Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar diharap semua berada dalam keadaan sihat... Raya haji balik rasa lain bila tak de dengar suara arwah aboh, terasa sunyi jer raya, Kalau kami suami isteri sampai mesti sambutan dengan panggilan orang kulim dah balik, kini tak ada panggilan gitu rindunya...balik juga untuk bagi ma gembira tengok anak balik raya kan.
Masih dalam mood raya lagi meh la baca kisah raya haji Cik Ash ni, Cik Ash balik raya di Kelantan selama 5 hari 4 malam. Kami bertolak dari Kedah pada 6 Jun 2025 pukul 10.00 pagi, sebabnya kena hantar kena kucing dekat hostel dan ibu mentua dekat rumah kakak ipar yang sulung. Begitu la setiap kali nak balik raya di Kelantan kami uruskan 2 perkara ni. Kami sampai di Kelantan dekat jeli kalau tak silap masa tu la, kalau ikut pukul 2.00 petang dah suami berhenti berehat dia kata mengantuk nak lelap mata sekejap. Dalam pukul 3.30 petang Cik Ash kejutkan suami. Kami sampai rumah padang tembak pukul 6 petang.
Malam raya tu Cik Ash buat sambal nasi impit,rebus nasi impit, kuah kacang, ma pulak buat kuah Kuzi, adik no 6 Cik Ash dia buat roti jala,rendang ayam, pulut kuning, lemang adik suruh beli ditepi jalan kebetulan masa lalu nampak ada jual dekat lubuk Jung kalau tak silap la.
Hari raya pertama tu, bangun pagi nak panaskan kuah kuzi, kuah kacang, rendang, roti jala adik buat pagi tu. Sebelum suami dengan adik no 7 pergi sembahyang balik. Siapkan menu atas meja makan nanti suami balik sembayang boleh jamu selera. Selesai makan-makan berehat atas sofa main handphone hihihi, dalam pukul 11.30 pagi kami berempat pergi ziarah kubur arwah aboh. Selepas selesai melawat kami pun balik dah tak pergi mana-mana pun duk jer kat rumah, waktu petang tak ingat pukul berapa family ayah ma datang beraya, lepas tu family Abe Mie pun datang juga. Meriah la rumah sekejap ada saudara mara datang, kalau tak terasa sunyi jer. Lama juga mereka duk kat rumah berbual sesama mereka. Cik Ash dan suami keluar sekejap nak pergi rumah mak saudara suami pergi ambik daging korban.
Raya kedua pulak Adik no 5 kata nak buat nasi minyak, ayam masak sambal, acar timun+carrot, Cik Ash bangun lewat tengok dah siap masak semua hihihi. Kami makan menu yang adik no 5 masak, belah petang suami nak bawa pergi makan dekat kedai baru buka, suami tengok dekat Tiktok kedai tu, Kedai makan tu nama Restoran Rees Chicken & Coffee. Kami makan berdua suami order banyak memang kenyang sungguh aritu balik tak makan nasi dah.
Raya ketiga pulak kami keluar pergi cari barang -barang makanan nak bawa balik Kedah, biasa la Hari Raya mesti penuh orang kat Pasar Siti Khadijah, parking pun penuh, ada cerita lucu kemain bawa handphone arwah aboh nak guna bayar parking tu, bila waktu nak bayar dia kata tak perlu bayar sebab cuti raya 🤣.. Jimat duit. .Dapat makan aiskrim baba dan kuih Koklu tu lama dah teringin baru dapat makan hahahah...Selesai beli barang ajak suami jalan-jalan pergi dekat airport. Dalam perjalanan balik tu singgah beli Passembor.
Raya keempat kami dah bertolak balik kedah jam pukul 9.50pagi , sampai dekat kedah pukul 4.00 petang, perjalanan kami balik kelantan lalui jalan ke Gerik lancar dipermudahkan. Ada juga kesesakan lalu lintas dekat Gerik yang kemalangan bus pada 9 Jun 2025 tu polis ramai mungkin sedang buat siasatan cari bukti. Al-Fatihah buat semua arwah adik-adik UPSi seramai 15 orang meninggal dunia aritu..
Ok la korang semua itu jer kisah raya aidiladha 2025 Cik Ash, kalau korang terlepas nak baca kisah raya aidilfitri aritu boleh baca dekat SINI.
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon