Saturday, August 16, 2025

Ayam Masak Lada Hitam


Ayam Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini nak kongsi Cik Ash masak ayam masak lada hitam. Buat menu pagi 15 Ogos hari ini baru sempat post dekat blog. Masa tu pening juga nak masak apa,akhirnya terbuat menu ni.

 

Jom la tengok bahan-bahan yang digunakan untuk buat Ayam Masak Lada Hitam di bawah ni.

 

Bahan-bahan 

4 Ketul Ayam,dipotong kecil

6 sudu kecil Lada Hitam AJI-SHIO

3 sudu kecil kicap manis

4 ulas bawang putih, dhiris

½ biji bawang besar,dihiris

1 cawan air

1 sudu besar tepung jagung, digaul bersama sedikit air 

Daun bawang,dihiris

Daun Saderi 

 

Cara Menyediakannya :-

1. Perapkan ayam bersama lada hitam dan kicap manis. 

2. Panaskan minyak,goreng ayam sehingga sedikit garing.

3. Masukkan bawang putih dan bawang besar.

5. Apabila ayam telah masak,masukkan campuran tepung jagung. Gaul sebati.

6.Masukkan daun bawang dan daun saderi.


Hasilnya memang sedap sampai suami dan mok mentua makan makan berselera. Senang,cepat,dan padu rasa lada hitamnya.Ok la korang, itu untuk hari ini masak yang Cik Ash buat. Semoga jumpa lagi di entri yang lain! 💖

Friday, August 15, 2025

3 Tahun Akhirnya Berganti Baru

3 Tahun Akhirnya Berganti Baru

 Assalamualaikum...Hai korang semua! Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis di blog Cik Ash ni. Apa khabar hari ini? sihat ke? Harap semuanya sihat-sihat saja ya. 

 

Kenangan Cermin Mata Lama

Selama 3 tahun, cermin mata Cik Ash tak pernah bertukar, cermin lama ni adalah jenama Kazao Masuki, yang ditempah di Kedai Cermin Mata Eyeman Optometrist.


Namun, pada bulan Mei 2024, bingkai lama tiba-tiba patah.Nak tak nak, terpaksalah tukar bingkai sementara sebab masa tu duit simpanan belum cukup untuk buat yang baru. Kedai yang Cik Ash pergi masa tu tak ingat pulak namanya. 

 

Cik Ash pilih bingkai yang biasa saja, tapi pekerja disitu bagitahu kena potong sedikit cermin asal sepuya muat dengan bingkai yang dipilih tu. Malangnya, selepas dipotong, cermin tu dah tak sesuai digunakan. Bila nak membaca di handphone atau laptop, kena buka cermin mata tu sebab power rabun dekat dah tak kena. Mungkin itu puncanya-itu andaian Cik Ash sajalah. 

 

Misi Cari Cermin Mata Baru  

Disebabkan cermin mata tu dah tak boleh digunakan,tahun ni berganti baru juga. Dah 3 tahun guna power yang sama, jadi pada 7 Ogos 2025, Cik Ash pun ke Kedai Cermin Mata Halo Optical Kulim.

 

Seperti biasa , staff akan periksa power mata dan bandingkan dengan cermin lama. Untuk rabun jauh,,tak ada banyak perbezaan. Silau pun dah berkurang sedikit, Tapi untuk rabun dekat, ada pertambahan sedikit,staf kata mungkin faktor usia.

 

Lepas ujian perbandingan, Cik Ash masuk bilik untuk cuba cermin test, membaca huruf dan meniai perbezaan warna dalam petak hijau dan merah. 

 

Pilihan Akhir 

Sampai masa untuk pilih cermin mata, Cik Ash pilih lensa UV Blue Light dan Night Vision bingkai diberikan percuma, kita cuma bayar harga tempahan cermin sahaja Harga buat Cermin mata harga RM1,180.00. Harga begitu cermin mata Cik Ash yang multifokal dia gabung terus rabun jauh dan rabun dekat. Bab memilih bingkai ni memang paling pening 😂, Akhirnya ambik gaya biasa saja la dengan muka Cik Ash.

 

Kata staf, cermin mata akan siap dalam masa 8-10 hari, tapi mengejutkan dalam masa 4 hari sahaja dah siap! Hari ini masuk hari ke-3 Cik Ash guna cermin baru ni, dan memang best menulis blog dengan penglihatan yang lebih jelas 😄. 

