Tuesday, January 6, 2026

author photo

 Selamat Tahun Baru 2026

 Assalamualaikum...Selamat Pagi semua, masih tidak terlambat nak ucap selamat tahun baru 2026 buat rakan pembaca blog Cik Ash. Last post entri dekat blog bulan dec aritu tu pun 1 entri jer. Untuk permulaan bulan Januari 2026 ni mungkin Cik Ash akan sibuk dengan urusan suami Cik Ash, bermula teman suami untuk temujanji pakar pasal penyakit dia.  

 

Kisah tahun 2025 yang banyak mengajar Cik Ash bersabar dan kuat dalam menempuhi ujian yang Allah uji setiap yang terjadi. Kisah ni bermula Pada hari raya puasa 2025 Cik Ash kehilangan  PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH.  Di awal bulan Dec pada 3 December 2025 suami Cik Ash pulak masuk hospital di sebabkan penyakit lama dia iaitu batu karang semakin teruk. Masa tu memang risau bila tengok keadaan suami macam tu, Cik Ash tak kuat nak harungi sorang dekat wad kecemasan. Banyak diamkan diri jer masa tu, ada jer bagitahu orang ii terdekat untuk bercerita untuk hilangkan rasa takut ni. Semoga suami Cik Ash diberikan kesihatan yang baik dah pulih sepenuhnya.  Keluarga Cik Ash diuji pulak di akhir bulan decmber pada 28 hbln aritu kami semua kehilangan nenek di usia 92 tahun.  Itu jer kisah untuk tahun 2025 yang sakit kami lalui. 

 

Semoga di tahun 2026 ni  diberikan kesihatan yang baik buat Cik Ash, Suami, Maa, Mok Mentua, dan semua keluarga Cik Ash. Semoga setiap langkah di tahun baharu ni berada dalam rahmat dilindunginya. Semoga di tahun baharu juga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi ujian yang ada. Semoga apa yang tertangguh sebelum ni dipermudahkannya. 


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, Kalau ada kelapangan nanti Cik ash coret-coret lagi kat sini.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post