Kerabu Kacang Botol & Bendi Idea Chatgpt |Assalamualaikum... Hari ini nak kongsi koleksi masakan baru dekat blog ni, disebabkan pening nak buat apa dengan kacang botol dan bendi.
Cik Ash terlebih rajin pergi tanya chatgpt ada tak cara nak masak menu menggunakan kacang botol dan bendi. Chatgpt ada kongsi 4 resepi yang menarik untuk dicuba. Cik Ash cuba masak menggunakan resepi yang ke 4 iaitu Kerabu Kacang Botol & Bendi. Kebetulan sangat semua bahan-bahan yang digunakan ada dekat rumah mudah la buatnya. Jom la korang usha resepinya dekat bawah ini :-

Kerabu Kacang Botol & Bendi
Bahan-bahan
- kacang botol & bendi
- Bawang merah
- Cili padi
- Kerisik
- Air asam limau/asam jawa
- Garam,gula sikit
- Kalau ada :udang celur atau isi ikan goreng.
Cara Membuatnya :
1. Rebus sekejap kacang botol & bendi, dipotong serong.
2. hiris bawang merah
3. Tumbuk kasar cili padi
4. Masukkkan kerisik, garam, gula, air asam limau, ikan rebus yang dah perisi dan tumbuk.
5.Gaulkan hingga sebati dan boleh dihidangkan dengan nasi yang panas.
Sedap juga cuba menu baru idea daripada chatgpt ni, yang mana cuba buat boleh la tengok resepinya dekat atas tu. Ok la selamat memcuba resepi ni.
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon