Friday, September 26, 2025

Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 5

 


Assalamualaikum...Berita baik buat semua kaki lawak! Muzikal Lawak Superstar 5 datang lagi dengan barisan pelawak hebat dan persembahan yang confirm pecah perut. Nantikan kemunculannya pada tarikh 11 Oktober 2025 di Astro Prima (Saluran 105). Setiap Sabtu, jam 9.00  malam.

 

Untuk musim kali ni, Cik Ash nampak ada muka-muka baru yang join. Bukan setakat pelawak lama je, tapi ada juga penyanyi,pelakon,malah content creator dan personaliti media sosial yang turut serta. Memang lagi meriah lah musim ni!. 


Barisan juri musim ni memang padu habis! kita ada Datuk Aznil Hj.Nawawi (Pak Nil)-pengacara yersatil nombor satu tanah air, digandingkan dengan pelawak & pelakon popular, Zizan Razak. Lagi best,mereka berdua ditemani pelakon wanita yang tengah meletop sekarang, Bella Astillah. Untuk pengacara utama pulak,pentas Muzikal Lawak Superstar Musim5 ni dikendalikan oleh Dato' AC Mizal. Memang Mantap!.

 

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 5

 

Berikut adalah senarai 10 kumpulan yang bakal berentap nanti,

 

1. Nanas : Achey, Shashic, Namie

2. Saiko : Amma, Azhar Jalil, Aishah Azman

3. Fiona : Chiwan, Man, Farid Along

4. Roda : Naqiu, Sharif, Fad

5. Jozon : Joey Daud, Noreen Iman, Zul Huzaimy

6. Genzi : Aziz M Osman, Ilham, Acong 

7. Kimbab : Zulin Aziz, Maryam Kimchi, Nasz Sally

8. Puteh : Ali Puteh, Mamak Puteh, Ieda Moin

9. Bahyim : Nizam Jentik Jentik, Ayim Razak, Zahid

10. Lompat : Mark Warn, Ayan Rahman , Danny Aidid

Friday, September 5, 2025

Tercipta Sejarah: Program Adoption K9 PDRM Pertama Kali Dilaksanakan

Tercipta Sejarah: Program Adoption K9 PDRM Pertama Kali Dilaksanakan

Assalamualaikum...Hai semua, Pada 4 September 2025, tercipta sejarah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Buat pertama kali sejak Unit K9 ditubuhkan pada tahun 1968, PDRM memperkenalkan Program Adoption Anjing Pengesan (K9). 

 

Apa yang menarik?

Program ini membolehkan anjing-anjing pengesan yang telah dibersarakan atas nasihat doktor veterinar diambil sebagai haiwan peliharaan. Tapi bukan sembarangan ya, sebab ada tapisan ketat sebelum layak adopt.

 

Keutamaannya:-

1. Pemegang asal (handler

2. Warga PDRM,

3. Orang awan yang memenuhi syarat dan mampu jaga kebajikan haiwan.

 

Perintis pertama - K9 Goran

Semalam juga, seekor anjing pengesan bernama Goran, baka German Sherherd berusia 8 tahun, menjadi simbol perintis program ini. K9 Goran diserahkan kepada Inspektor Lee Sheng Wey dari JSJ Kontinjen Perak dalam satu majlis penuh bermakna di Seksyen K9,IPD Kuala Muda.

 

Majlis turut disaksikan oleh SAC Zuraimi Zam Zam (Ketua Penolong Pengarah D6 JSJ Bukit Aman) dan ACP Hanyam Ramlan (Ketua Polis Daerah Kuala Muda). Koperal Shivabalan Manyarasoo, handler asal K9 Goran, juga diraikan dengan penghargaan khas.

 

Jasa K9 Goran 

Sepanjang 6 tahun perkhidmatannya, Goran terlibat lebih 300 operasi-termasuk kes penting seperti kes bunuh di Kuala Ketil tahun 2024. Memang hebat dan berjasa besar! 💪🐕.

 

Perancangan PDRM 

Program ini juga selari dengan pelan PDRM untuk tambah 25 ekor anjing pengesan baharu setiap dua tahun, bagi memperkukuh kekuatan Unit K9 di seluruh negara.

 

Bagi Cik Ash, program adoption ni sangat istimewa. Ia bukan sekadar hargai jasa K9 yang banyak berkorban untuk keselamatan negara, tapi juga beri peluang mereka habiskan masa tua dengan penuh kasih sayang. Dari "wira negara" jadi "teman keluarga"-memang perjalanan hidup yang menyentuh hati.  

 

Program adoption ini bukti bahawa setiap pengorbanan tidak dilupakan. Dari medan operasi ke ruang keluarga, wira berbulu ini kini terus jadi sahabat setia. Terima kasih K9 PDRM- di atas keberanian, kesetiaan, dan jasa yang tidak ternilai.