Saturday, August 16, 2025

author photo


Ayam Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini nak kongsi Cik Ash masak ayam masak lada hitam. Buat menu pagi 15 Ogos hari ini baru sempat post dekat blog. Masa tu pening juga nak masak apa,akhirnya terbuat menu ni.

 

Jom la tengok bahan-bahan yang digunakan untuk buat Ayam Masak Lada Hitam di bawah ni.

 

Bahan-bahan 

4 Ketul Ayam,dipotong kecil

6 sudu kecil Lada Hitam AJI-SHIO

3 sudu kecil kicap manis

4 ulas bawang putih, dhiris

½ biji bawang besar,dihiris

1 cawan air

1 sudu besar tepung jagung, digaul bersama sedikit air 

Daun bawang,dihiris

Daun Saderi 

 

Cara Menyediakannya :-

1. Perapkan ayam bersama lada hitam dan kicap manis. 

2. Panaskan minyak,goreng ayam sehingga sedikit garing.

3. Masukkan bawang putih dan bawang besar.

5. Apabila ayam telah masak,masukkan campuran tepung jagung. Gaul sebati.

6.Masukkan daun bawang dan daun saderi.


Hasilnya memang sedap sampai suami dan mok mentua makan makan berselera. Senang,cepat,dan padu rasa lada hitamnya.Ok la korang, itu untuk hari ini masak yang Cik Ash buat. Semoga jumpa lagi di entri yang lain! 💖

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post