 

 

Ok la korang. itu sahaja cerita pengalaman Cik Ash buat cermin mata baru. Sampai disini dahulu perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi di entri seterusnya! 💖. 

Thursday, August 14, 2025

Percubaan Pertama Kali Buat Asyura Style Kelantan

Percubaan Pertama Kali Buat Asyura Style Kelantan

Assalamualaikum...Selamat pagi semua 🌸. Hari ini Cik Ash nak kongsi satu pengalaman yang cukup istimewa percubaan pertama kali masak Asyura style Kelantan! 😍

 

 

Semuanya bermula bila ternampak rempah Asyura yang Cik Ash beli masa balik Kelantan tempoh hari. Terus datang semangat rajin luar biasa nak cuba buat sendiri di rumah.

 

 

Bahan-bahan pun dah lengkap seperti kacang merah, kacang hijau jagung dalam tin (kebetulan rezeki dapat job review daripada Ayam Brand, dan daging korban terakhir yang masih elok tersimpan dalam peti sejuk.

 

 


 

Kali ini Cik Ash menggunakan pressure cooker elektrik, senang nak jaga 'api' sebab cuma set suhu dan masa je. Tapi walaupun guna elektrik, kita tetap kena kacau selalu. Lama juga prosesnya, sampai lenguh tangan dibuatnya 😄. Tapi sebab dah lama teringin nak makan, gigihlah juga kacau sampai siap.

 

 

Bila siap, rasa tu dah ada , cuma mungkin rempahnya kurang sikit atau air terlebih, jadi teksturnya agak lembik sikit. Tapi tak mengapa,tetap sedap dan boleh dimakan. Disebabkan masak banyak, Cik Ash pun agihkan kepada saudara mara yang berdekatan. 

 

 

Itulah kisah percubaan pertama kali buat Asyura style Kelantan dari DapurCikAsh. Walaupun ada sedikit ' kurang sempurna; pengalaman masak kali ini memang seronok dan berbaloi. InshaAllah, lain kali cuba lagi sampai dapat rasa dan tekstur yang betul-betul padu! 💓. 

Sunday, August 10, 2025

Percubaan Buat Nasi Khaomok By Dapur Cik Ash

 Percubaan Buat Nasi Khaomok By Dapur Cik Ash | Assalamualaikum...Hai kembali bersiaran pagi ni post masak menu masakan pertama kali percubaan buat nasi Khaomok yang dah tertangguh banyak kali ...Cik Ash buat nasi Khaomok ni pada 8 Mei 2025 seperti biasa post gambar dekat whatsapp dan tiktok jer. 

 

Percubaan Buat Nasi Khaomok By Dapur Cik Ash

Rempah nasi Khaomok tu Cik Ash beli masa balik kampung raya puasa aritu selama 15 Hari duduk di kampung teman ma. Nak tahu kenapa Cik Ash balik kampung lama masa tu korang boleh baca kisahnya dekat Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025.

 



Alhamdulillah percubaan pertama kali buat nasi Khaomok dapat pujian daripada suami dan mok mentua dia kata dah boleh buat jual nasi ni dah menjadi hahaha. Resepi buat nasi Khaomok ni Cik Ash tengok dekat tiktok ada orang kongsi tiru jer dekat situ,cuma dalam resepi asal tu diaorang guna campuran rempah. Cik Ash tak ikut resepinya sebab dah ada rempah nasi Khaomok tu letak rempah tu jer.


Ok lah korang itu jer nak bagitahu Cik Ash buat nasi Khaomok jer. Nanti kalau rajin Cik Ash kongsi lagi ya.. 

Saturday, August 9, 2025

Senarai Drama Korea

 Senarai Drama Korea  | Assalamualaikum...Hai korang, buat peminat drama Korea dekat bawah ni Cik Ash kongsikan drama yang best di tonton dan boleh buat kita santai-santai tengok. Ada kisah kehidupan sebagai kerja doktor yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, kehidupan di istana, kehidupan kekeluargaan dan lain-lain lagi.

 

Senarai Drama Korea

Sebelum ni Cik Ash dah pernah kongsi Drama Korea yang lain yang dah Cik Ash tengok, kali yang terbaru lepas tengok Korea ni, Boleh la tengok dekat bawah ni.


Drama Genre Medikal/Hospital

The Trauma Code:Her 

Resident Playbook 

Doctor Slump 

 


Drama Genre Kehidupan Dalam Istana / Bangsawan/History

 

Queen Woo 

Flower Crew 

The Haunted Palace 


Drama Genre Romantik / Komedi/ Friendship/School

  

Lovely Runner 

The Tale of Lady Ok 

The First Night With The Duke 

Lovely Runner 

Hometown Cha-Cha-Cha

No Gain, No Love  



Genres Thriller/ Psychological/Crime/Police/Action/Fantasy

Connection 

When The Phone Rings 

 Strong Girl Nam Soon

The Uncanny Counter 

A Good Day To Be a Dog

 

Nak tengok senarai drama korea yang lain yang Cik Ash dah tengok boleh baca dekat entri Senarai Drama Korea Best.

Friday, August 8, 2025

Kerabu Kacang Botol & Bendi Idea Chatgpt

Kerabu Kacang Botol & Bendi  Idea Chatgpt |Assalamualaikum... Hari ini nak kongsi koleksi masakan baru dekat blog ni, disebabkan pening nak buat apa dengan kacang botol dan bendi. 

 

Kerabu Kacang Botol & Bendi  Idea Chatgpt

 

Cik Ash terlebih rajin pergi tanya chatgpt ada tak cara nak masak menu menggunakan kacang botol dan bendi.  Chatgpt ada kongsi 4 resepi yang menarik untuk dicuba. Cik Ash cuba masak menggunakan resepi yang ke 4 iaitu Kerabu Kacang Botol & Bendi. Kebetulan sangat semua bahan-bahan yang digunakan ada dekat rumah mudah la buatnya. Jom la korang usha resepinya dekat bawah ini :- 

 

 

Kerabu Kacang Botol & Bendi  

 

Bahan-bahan 

  • kacang botol & bendi
  •  
  • Bawang merah 
  • Cili padi 
  • Kerisik
  • Air asam limau/asam jawa
  • Garam,gula sikit
  • Kalau ada :udang celur atau isi ikan goreng. 

 

Cara Membuatnya : 

1. Rebus sekejap kacang botol & bendi, dipotong serong.

2. hiris bawang merah

3. Tumbuk kasar cili padi 

4. Masukkkan kerisik, garam, gula, air asam limau, ikan rebus yang dah perisi dan tumbuk.

5.Gaulkan hingga sebati  dan boleh dihidangkan dengan nasi yang panas.

 

Sedap juga cuba menu baru idea daripada chatgpt ni, yang mana nak cuba buat boleh la tengok resepinya dekat atas tu. Ok la selamat memcuba resepi ni.

Thursday, August 7, 2025

Percubaan Buat Ayam Kang Pao

 Percubaan Buat Ayam Kang Pao | Assalamualaikum...Hai Assalamualaikum sudah agak lama Cik Ash tak post cerita masakan dekat blog ni, biasa la masih dalam fasa rawat kedukaan aritu, ni dah beransur pulih. Slow nak start balik menulis blog ni. 

 

Percubaan Buat Ayam Kang Pao

 

Sebenarnya menu ni dah lama Cik Ash buat pada bulan Jun aritu, seperti biasa menu baru selalunya Cik Ash post dekat whatsapp, Instagram dan tiktok. Pernah tanya kak ipar cara nak buat ayam Kang Pao ni kena ada daun selasih ke baru menjadi, ye memang kena ada daun selasih baru ada rasa ayam Kang Pao tu, kebetulan la aritu pergi shopping dekat Mydin ada ternampak daun selasih ni tu yang beli maka terjadi la ayam Kang Pao versi dapurcikash.


Cik Ash tak ada resepi ikut jer resepi dekat tiktok orang kongsi sekarang banyak jer orang kongsi resepi kan, semudah abc nak masak tak perlu dah nak pening hihihi.. Jom la usha hasil Cik Ash masak ayam kang pao ni. 

 


 

Nampak simple je menu ayam kang pao ni tapi makan nasi bertambah-tambah juga hahaha... Ok la korang tu nak kongsi dekat blog saja-saja nak bagi nampak aktif kembali..