berikan keizinan untuk jaga ma sekejap. Cik Ash balik kedah pada 15hbl April 2025 Cik Ash naik bus untuk kali kedua balik kedah last naik bus pada tahun 2018 itu arwah sakit juga

 

Ok la korang itu kisah raya aidilfitri yang akan ingat setiap tahun, 3 Syawal 1446H/ 2 April 2025 arwah aboh pergi tinggalkan kami sekeluarga keadaan yang cukup tenang dah macam tidur adik no 5 bagitahu.  Kenangan bersama bergambar dengan arwah kali terakhir pada raya tahun 2024 Cik Ash la paling semangat nak bergambar ketika itu siapa sangka itu kenangan terakhir beraya dan bergambar dengan arwah aboh..