Friday, December 28, 2012

Selamat Pengantin Baru Apek & Leuniey

Selamat Pengantin Baru Apek & Leuniey | Assalamualaikum...Hari jumaat yang indah ni ekin ingin mengucapkan selamat pengantin baru  dan Tahniah kepada gol keeper Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek)  dan Nur Eilunie Natasha (Leuniey) yang telah pun selamat di ijab kabul.. Alhamdulilah dengan sekali lafaz Apek  & Leuniey sah bergelar suami isteri.  pasangan ni telah diijab kabul oleh Imam Tua Mukin Pasir Pekan  iaitu Ustaz Ab Ghani Ab Talib  sekitar jam 10.25pagi tadi di kediaman keuarga pengantin perempuan.  semoga perkahwinan pasangan pengantin ni bahagia hingga akhir hayat.. :)





Marshanda Bakal Melahirkan Baby 3 Februari 2013



Berbagai persiapan tengah dilakukan oleh Marshanda menginjak tujuh bulan usia kehamilan. Dia melakukan senam yoga khusus kehamilan, juga beberapa treatment yang menunjang kelahiran normalnya.
"Yoga hamil, saat melahirkan mau coba hypno birthing. Biar lancar proses normalnya," ucapMarshanda saat dijumpai di acara Talk Show Inner Beauty With Selebritis, Swiss Bell Hotel, Kemang, Jakarta Selatan, Sabtu (24/11).
Sedangkan untuk persiapan perlengkapan bayi, Marshanda malah belum banyak belanja. "Persiapan belum banyak kamar dicat, belum beli baby crap, belum belanja, nanti akan lah," lanjutnya.
Ditambahkan oleh Marshanda, saat ini bayinya masih dalam keadaan sehat dan berjenis kelamin perempuan. Hal itu diketahui setelah dirinya menjalani tiga kali USG.
"Udah USG, insya Allah perempuan, tiga kali. Akui senang begitu tahu perempuan, aku ditanya mau anaknya apa, tapi kalau aku sih apa saja. 3 Februari Insya Allah prediksi lahirnya," tutur aktris dan model ini.
Untuk nama, Marshanda dan suami sudah sepakat. Namun dia tak mau memberitahukan ke khalayak dulu. "Sudah ada, jangan dulu dikasih tahu, takut berubah. Nama belakangnya Kasyafani pokoknya," tandasnya yang mengaku siap melahirkan normal. 

sumber: KapanLagi

Saturday, December 8, 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysia | Assalamualaikum.. Selamat berhunjung minggu di hari sabtu ni. Cik Ash ada nak share pasal Fear Factor Selebriti Malaysia.


Astro Ria bakal menyajikan penonton dirumah dengan sebuah program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Program yang diadaptasi dari program popular antarabangsa ini diberi nafas baru bersesuaian dengan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. 
 
Fear Factor ini mempunyai sebanyak 13 episode ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 20 Disember 2012 di saluran 104. Factor Selebriti Malaysia menampilkan 30 selebriti popular tanah air yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 2 perserta bagi setiap kumpulan. 
 
Berikut di antara barisan-barisan artis yang akan bertanding di dalam program ni iaitu Ezlynn & Nik Michael, Roslan & Azam Pitt, Dazrin Kamarudin & Hairul Azreen, Hafizul (On Air) & Hefny (On Air), Zaween Anwar (Hero Remaja) & Iz (OIAM), Arthur Tan & Celina Khor, Mejar Dr Faiz & Jehan Miskin, Azri (AF) & Atu (Raja Lawak), Didie Alias & Norisham Ismail, Akim Ahmad & Farish Aziz, Kak Ashraff & Jihan Ashari, Aria Lee & Alam (Wakaka Crew), Dafi Ismail & Zoey Rahman, Elfira Loy & Ajak (Shiro Raja Lawak) dan Gambit Saifullah & Aliff Hadi. 
 
Pengambaran program ini telah dilakukan sepenuhnya di Cape Town Afrika Selatan. Peserta diuji dari aspek ketahanan dan keberanian beraksi secara lasak selain ketahanan mental dan fizikal bagi memastikan peserta benar-benar layak memegang gelaran juara. Ini memperlihatkan kesungguhan selebriti-selebriti ini beraksi lasak yang tidak pernah kita lihat ataupun mereka sendiri lakukan sebelum ini. 

Bakal pemenang utama akan memenagi wang tunai sebanyak RM200,000.00 dan pemenang cabaran mingguan turut membawa ganjaran wang tunai RM10,000.00.

Sunday, November 25, 2012

Warkah Cinta Adaptasi Novel Warkah Cinta Berbau Syurga

Warkah Cinta  Adaptasi Novel Warkah Cinta Berbau Syurga ,Assalamualaikum.. Ekin ada nak share satu drama Warkah Cinta yang di adaptasi dari Novel Warkah Cinta Berbau Syurga akan bersiaran menemui anda di kaca TV ALHIJRAH bermula 27 November 2012 pada pukul 8.30pm-9.30pm, (Selasa hingga Khamis) ,  tetapi kalau tak silap ikin drama tu  dah pun di tayangkan pada hari jumaat aritu  ... ikin taw pun sebab tengok kat facebook HelizaHelmi ada post pasal drama tu... penulis skrip drama ni ialah Ustaz A.Ubaidillah Alias dan arahan dari  Mior Hashim Manap. Barisan Pelakon utama ialah Imam Muda Nazrul ( Amir Mukhris) dan Heliza Helmi (Wardah) dan lain2. drama sebanyak 12 episode. 
 
 

 
 

SINOPSIS WARKAH CINTA BERBAU SYURGA 
Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.


Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya meAmpunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Saturday, November 17, 2012

Selamat Pengantin Baru Nurul Azwan Roya Dan Pasangan Nurul Jannah



Ikin  ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada bekas pemain sayap The Red Warriors Nurul Azwan Roya dan pasangannya Nurul Jannah yg telah selamat diijabkabulkan harini bersamaan 17 November 2012. Semoga Awe bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak cucu dan keluarga di samping isteri tersayang. Tidak lupa juga, selamat maju jaya utk karier Awe. Amin. Gomo Awe Gomo!




Saturday, November 10, 2012

Keputusan Anugerah Skrin ke 14 Tahun 2012

Keputusan Anugerah Skrin ke 14 Tahun 2012 | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat.

 



Tema Anugerah Skrin 2012 malam ni Selamai Dunia Fantasi Kami (Fairytale). Macam tengok teater la pulak pada malam itu, apa-apa pun di ucapkan tahniah kepada semua pemenang pada malam itu. Berikut adalah senarai penuh Anugerah Skrin 2012.



Lakon Layar Terbaik Filem - Dain Said ( Bunohan) 
Lakon TV Terbaik - Lum Pung Hui ( Di Telapak Kaki Bonda) 
Videografi Terbaik - Aku Mahu Terbang ( Neon Entertainment) 
Laporan Khas/Berita Terbaik - Bom Jangka ( Berita TV9) 
Drama Komedi Terbaik - Elly & Apit (Red Communications) 
Rancangan Realiti Terbaik - Jemputan Umrah ( Episod 1) 
Anugerah Artis Harapan Pantene - Putri Balqis ( Pelarian) 
Rancangan Bual Bicara Terbaik - Bella ( Labour Day Special) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Namron (Parit Jawa)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Sherry Merlis ( Di Terlapak Kaki Bonda) 
Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Lisa Surihani ( Ombak Rindu) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Syafie Naswip (Songlap) 
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Songlap) 
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik - Dunia Tersembunyi 
Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu Ke 26 
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Ruminah Sidek ( Parit Jawa) 
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
Pengarah Terbaik Filem - Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap) 
Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia ( Di Telapak Kaki Bonda) 
Anugerah Yasmin Ahmad - Pierre Andre 
Drama Rantaian Terbaik - Jangan Ambil Padang Kami 
Filem Terbaik - Bunohan 
Drama Terbaik - Di Telapak Kaki Bonda 

Dan tak lupa juga ucapan yang sangat buat ikin terharu sangat-sangat ucapan dari Ucapan Pierre andre di atas Anugerah kemenangannya ..

"Anugerah yang pailing besar adalah kalimah 


La ilaha illallah Muhammad Rasulullah, 


itu yang kita cari, Love Allah Love Muhammad "

Sunday, November 4, 2012

Wajah Terkini Anak Aishwarya Rai Bachchan

Wajah Terkini Anak Aishwarya Rai Bachchan | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya,,


Hari ini Cik Ash share gambar anak aiswarya rai  dan suaminya cantik sangat anak mereka kan.


aishwarya  macam muka kakak ekin ada iras2






Sunday, October 21, 2012

Artis Korea Wonder Girls Pakai Baju Kurung Di World Tour Malaysia

Artis Korea Wonder Girls Pakai Baju Kurung Di World Tour Malaysia | Hai korang semua, cik ash harap semuanya sihat walafiat ya..

Dekat bawah ini  cik ash ada serta gambar artis korea comel berpakaian baju kurung... comel sangat mereka.










Monday, October 8, 2012

Waduh Demam Chicken Pox Besar2 Ni


 selamat petang semua... sudah seminggu ekin demam chicken pox.. macam2 rasa la.. rimas jer bertepek2 bedak ni.... tapi sabar jer la sbb nak baik kan.... cuti MC di lanjutkan sampai hari khamis ni.... kemalrin g klinik doktor cakap demam masih ada lagi sikit tempat bintik2 chicken pox ada yang belum pecah lagi.. ubat klinik n ubat tradisional pun ada guna gak.. seperti minum air kelapa, mandi dengan air rebusan daun semabu, sapu batu kiwi yang telah di gelek2 atas penutup pasu. lepas tu kalau bab makanan ekin memey berpantang sungguh... tak makan makanan bergoreng... ikan bakar menu utama.. mujur ada ma yang bantu ekin masa sakit ni.... terima kasih ma sebab jaga ekin... sayang ma... hehehhe... walaupun anaknya dah besar seorang ibu tetap ambik berat ke atas anaknya bila dia sakit..... seksa jugak kena chicken pox ni;... dalam banyak2 sakit.. sakit ni la yang lama ekin alami.... Alhamdulilah dengan kesakitan buat ekin tabah dengan ujian Allah... hati ekin selalu dekat Allah... manusia di uji pelbagai2 ujian.. semoga diri kita ni tabah mengharunginya... dan tak lupa jugak pada abang hehehe.. banyak bagi ekin semangat suruh ekin kuat... selalu bagi ingatan jangan tinggal solat, selalu dekatkan diri pada Allah... ekin sayang semuanya yang ambik berat pasal ekin...




Thursday, October 4, 2012

Monday, September 24, 2012

Tahniah Sherry Merlis Dapat Baby Girl

 Hai pembaca blog Cik Ash.. sudah agak lama Cik Ash tak update blog kan.. ni Cik Ash ada share berita gembira pasal artis kita yang di kenali kak Sherry Merlis beliau dah selamat melahirkan baby girl. ekin terkejut gak bila taw beliau dah bersalin tak ada khabar apa berita pun beliau bersalin.. ke Cik Ash ni yang lambat taw.. hahahhaha...baby girl beliau dah 2 bulan.






Cik Ash dapat taw dia dapat girl masa join live chat ASK2012 bersama beliau dan diana danielle.. best dapat chat live dengan dia orang.. diana dan kak sherry sangat sporting taw.. diana siap joget tarian gangnam sytle lagi.. hahahha... kak shery tak menari sebab kan dia masih dalam berpantang lagi.. terima kasih kak sherry kerana sudi menghiburkan Cik Ash semua fan yang minat akak n diana..

Walaupun akak dalam berpantang sanggup datang join chat live dengan kami kan.. opps lupa Cik Ash nak bagitaw nama baby kak sherry Tengku Kasih Anaqah.. cantik nama sesuai dengan maksudnya.. Anaqah tu sama dengan nama anak saudara Cik Ash gak.. tapi di depan nama nya ada syarifah alawiyah anaqah sebab abang sulung Cik Ash kan nama syed mesti la anak2 ada nama syed dan syarifah..

