Saturday, September 30, 2017

CPUV Nuffnang On Going La

CPUV Nuffnang On Going La | Assalamualaikum... Hai korang semua,apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..


Semalam cik ash terbuka la nuffnang saja-saja la nak intai hihihihi.. sebab ada ternampak blogger  Cik Cappucino Latte update pasal CPUV ni.. tu yang pergi cepat-cepat buka nuffnang..






Alahai setelah kesian lama tak ada iklan CPUV ni last iklan nuffnang pada bulan Ogos aritu , dan akhirnya pada 25 Sep dan 27 september ada keluar iklan CPUV dekat blog cik ash.. patut la ada perasan iklan sedang bergayut-gayut dekat blog cik ash.

So kalau korang terpadang iklan tu tolong la klik ea hahahaha nak kumpul sampai boleh cash out ni.. Sikit jer lagi..

Terima kasih kepada mr nuffnang bagi iklan dekat blog ni.. nanti bagi la banyak-banyak lagi ya.. 

Friday, September 29, 2017

GIVEAWAY FM FROM CANADA




 Assalamualaikum.. Jom join giveaway ni syarat pun mudah.. nak join klik jer banner dekat bawah tu...

Sory kak el terlepas pandang giveaway kak el ni.. biasa la ratu giveaway kan banyak join tak perasan la pulak.. hahahhaha...

Tarikh tutup giveaway ini 30 September 2017 cepat-cepat join giveaway hadiah daripada Canada terrrrrrrrrrrrrr...




Tersenarai 10 Pemenang Segmen Pencarian Bloglist By Ombak Bergigi

Tersenarai 10 Pemenang Segmen Pencarian Bloglist By Ombak Bergigi | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar hari ni, diharap dipermudahkan urusan korang ya.





Alhamdulilah rezeki blog Cik Ash aritu rasanya last-last minit join Segmen By Ombak Bergigi tak sangka bertuah tersenarai di antara 10 pemenang.. Syukur rezeki memihak pada blog Cik Ash.. rasa banyak jugak la Cik Ash join giveaway dan segmen ada jugak tersangkut dah kira ok sangat. No bertuah random.org kali ialah no 13.



So kepada korang join segmen ni boleh pergi usha cepat mana taw korang ke yang bertuah itu dekat SINI. Tahniah juga kepada semua pemenang yang berjaya masuk dalam bloglist.. so untuk menghargai Ombak bergigi Cik Ash pun masukkan blog ombak dalam bloglist purple di blog Cik Ash juga.. terima kasih.

Thursday, September 28, 2017

Mug Magic Daripada Printcious.com

Mug Magic Daripada Printcious | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar,cik ash harap semuanya berada dalam kedaan sihat walafiat. 



Sebelum ni cik ash pernah tempah Printcious mug colour untuk aboh, lepas tu lepas balik kelantan aritu ada berbaki voucher untuk review daripada printcious ni cik ash terasa nak pilih mug magic pulak, duk tengok video tu rasa teruja sangat pulak..so bila tanya suami pun setuju nak mug magic. Lagi beberapa hari nak tamat voucher kalut la cik ash duk design nak letak dekat mug magic tu.. dah la masa tu kesihatan tak mengizinkan gigih buat juga akhirnya siap. Terus buat pembayaran takut terlepas pulak tarikh kan.. hihihihi..


Tunggu punya tunggu bila barang yang ditempah tu nak sampai lama sangat dekat pejabat pos tu, sokmo gini kalau pos laju tak masuk gak.. akhirnya kemalrin petang sampai juga barang daripada Printcious. Cik Ash buka pembalut mula-mula tu terkejut gak tengok kenapa hitam tak ada gambar pun duk tilik-tilik nampak ada gambar yang Cik Ash design tu.. ini ialah gambar sebelum letak air hitam gelap hahahahaha.. 


Sebelum 





Pada malam tu Cik Ash suruh suami buat exprismen dekat mug magic dihadapan ibu mentua untuk tengok magic mug ni.. sebelum menggunakan mug magic ini kena sediakan air panas taw, tuang ke dalam mug magic tunggu dalam 10 second akan kelihatan la gambar yang kita design tu.. 


Memang sangat berpuas hati dengan mug magic kualiti yang dibuat di Printcious terbaik sangat so korang yang nak cari pelbagai hadiah untuk dihadiahkan kepada orang tersayang boleh usha laman web yang cik ash maksudkan tu sebab macam-macam barang ada dekat  sana taw mengenainya boleh rujuk dekat SINI


Cik Ash juga sebelum ni ada juga tempah Mug Colur Untuk Aboh sebelum balik kelantan sangat berpuas hati dengan kualiti gambar dan tulisan dekat mug aboh pun sangat suka Cik Ash hadiahkan mug itu kepadanya dan ni hasilnya aboh dah guna mug yang cik ash bagi dekatnya tengok la gambar dekat bawah ni gambar aboh share dalam group happy sangat bila tengok aboh guna hihihihi.. ni nanti ada lagi barang yang Cik Ash shopping tunggu apakah ya.. 




mug colour

Ok la korang semua setakat ini dulu Cik Ash kongsikan dengan mengenai printcious ni jumpa lagi nanti.. banyak lagi yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang pasal printcious yang menarik ni.. Cik Ash memang dah jatuh cinta dengan ni memang patut sesuai sangat dengan slogan Printcious.com - Hadiah Precious Dari Jantung Anda. 



Review Filem Kau Yang Satu

Review Filem Kau Yang Satu | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semua sihat walafiat ya.. 



Pada hari rabu waktu pagi baru sempat Cik Ash nak layan filem Kau Yang Satu di Kodi tu layan bersama dengan ibu mentuaku.. hihihihi..dah lama keluar tapi baru nak layan biasa la Cik Ash malas nak sangat nak tengok kat laptop ni.. lagi pun bagi ibu mentua tengok sekali dia pernah tanya filem ni dah keluar ke.. tu yang bagi tengok sekali.. 


Cik Ash dah pernah baca novel Kau Yang Satu tapi agak-agak lupa dah novelnya berkisah macam ner mula-mula tengok..memang tak faham tengok mula-mula filem ni.. Di awal permulaan cerita agak kurang faham cik ash tengok dimana tiba-tiba ayah Taufik boleh tersadai di sungai lepas tu diselamatkan oleh ayah salina iaitu Sulaiman.



Lakonan Izara Aishah (Salina) watak yang dilakonkan tu boleh diterima sangat krakter izara dalam filem tu nampak sangat sesuai bawa watak gadis kampung yang suka baca novel hihihihi... Manakala watak Aaron Aziz (Taufik) ni bawa watak dengan cara dia tersendiri macam dalam drama-drama dan filem beliau berlakon sebelum ni.


Manakala watak antagonis yang dibawakan oleh Soo Wincci (Isabella) itu tidak mengecewakan. Rasa geram jugak dekat dia hahahhaha.. duk goda-goda suami orang jer.. Taufik pulak bila dah taw Isabella dah curang baru nak cari isteri dia.. Part Soo Wincci di bunuh tu memang menyedihkan pulak tengok dibunuh dengan kejam oleh ayah kepada anak yang dikandungkannya.



Adengan salina tak pandai pakai tali leher dekat suami tu Cik Ash boleh terkeluar kata nasib baik la suami Cik Ash ni kerja kilang jer hihihihi... kalau kerja pejabat memang Cik Ash pun fail bab nak pakai tali leher ni, mesti terkial-kial nak pakaikan nanti pulak. 




Ok la itu jer review Cik Ash mengenai Review Filem Kau Yang Satu ni.. mungkin  ada review daripada korang yang berbeza dengan Cik Ash ke.. hihihihi..Cik Ash cerita filem agak kurang nak layan ni pun tengok sebab nak join ibu mentua dia yang nak tengok sangat..



Wednesday, September 27, 2017

First Beauty Box Giveaway by Us with Love

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinVu2_q0zQeG4ztWbbz0lybUS_HnimPxhcNPdb6J1YUy2CAAT_Unu1f5ylTNFgaOZQlsmdo3eoZ8WKZGGYpvRgJl0vMvCyA0RjEl40dtQFVc3yoq-W1ugvCrEId_GK5nWs_B6NY4ryjiQ/s1600/first+beautybox+giveaway+by+us.jpg 

Assalamualaikum.. Hai korang dah malam ni.. sebenarnya cik ash update entri giveaway ni nak kabel line disebabkan hari 2 kali terpublish entri yang belum sudah taip hahahahaha.. alahai kenapa la jadi begitu.




Jom korang memeriahkan giveaway ini nampak sangat menarik taw sebabnya hadiah untuk pemenang nanti memang meletop sangat taw.. Hadiah yang akan korang menang nanti kalau bertuah la ya akan Beauty Box bernilai RM250 ya.. Menarik tak bila baca yang cik ash tulis jom cepat join klik jer banner dekat atas nak join ya tak pun klik SINI.

Syarat-syarat untuk join giveaway sangat mudah taw jom follow syarat dekat blog mellya..Tarikh tutup giveaway pada  20 Oktober 2017 masih sempat lagi nak join tu cepat-cepat taw ya.. 

Ok la itu saja cik ash nak kongsikan dengan korang semua.. jumpa lagi entri pendek la sebab entri penyelamat hahahahah.. maafkan cik ash kalau ada bukan entri sebelum tertiba tak ada ya. 

Facebook Url : https://www.facebook.com/syasyaekin.alaidid

Instagram Url: https://www.instagram.com/masriesha/

Drama Awak Suka Saya Tak

Drama Awak Suka Saya Tak | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya sihat.. eh ada nampak novel kak melur jelita dah di adapitasi drama la.. Novel Awak Suka Saya Tak? wah teruja sangat nak tengok drama ni..
 




Drama Awak Suka Tak merupakan karya Melur Jelita yang akan datang di slot MegaDrama di Astro Ria. Teraju utama drama ini ialah Alving Chong dan Emma Maembong. Drama ini mempunyai sebanyak 16 episode. Merupakan terbitan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Drama akan menemui penonton bulan Oktober nanti.

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia. 
Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Ok la itu jer cik ash nak kongsi.. tak sabar nak tengok lakonan Alcving dan emma ni.. jumpa lagi nanti.. 

Tuesday, September 26, 2017

Ayam Masak Merah Kenduri

Ayam Masak Merah Kenduri | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar..Cik Ash harap semuanya sihat la ya.

Ayam Masak Merah Kenduri

Hari ini baru nak update masakan yang Cik Ash masak untuk suami makan minggu lepas hahahaha... nampak sangat malas nak taip entri dekat blog, hanya share dekat facebook dah instagram jer.

Ayam Masak Merah ada Cik Ash tertengok dekat facebook aritu sama dah simpan resepi ni.. dalam resepi itu buat banyak cik ash ni buat untuk makan 3 orang jer.. Cik Ash tengok cara masak lebih kurang sama jer Cik Ash masak. mungkin disebab nama ayam masak merah kenduri tu setiap majlis kenduri apa-apa mesti orang akan sediakan menu ni.. 
 

Memang ayam masak merah kenduri ni sedap kalau kena cara membuatnya.. sebabnya Cik Ash pernah makan lauk ayam masak merah di tempat-tempat kenduri ada jumpa pelbagai rasa.. ada yang kurang sedap, ada juga yang sedap rasa nak bertambah-tambah lagi.
 
Masa buat ayam masak merah ni suami makan bertambah-tambah nasi sampaikan Cik A sh pun join sekali hahahahaha... sedap jugak jarang-jarang masak ayam pedas ni.. kami suami isteri agak kurang  makan pedas sebab perutnya tak tahan nanti ada yang berulang ke tandas la pulak.

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri 
Bahan-bahan 
6 ketul ayam (lumurkan kunyit dan garam) 
1 biji bawang holand (dikisar) 
2 ulas bawang putih (dikisar) 
1 inci halia (dikisar) 
10 keping cili kering (dikisar)
3 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos tomato 
1 kulit kayu manis 
2 biji bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
1 batang serai
Garam
secukup rasa
minyak masak

Cara membuatnya :- 
1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit. Lepas itu goreng hingga masak jangan garing ya. 
2. Panaskan sedikit minyak,tumis kuliy kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
3.Kemudian masukkan serai.Tumis sekejap. 
4. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing. 
5. Lepas tu letak cili kisar. Tumis hingga garing.
6. Masukkan gula,sos cili,sos tomato. Biar seketika dan kacau sekali.
7. Lepas perasakan dengan garam secukupnya. Kemudian masukkan ayam telah digoreng tadi. 
8. Gaul bagi rata. Boleh dihidangkan.

Ok la itu saja cara cik ash masak untuk 3 orang makan.. hihihihi.. selamat memcuba resepi ini.. kalau korang nak tengok resepi lain boleh baca kat SINI.



Monday, September 25, 2017

Dapat Juga Merasa Aiskrim Pulut

Dapat Juga Merasa Aiskrim Pulut | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. 


Happy sangat balik kelantan aritu dapat juga cik ash merasa makan Aiskrim Pulut yang telah lama cik ash mengidam sebab lama dah tak makan hahahahha, mengidam jer pun tak mengandung pun, kejadian dapat makan aiskrim pulut pada hari raya haji yang ketiga cik ash pergi jalan-jalan dekat pasar siti khadijah ternampak ada pakcik jual aiskrim tu cepat-cepat bagitaw kat encik suami nanok aiskrim tu hahahaha.. 

Suami dan mak saudara pertama kali tengok aiskrim yang di campur macam-macam dalam tu, cik ash ni selalu nya taw sebelum ni kalau ternampak ada pakcik jual aiskrim ni mesti beli bukan la selalu kadang-kadang jer, makan sokmo boleh kena kencing manis la awokkkkkk hahahahha... manis la sangat la duk campur macam-macam tu.. 


Tapi aiskrim  cik ash makan kali ni tak ada manis sangat sebab bahan-bahan yang digunakan tak manis sangat,hihihihi.. Aiskrim ni diaorang buat sendiri taw, aiskrim di tambah dengan topping yang menarik sangat siapa tengok mesti terpikat la.. hahahaha..Dalam aiskrim tu ada roti,cocokruch,jeli,kacang dan macam-macam lagi harga sebekal ni rm3.00 dan ada juga harga rm2.00.

Kalau korang sampai di kelantan mudah sangat nak cari selalunya pakcik-pakcik yang menjual aiskrim ini menggunakan motorsikal, selalunya diaorang berhenti dekat sekitar pasar siti khadijah sebab kat situ ramai orang sokmo..cik ash dapatkan aiskrim ni masa lalu nak balik ke kereta daripada pasar siti khadijah tu ternampak la pakcik ni duk jual dekat dengan bangunan bazar buluh kubu tu di antara bertentangan pasar siti khadijah. Loni kawasan tu dah berubah siap ada bumbung yang cantik tak akan ada yang kena panas dan hujan pun beruntung sangat orang yang berniaga dekat situ. 

Rasa tak puas makan aiskrim ni pulak.. hahahaha.. nanti balik kelantan bila-bila nak cari lagi la pakcik hak jual aiskrim ni.. aritu makan berkongsi dengan suami jer.. saja-saja nak ambik rasa hihihihi.. sebenarnya kalau suami beli dekat cik ash seorang makan habis jer.. 

Ok la korang duk sibuk bercerita pasal aiskrim jer cik ash ni kan.. ada yang jemu nanti pulak.. cik ash out dulu ada nak buat kerja sikit dekat rumah ni.. biasa la tugas surirumah ada jer tak selesai walaupun belum ada anak pun.. hihihihi

Sunday, September 24, 2017

Lirik Lagu Drama Titian Cinta

Senarai Lagu Dan Lirik Drama Titian Cinta  | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya cik ash ya, loni musim hujan kesihatan tak menentu kan.. jaga-jaga la kesihatan korang ya. 

Hari ini cik ash terlebih rajin kongsikan dengan korang semua lagu yang ada dalam drama Titian Cinta yang cik ash taw.. Cerita best lagu pun mesti la best sedap didengar kan... Jom usha lagu dalam drama Titian Cinta berserta dengan  Liriknya sekali.. 


Lagu: Sumpah Cintaku
Penyanyi: Asfan Shah
Komposer : Asfan Shah 
Lirik: Asfan Shah & Fedtri Yahya
Video Lagu : https://goo.gl/wwCFUC

Lirik Lagu 
Disaat saling mengenali 
Ku tahu cinta mu memanggil 
Dalam perasaan yang tak kau dengari


Lambaian mu di dalam mimpi 
Bayangan senyum bidadari 
Indah segenap rasa tak terbagi 

Belah la jasad ku
Tirai kenangan ku 
Pasti akan kau jumpa 
Api cinta menyala

Hingga Akhir Nafas ini 
Sayang sampai akhir pasti 
Cinta ku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti 
Sumpah cintaku hanya padamu 

Disaat saling mengenali 
Ku tahu cinta mu memanggil 
Dalam perasaan yang tak kau dengari 

Belah la jasad ku 
Tirai kenangan ku 
Pasti akan kau jumpa 
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini 
Sayang sampai akhir pasti 
Cinta tak bisa berganti 
Sumpah ku hanya kau disisi



Genggam tanganmu yang suci

Sampai rambutku memutih

Cintaku tersimpul mati

Di syurga tetap kau ku nanti

(Sumpah cintaku hanya padamu)

Saturday, September 23, 2017

Yomommies Baby Teether SALE

Yomommies Baby Teether SALE | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat la ya.. 

Yomommies
                                                             
Hari ini Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai satu laman web untuk yang baru-baru nak ada anak harus la singgah laman web Yomommies yang baru dilancarkan kalau tak silap Cik Ash sebab nampak macam baru lagi pertama kali juga Cik Ash tengok kan.. Cik Ash duk usha gak walaupun belum anak dah tergila nak shopping barang kat situ macam-macam ada dijual disana..hihihihi.. 

Antara yang Cik Ash tengok barang yang dijual dekat situ ialah barangan daripada produk AkarHerbanika Nonaguy untuk kegunaan ibu dalam pantang dan juga  massage. 


 Tak lupa untuk ibu yang sedang menyusukan anak ada juga makanan iaitu Lacteatkies untuk makan sarapan pagi dengan cara hidup sihat.




Ada juga yang Cik Ash tengok dekat sana barangan  untuk baby nampak macam menarik berkenan la pulak nak shopping hahahaha.. uishhh sabar Cik Ash nanti dah ada baby boleh la shopping.. insyaAllah ada rezeki nanti peluang shopping barang baby nanti.. 



Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai produk daripada Yommomies Baby..so kepada yang berkenan yang sedang dalam proses kelahiran baby boleh usha kut-kut berkenan.. hihihihi


 

Friday, September 22, 2017

SUPPORT ME!! POKUCU CONTEST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_9P8eym6gLEtn2XB6rtkNje0bF3NFYcdY3gCbjE60LO9PFyK_fxdIE74aKTC6rqTW_PMhHalwIdcKpS3wfCStJzkkxGEoVQWPCA8cq34LvKVIEZKitWJQ6J7vorAH8ExVSyBxNu-PDT-P/s1600/BANNER+CONTEST1.png 

Macamana? Berminat tak?
Seandainya berminat, ualls boleh sertai contest ini dengan memenuhi segala syarat-syarat yang telah di tetapkan di bawah ini... jangan risau, syaratnya mudah jer..

SYARAT-SYARAT
  • 1 - Follow blog POKUCU.COM , SISHAWA.COM dan SISHAWADESIGN
  • 2 - Like fanpages rasmi POKUCUDOTCOM dan SISHAWADOTCOM 
  • 3 - Follow IG 
  • 4 - Buat sebuah entry yang bertajuk SUPPORT ME!! POKUCU Contest 
  • 5 - Letakkan banner di atas ke dalam entry terbabit dan berikan pendapat, ulasan atau apa saja kata-kata yang bernas terhadap blog POKUCU.COM dengan seikhlas hati mengikut kreativiti masing-masing.
  • 6 - Publish entry terbabit dan tinggalkan link entry berserta dengan email di ruangan komen post ini.

CARA PEMILIHAN PEMENANG
Para pemenang akan di pilih sepenuhnya oleh PokUcu sendiri dengan mengambil kira semua syarat-syarat yang telah di tetapkan tadi. Make sure ualls betul-betul follow semua syarat yang di tetapkan tu  yer sebabnya memang kami berdua akan check satu persatu... Sekiranya blog ualls sudahpun mempunyai domain, ualls masih boleh ikut serta untuk cuba memenangi hadiah untuk tempat ke dua, ke tiga dan saguhati.

TARIKH PENYERTAAN
Contest ini akan berlangsung dari 15 Sept 2017 sehingga 15 Oktober 2017.

TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG
Para pemenang akan di umumkan pada 20 OKTOBER 2017 - 25 OKTOBER 2017, InshaaAllah.

Ulasan Cik Ash Untuk Pokucu.. 
Cik Ash baru kenal pokucu selepas join group Blogger Pantai Timur  aritu.. cik ash tengok blog Pokucu ni blog yang meceritakan pengalaman personal,lifestyle,review, food,fotografi dan juga travel. blog yang kemas sedap mata memandang sebab kaler ungu cik ash suka ungu hihihi..itu saja jer yang cik ash nak ulas..

Catatan Popular Sepanjang Bulan Ogos 2017

Catatan Popular Sepanjang Bulan Ogos 2017 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam sihat walafiat ya.. Maafkan cik ash terlewat nak share dekat korang semua mengenai post popular dekat sepanjang bulan ogos 2017 aritu dekat blog.



Agak terlewat cik ash share Catatan Popular Sepanjang Bulan Ogos 2017 aritu, tak sempat nak update balik kelantan aritu dan kesihatan tak mengizinkan nak menaip blog. 

Sepanjang ogos 2017 aritu entri yang menduduki carta teratas ialah Senarai Lagu Drama Patahnya Sebelah Sayap sebanyak 942 view, Cara Tukar Password Streamyx sebanyak 698 view dan yang lain sila rujuk gambar hahahaha..

Kalau korang malas nak rujuk gambar korang jer  baca entri cik ash share sebelum ni boleh jer baca dekat senarai di bawah ini cik ash kongsikan.

 Senarai Lagu Drama Patahnya Sebelah Sayap

Cara Nak Tukar Password Streamyx Wifi
Hello Ogos
Wordless Wenesday 101 Dapat Barang 
Install Kodi Dalam Box hypptv
Catatan Popular Sepanjang Bulan Mei 2017
Serunding Ayam
Sample Free Wildan Susu Kambing

Lazada Big Home Fair

Lazada Big Home Fair | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya sihat walafiat.. 



Untuk anda semua lazada kini sedang membuat jualan Big Home Fair so kepada yang ingin tengok koleksi barangan yang di tawarkan dekat lazada seperti barangan elektrik,bilik tidur,ruang tamu, dapur, dan bilik mandi boleh usha dekat link INI dengan potongan harga 10%. 

Antara koleksi barangan yang akan potongan harga yang menarik seperti di bawah ni
 

 Teruja tak korang nak shopping dekat lazada nampak banyak potongan tu boleh usha dekat bilik tidur , ruang tamu, dapur dan bilik mandi.  Selamat Bershopping korang semua.. jom usha lazada sekarang hihihihi.. 

Thursday, September 21, 2017

Drama Titian Cinta Slot Akasia TV3

Drama Titian Cinta Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar cik ash harap semuanya sihat sokmo deh.. Siapa kah sini layan drama Titian Cinta ni.. cik ash baru nak start layan best pulak jalanan ceritanya..


Drama ini merupakan terbitan syarikat Zamriez Gloden Pictures, mempunyai sebanyak 28 episode. drama ini ditayangkan di slot akasia tv3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7.00 malam.. Lakonan dalam drama ni Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusof, Tisha Shamsir, Diam P.Rammle, Marisa Yasmin,Kuza,Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj dan Arash Mohd.

Drama ini cik ash terlupa sokmo nak layan dekat tv selalu duk layan online.. malas sangat nak layan tv takut jadi ralik hahahhaha.. nanti tak pasal-pasal kerja kat rumah tertangguh pulak. Dekat bawah ini cik ash kongsikan sinopsis mengenai drama Titian Cinta ni.. 

Sinopsis Titian Cinta 
Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan sofia, Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau kucing kurang oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh sofia. 

Harris ingin menebus khilafnya, kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri, kini dia mahu menebus semuanya. 

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan llahi. 

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Adakah bahagia menjadi milik mereka nantikan? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau mungkinkah Rayyan layak menjadi pegganti? 

Kita tunggu dan layan drama ni sampai episode akhir ya.. hahahhaha...ok la jumpa lagi nanti di entri yang lain..

Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi

Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi | Assalamualaikum.. Sambil kejutkan suami bangun satlagi cik ash sempat la nak udpate blog join segmen bloglist pulak..Segmen ini di anjurkan oleh blogger Ombak Bergigi

https://ombakbergigis.blogspot.my/2017/09/segmen-pencarian-bloglist-by-ombak.html

Lagi pun cik ash dah masak tadi tu yang sambil-sambil buka blog.. Cik Ash masak sup ayam jer menu hari ini... Meh join segmen ni mana taw ada rezeki masuk bloglist, untung kalau ada dalam bloglist boleh la orang kenal blog kita nanti.. hihihihi.. Syarat-syarat yang di perlukan join giveaway cukup mudah sangat.. So korang yang nak join klik banner untuk join tak pun boleh klik SINI.

Ok la ringkas jer entri petang ni.. santai-santai petang join la segmen or giveaway support giveaway kan


Cara Nak Screen Capture Guna PhotoScape

Cara Nak Screen Capture Guna PhotoScape | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya.




Lama dah blog cik ash tak ada entri tutorial kan, so hari ini cik ash terlebih rajin nak kongsikan dengan korang semua mengenai cara untuk Screen Capture gambar dengan menggunakan PhotoScape tu, sebenarnya photoscape ni banyak kegunaan untuk edit gambar.. cik ash baru taw guna hahahaha.. selalu duk guna untuk letak watermark dekat gambar jer...hihihihi..sebelum itu korang kena ada sofware photoscape dulu taw. Jom tengok cara-cara untuk menggunakan screen capture dekat bawah ini, ikut langkah ini taw 



Step 1 
Buka photoscape lepas tu klik Screen Capture yang cik ash bulatkan tu.

 Step 2 
Lepas klik tu akan keluar macam dalam gambar di bawah ini, pastu korang pilih nak capture fullscreen,window dan region.. tapi kan sebelum tu, korang kena buka la kedua-dua window photoscape dan window yang korang nak capture tu

Step 3 
Lepas korang dah Capture automantik keluar macam gambar dekat bawah ini capture full screen



Ok la korang boleh screen capture lepas ni guna photoscape sebab dah taw caranya.. senang sangat guna ni memudahkan kerja cik ash hihihihi.. selamat mencuba guna tutorial ini.. korang share persilakan kalau nak buat entri boleh jer make sure backlink kat blog cik ash ya.. jumpa lagi nanti kalau ada lagi tutorial yang cik ash nak kongsi.. 

Wednesday, September 20, 2017

Perjalanan Lebih Selesa Dengan Penerbangan Air Asia

Perjalanan Lebih Selesa Dengan Penerbangan Air Asia |  Assalamualaikum.. Hai korang semua,Wah!! tak lama dah cuti panjang yang di nanti-nantikan semakin hampir ni korang...korang dah buat apa-apa plan untuk bercuti ke mana pada cuti panjang yang akan tiba ni?? Mesti korang tengah duk survey tempat kan... yela nak pergi bercuti ni bukan senang nak kita pilih destinasi la.. nak kena fikir nak naik apabila nak pergi sana nanti... Hurmm mesti la korang juga dalam dilemma kan untuk pilih tempat mana... So sekarang korang dah tak payah nak pening-pening kepala nak fikir nak naik apa untuk pergi bercuti kali ni...sebabnya sekarang Air Asia ada menawarkan harga tiket yang terendah taw!! Apa?? Korang masih tak percaya ke?? Hahahaha please la tolong percaya cakap Cik Ash ni... kalau tak percaya jom baca apa yang Cik Ash nak share dengan korang ni!!. 





Seperti mana yang kita tahu la kan... bila sebut nak naik flight jer semua akan berfikir ishh tiket mahal la... mampu ke saya nak naik flight pergi bercuti ni... Korang tak perlu risau dah sekarang!! Cik Ash tak tipu korang la.. korang boleh cuba survey sekarang di laman web Traveloka dan pilih Air Asia untuk tengok sendiri harga yang ditawarkan kat situ.. Perghh!! confirm korang akan terus book tiket dekat situ nanti...hahahaha... untuk pengetahuan korang, Air Asia ini mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri okay.. dan yang penting ianya sangat selesa untuk travel tu.. Dah la harga tiket yang ditawarkan murah tambah pulak korang tak akan terasa nak drive kereta jauh-jauh dengan mengadap jalan jem lagi...Oh!! tidak, memang tak akan tempuhi jem tu la.. Hahahaha!!. 

economy seat
Korang juga boleh pilih nak clas seat taw mengikut bajey yang korang dah plan, Antara class seat yang boleh korang pilih ialah clas economy, class business, dan class premium economy.. Setiap class seat yang mempunyai kelebihan masing-masing… dan yang penting  penerbangan ni juga menyediakan makanan taw… walaupun destinasi korang tu dekat mahupun jauh korang akan dapat makanan dua dan tiga kali sepanjang perjalanan nanti..Wahh best sangat tu!! Hahahahaha..

Macam mana cara nak book online ticket?? Alaaa senang jerk korang, korang just follow jer tiga langkah yang tersedia tu…




Langkah yang pertama korang kena la pilih dulu destinasi dari mana korang  nak naik flight ni, lepas itu korang pilih destinasi percutian yang korang dan plan untuk pergi bercuti tuh..




Okay, untuk langkah kedua pulak korang kena pilih tarikh nak pergi taw.. make sure jangan tersalah tekan tarikh ya… Haa kat sini pun korang boleh pilih sama ada nak book tiket untuk satu perjalanan or untuk pergi balik.. kalau korang pilih untuk pergi dan balik pastikan korang pilih date untuk balik tuh sekali yer… 





Langkah yang ketiga pula korang kena masukkan bilangan tiket yang korang nak booking tu selepas itu pilih la class seat dan click la cari… mudah jerk kan! So later, akan terpapar la antara senarai fight dan waktu yang ada… so korang boleh la buat pilihan korang nak naik  fight yang mana okay… dan korang juga boleh bandingkan harga tiket ini mengikut bajet korang dah plan daripada awal, supaya bajet korang tak la lari nanti.

Lepas dah korang pilih flight  dan masa korang kena la proceed untuk ke next step iaitu untuk membuat pembayaran tiket.. kalau korang nak tahu korang boleh buat bayaran dengan menggunankan dua kaedah taw. Iaitu dengan cara online banking seperti menggunakan Maybank2u, Cimb Cliks dan banyak lagi…kan sekarang dah banyak bank yang ada online baking… di Zaman IT ni, tak payah susah-susah nak pergi ke machine ATM nak bank in bagai kan… cara yang kedua ialah dengan menggunakan kad kredit .. So korang boleh jer pilih nak bayar cara yang mana satu janji korang bayar ye!!! Hahahahaha

Haa korang dah percaya ke apa yang Cik Ash share ni??? Mesti la dah percaya kan.. bukan selalu taw dapat harga yang terendah macam tuh… naik flight okay apa.. bukan naik bas.. So, apa lagi yang korang nak tunggu tu?? Jangan bazirkan masa korang pergi Cepat book Air Asia online di website Traveloka sekarang u ollss