Monday, December 15, 2025

author photo
5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu!


Assalamualaikum... Selamat pagi, maklumat ini sangat penting untuk difahami sebelum korang memulakan sebarang projek ternakan kambing kerana ia mampu menguntungkan korang!

 

Ada yang perkara penting untuk berjaya dalam penternakan kambing ialah mempunyai tanah yang luas serta mempunyai kandang kambing yang selesa, Mereka sanggup berhabis  modal untuk membeli atau menyewa tanah dan membina kandang  yang dimahukan.

 

Ia satu tindakan yang agak kurang berbaloi kerana menghabiskan modal untuk ladang ternakan sahaja akan menyebabkan projek ternakan anda tidak berjayaIni kerana ada yang lagi penting dari itu, kalau ianya tiada, maknanya tiada maknalaj projek ternakan kambing korang ni.

 

Ia adalah KAMBING!

 

Ya, kalau tiada kambing yang hendak diternak kerana kekurangan modal, korang cuma akan menternak lalang di tanag ladang tersebut..😂.

 

Untuk  menjadi seorang penternak kambing yang berjaya, kita perlu tahu memilih baka kambing yang sesuai untuk diternak- sesuai dengan proejek penternakan kambing yang telah dirancangkan.

 

Dengan memilih baka kambing yang benar-benar terbaik untuk projek kita sudah tentu kita mampu menjana keuntungan pada masa depan!. 

 

Berikut antara 5 Jenis baka kambing yang sangat berbaloi untuk projek ternakan kambing korang.

 

1. Katjang (Jenis Pedaging)

  •  Punyai tahan kesuburan yang tinggi (satu kelahiran hasilkan 4 ekor anak)
  • Sangat mudah dijaga & mampu sesuaikan diri dengan persekitaran.
  •  Kualiti daging yang sangat tongi

 

2. Jamnapari (Jenis Penusu)

  • Ia juga dikenali sebagai kambing Ettawa
  • Sesuai diternak untuk dapatkan susu dan daging.
  • Punyai tahap kesuburan tinggi (satu kelahiran boleh lahirkan hingga 3 ekor)

3. Boer (Jenis Pedaging)

  • Antara kambing pedaging terbaik di dunia.
  • Daging kambing baka ini sangat enak dan mempunyai permintaan yang tinggi.
  • Berat kambing boleh capai hingga 45kg walaupun pada usia 5-6 bulan.

4. Anglo Nubian ( Jenis Pedaging & Penusu)

  •  Jenis kambing yang paling sesuai untuk hasilkan susu dan daging 
  • Mampu hasilkan susu sehingga 2 liter sehari
  • Punyai tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak. 

5. Saneen (Jenis Penusu)

  • Boleh menghasilkan kuantiti susu yang banyak
  • Mampu hasilkan 3-4 liter setiap hari katika tempoh penyusuan
  • Kebanyakannya melahirkan anak kembar dua.

Pemilian baka yang sesuai bergantung kepada tujuan projek ternakan korang, jenis keturunan & baka kambing serta penilaian berdasarkan kepada kaedah rekod dan fizikal kambing berkenaan.

Jika korang nak menternak hanya kerana suka-suka, lebih eloklah korang mendapatkan baka kambing tempatan sahaja. Tapi jika korang memang nak jadikan projek penternakan kambing ini satu kerjaya maka korang PERLULAH bijak memilih baka mengikut modal korang. Nak belajar lebih lanjut mengenai tentang penternakan kambing dari Zero sehingga berjaya ? Korang boleh jer tengok dekat SINI tahu lebih detail mengenainya.   

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post