Pic anak kak sherry Cik Ash masih belum dapatkan lagi.. insyaAllah kalau dapat nanti Cik Ash akan update nanti...


Terima Kasih Sudi membaca post ni.. 












Saturday, September 8, 2012

Pelamin IdamanKu.. hehehe




hai semua selamat pagi blogger.. hehhehe... saja2 nak update blog boring tak taw nak buat apa...




Pelamin Idaman angan2 jer.... ekin nak kerusi yang asing2 baru nampak cantik... blog pun purple pelamin pun purple jugak ke... tapi rasa ekin tema warna pelamin mungkin berubah kut... apa2 terima kasih kat pages yang mengeluarkan app ni.. leh gak keluar ayat nak update blog.. hehehhehe...


idaman pelaminku yang sebenarnya biarla rahsia.... bila tarikh bersejarah nanti baru syok nok tayang kan.. hahahaha.. :P

ok la ekin berudur diri dulu pagi ni... selamat pagi... love u all.. terima kasih sudi membaca entri yang merapu ni...





SENYUM SOKMO




Friday, August 17, 2012

Tahniah Farah AF2 (Breep Breep) Dapat Baby Girl

Tahniah Farah AF2 (Breep Breep) Dapat Baby Girl | Assalamualaikum...Hai,Tahniah buat Farah dengan kehadiran baby girl di bulan ramadhan ni...kebanyakan baby yang lahor bulan ramadhan ni adalah girl la. Hehehe.. anak saudara Ekin pun baby girl juga, tapi lahir sebelum ramadhan la. 

Farah AF merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata,"Alhamdulilah,selamat datang ke dunia,puteriku.Farah dan baby sihat dan Ok.

Gambar Farah Anuar Dapat Bayi

Farah AF2, 27, yang terkenal dengan ‘trademark’ Breep Breep mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai tahun lalu. Selain bidang nyanyian, Farah juga terlibat dalam bidang pengacaraan dengan menjadi pengacara bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.


Friday, July 20, 2012

Catriona Ross Selamat Lahirkan Bayi Kedua



Isnin lalu, pelakon wanita cantik, Catriona Bahrin Ross atau Cat telah selamat melahirkan bayi keduanya tepat jam 6.16 petang di Naluri Medical Centre.
Bayi keduanya yang juga bayi lelaki sulung itu dinamakan dengan nama Jammal Raess Ross Iddin.
Bagi Cat, dia bersyukur kerana dapat merasai sekali lagi pengalaman dan nikmat untuk mengandung kali kedua.
“Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza,” kata Cat yang dipetik dari laman portal Murai.com.
Walaupun Cat dan suaminya sudah pun mempunyai cahaya mata yang kedua, Cat masih lagi tidak percaya dengan kurniaan rezeki dari Allah S.W.T kepadanya.
Malah, dia turut bersyukur kerana Jammal tidak banyak merengek dan mengerti yang ibunya penat, memerlukan masa untuk berehat.
“Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat. Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.

“Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,” katanya

Ekin ingin mengucapkan tahniah kepada Cat dan suaminya di atas kehadiran cahaya mata baru ke dalam keluarga mereka.
Semoga, dengan adanya Jammal, kehidupan Cat, suami dan juga puteri sulung mereka akan bertambah bahagia dan menerima barakah dari Allah S.W.T di dunia dan akhirat. InshaAllah.

Sumber: murai.com

7 Ramadan – Slot Samarinda TV3


7 Ramadan – Slot Samarinda TV3

sinopsis pelakon drama 7 ramadan slot samarinda tv3



Antara pelakon yang terlibat dalam drama 7 Ramadan ini adalah: 


Elly Suriati (Sufiah),

Fir Affandi (Ramadhani)

Ana Dahlia (Anna)

Tania Zainal

Mustapha Kamal

Sherry Abdullah

Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda)

Roy Azman (Mustaza)



Berikut adalah sinopsis pendek drama tersebut:

Mengisahkan tentang Sufiah yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya Sufiah telah bercinta dengan Mustaza dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada tarikh 7 Ramadhan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Sehinggakan Dhani melakukan pelbagai pembohongan demi menjaga nama baiknya.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Saksikan kesudahannya Setiap Selasa, Rabu jam 10:30 dan Khamis pada jam 9:30 malam bermula 19 Julai 2012!



Sunday, July 15, 2012

Anak Saudara No 4





Alhamdulilah kak ipar ku sudah selamat melahirkan baby Girl pada 14 Julai 2012 pada pukul 8pagi kut x pasti.. hehehhe yang comey lotey... muka macam korea sebab Walid & Umi Dia suka layan citer korea Dong Yi yang main kat 8TV ari tu sampaikan ekin terlekat sama layan.. hahahhaha....

Tahniah Buat Abe Mie & kak Nor.. lengkap family dapat sepasang... hehehe.


Friday, July 13, 2012

Pelikkk Kucing Ada Jari Kaki Lebih..


  AuwCakkkkkkkkkkkkkkkkkkk... hehehehe..




kucing ini ada jari kaki lebih taw.. ekin pun terkejut bila tengok... kucing ni datang umah ekin pada pukul 12am jumaat lepas.. mata dia pun comel.. niat hati memang nak bela dia tapi sebab mak x mau bela kucing .. ekin terpaksa bagi kat jiran sebelah bela dia.. rindu la kat dia walaupun sekejap duk dengan ekin..

Perkenalan Aku Dan Dia Bermula Di Radio On9

Perkenalan Aku Dan Dia Bermula Di Radio On9 | Assalamualaikum...Pagi-pagi masa ni baru ada idea nak menulis blog... Agak lama Cik Ash tak menulis dekat blog ni. Mesti ada yang rindu coleteh Cik Ash yang tak seberapa ni.. Cik Ash nak kongsi kisah pengenalan Cik Ash dengan sesorang ni. 




Kisah kami ini bermula semasa Cik Ash join satu stesen radio online pada bulan November 2010. Dari sana la Cik Ash mengenali seorang lelaki... Mula-mula Cik Ash dan dia hanya seorang kawan, bila dah lama berkawan timbul perasaan kasih sayang antara Cik Ash dengan dia. Dia seorang yang baik banyak tolong Cik Ash dalam kesusahan. 

Semasa menjadi Dj Radio On9 macam-macam dugaan yang Cik Ash tempuhi semasa nak tarik diri dari dunia DJ radio On9, dia la yang memahami situasi Cik Ash bagaimana ahli keluarga Cik Ash tidak benarkan Cik Ash terlibat dengan dunai Dj. 

Dia la yang banyak bagi nasihat dan bagi semangat dekat Cik Ash sampai sekarang.. perhubungan kami hampir terputus sebab ada selisih faham masa tu.. mungkin salah Cik Ash masa tu.. Alhamdulilah hubungan kami kembali bertauh semula dengan sampai la sekarang... Dah nak masuk 2 tahun perkenalan Cik Ash dan dia. Dia pun dulu-dulu berDJ juga di stesen radio di situ ada dia disitu jugak ada Cik Ash... Hehehe.. nama lagi pendengar yang setia. 

Setelah lama kami kenal teringin jugak bersua muka kan, nak kenal lebih rapat lagi, pada 1 Mei 2011 kami pun merancang untuk berjumpa, kebetulan masa itu dia balik ke kelantan, satu pertemuan yang tak dapat Cik Ash lupa dan pertama kali dalam hidup Cik Ash berjumpa dengan lelaki bertentang mata. hahahha... Kami tidak berjumpa diluar , Si dia mari dekat rumah sebab aboh nak bagi amaran kalau nak jumpa dengan sesiapa suruh datang rumah. Itu syarat aboh tak bagi anak perempuanya bebas kenal dengan sesiapa hihihi.. Semasa waktu pertemuan tu Ma Cik Ash ada. 

