Friday, October 10, 2025

author photo

Assalamualaikum...Pada 9.10.25 , Saya berpeluang menyaksikan secara langsung satu momen yang cukup menyentuh hati ,upacara pengembumian buat K9 Sue, anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang telah menabur bakti selama tujuh tahun penuh dengan keberanian dan dedikasi. 

 

 

Hujan yang lebat seakan turut menangisi pemergian wira berkaki empat ini, mengiringi detik perpisahan dengan suasana yang cukup hening dan menyayat hati. Suasana berlangsung penuh rasa hormat dan sayu, seolah-olah mengambarkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan K9 Sue kepada pasukan.

 

Sepanjang bertugas, K9 Sue menunjukkan ketekunan dan ketelitian luar biasa dalam setiap operasi. Beliau bukan hanya simbol profesionalisme dalam kalangan haiwan pengesan, malah menjadi contoh cemerlang dalam dunia perkhidmatan awam. Dengan naluri yang tajam, K9 Sue membantu pasukan Bomba menjejaki punca kebakaran dan mengesan bukti forensik penting- yang sering menjadi kunci kejayaan dalam siasatan kebakaran,khususnya di Sarawak.

 


 

 

Salah satu misi yang paling dikenang adalah ketika letupan di sebuah pusat beli-belah di Kuching pada Disember 2018, yang mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 26 yang lain. Dalam situasi berisiko tinggi itu, Sue - lengkap dengan kasut pelindung khas - bekerja tanpa gentar bersama pengendalinya, TBBK II Maxwell Joe Richard, menjejaki bukti di lokasi letupan.

 

Disebabkan itu, kehilangan Sue amat dirasai oleh Maxwell Joe Richard, yang menganggapnya lebih daripada seekor anjing.

 

 "Dia adalah rakan setia, simbol keberanian dan teman yang amat dikasihi oleh kami yang berkhidmat bersamana," katanya. 

 

Ketua Zon 2 Bomba Sarawak, PgKB II Gawai John pula menyifatkan Sue bukan sahaja anggota pasukan, tetapi sebahagian daripada keluarga Bomba.

 

"Pemergiannya meninggalkan legasi abadi sebagai simbol keberanian, kesetiaan, dan dedikasi dalam setiap misi Bomba Sarawak. Namanya akan terus dikenang sebagai wira berkaki empat yang membantu menyingkap kebenaran di sebalik kebakaran dan tragedi. Sue membuktikan bahawa keberanian, dedikasi, dan pengorbanan tidak terhad kepada manusia sahaja." katanya. 

 

Sue dilahirkan di United Kingdom pada 29 Jun 2016, dan memulakan perkhidmatannya di Sarawak pada 13 Oktober 2018. Namun sejak pertengahan 2024, Sue telah berjuang melawan penyakit  kanser tulang, sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya  baru-baru ini. 

 

Upacara pengembumiannya bukan sekadar simbol perpisahan, tetapi satu perhargaan atas segala jasa dan pengorbannanya. Biarpun hanya seekor anjing, Suee telah membuktikan bahawa keberanian sejati datang dalam pelbagai bentuk- dan kasih sayang sejati tak mengenap batas spesies.

 

 Selamat jalan, Sue. Jasamua kekal dikenang, Legasimu abadi. 

 



sumber : SINI 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post