Hati ini berdebar-debar nak berjumpa dengan si dia, nak buat macam mana diradio ku mendengar suaramu , ku terpikat hahaha, tak kenal rupa secara depan pun lagi. Semasa jumpa dia terdetik dalam hati adakah dia jodoh Cik Ash. Cik Ash berserah pada Allah. Kita hanya merancang Allah yang menentukanya. Semoga Cik Ash dan dia diberkati oleh Allah dengan hubungan ni.  

Untuk pengetahuan korang semua Cik Ash dah bertunang dengan dia pada 10 Feberuari 2012, Dan telah berkahwin dengan dia pada 29 Mei 2014... Alhamdulilah kini Dia yang dimaksudkan adalah suami Cik Ash hingga akhir hayat doakan kan kami semoga dikurniakan zuriat-zuriat yang comel.. aamiin..



I Miss You So Much Quotes For Him and Her

Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar harap sihat semuanya.. Di bawah adalah Ouoter untuk ucapan I miss You So much untuk sesorang yang tersayang.


I Miss You So Much Quotes For Him and Her

1. From the depth of my heart, feel for you a passion that can never be killed now and forever. I feel that love that only true lovers can feel. I cherish you so much my sweetheart even in the darkest hour of the night my heart never sleeps but thinks about you. The distance is far but your presence is with me. I miss you so much!

2. No matter where you are far or near, my love will continue to be for you alone. Now and forever, I will always remember you for the genius that you are. I may not be able to give you all that you need in life but I will always be yours, I Miss You this Much!

3. Your absence has kindled the burning desire in my heart to always want to be with you—it has caused more loneliness to me than the pleasure I derive from remembering all the sweet moments we have spent together. Your return is my concern may God bless you!

4. I have a reason to be happy always and be sad just once in a while; I am happy always whenever you are around me but sad in a while as you step your toes away from me, now and forever I wish you the best wherever you may be, I miss you very much!

5. The worst is now that distance has taken you away for so long as though you will never come back again. I am tired remembering you all I want to see are your beautiful face and passionate smile; I wish you a wonderful quest!

I Miss You So Much Quotes for Him

6. My life is incomplete without you and that is why I will always miss you whenever a quest warrants you’re leaving. I love that powerful smile that emanates from the sweetest part of your heart and that lovely impact you show to me whenever we are together. I Miss You so Much!

Sunday, July 1, 2012

Buah Hati Pujangga Cinta Saya!!!

Buah Hati Pujangga Cinta Saya... Hehehheheh| Assalamualaikum... Selamat petang semua. Apa khabar harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya. 


Saja-saja buat tajuk macam tu, nak bagi popular sekejap hahaha... ni la buah hati punjangga cinta Cik Ash. So kepada korang sila la layan pic dekat bawah ini yang bertingkat-tingkat ya. 

Ni adalah sebahagian novel-novel kesayangan Cik Ash taw, setiap gaji masuk asyik shopping novel sampai 3 buah tu. Novel dah macam nyawa Cik Ash hahaha... kalau hilang novel ni memang Cik Ash akan menangis tak berlagu siapa la tak sayang novel hasil titik peluh kita berkerja orang hilangkannya kan.Jom usha koleksi novel Cik Ash dekat bawah ini :- 

Koleksi novel 1

Kolesksi novel 2

Koleksi Novel 3

Koleksi Novel 4

Koleksi Novel 5
Koleksi Novel 6

Why is Aishwarya hiding Aaradhya from the world?



Don’t you think the Bachchan pariwaar is getting a little too over protective with Aaradhya?? We wonder how long will Aishwarya Rai hide the little baby from the world, or rather lets say how long will Ash hide the world from her seven-months-old kid…
First, her name was kept a big secret and now her identity..
There have been several occasions where Ash has been photographed with her little one. However, everytime, the little girl was hidden pretty well, with her face dug into her mamma’s chest and too many clothings to protect her.
In London recently, a lucky fan got a glimpse of Aaradhya, probably for seconds.


Saturday, June 30, 2012

Akma AF Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Farih Hamshi


Bintang program realiti Akademi Fantasia iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27, sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.
Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.
Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.
Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.
Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.