Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma |  Assalamualaikum... Berita Baik!! Kepada anda yang ada selalu tengok website Tonton tu sekarang dah ditayangkan secara percuma. Tak payah dah nak login masuk email dan password nak langgan ke nak tengok cerita-cerita lain. 
Yang paling best tiada lagi yuran langganan seperti sebelum ni. Nak tengok drama-drama lama berulang-ulang pun boleh secara percuma.
Ianya sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh 
Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan 
programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling 
pesat berkembang.
Ini berikutan pengumuman Media Prima untuk menggabungkan semua kandungan video dalam talian yang menggunakan perkhidmatan ‘YouTube’s Player for Publisher’. Untuk semua pengguna yang melanggan tonton VIP (pakej langganan 
berbayar tonton) pada tahun 2018 akan dibayar balik secara prorata dalam
 masa 90 hari.
Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai 
khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan
 Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya.  Ia juga turut 
membolehkan tonton  menjana pendapatan yang lebih mampan melalui 
pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai 
alat yang paling berkesan untuk para pengiklan menyasarkan khalayak yang
 tepat untuk kempen mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata Model langganan 
VOD belum lagi matang di Malaysia dan selepas kajian yang teliti kami 
memutuskan bahawa pendemokrasian kandungan tonton melalui pelbagai 
platform adalah strategi yang terbaik untuk mencapai potensi penuh kami.
"Ini akan memberi manfaat kepada semua dan ia membolehkan Media 
Prima mencapai lebih ramai khalayak. Manakala para pengguna yang sudah 
biasa dengan platform Youtube dan Daily Motion pula berpeluang untuk 
menonton rancangan kegemaran mereka sepuas-puasnya.  MPTN juga sekaligus
 dapat mencapai perolehan yang lebih baik hasil pengiklanan melalui 
kerjasama dengan YouTube. Langkah itu akan membolehkan para pengiklan 
memanfaatkan populariti kandungan tonton untuk menyasarkan penonton yang
 tepat sambil memastikan keselamatan jenama mereka sepanjang kempen." Katanya
 Diperkenalkan pada tahun 2010, tonton merupakan perkhidmatan penstriman 
VOD pertama di Malaysia yang menawarkan drama, aneka rancangan, filem, ‘telemovie’, program hiburan, dan acara serta program televisyen secara ‘live’
 yang terbaik di Asia dan antarabangsa. Populariti platform itu 
meningkat kepada lebih 8.4 juta pengguna berdaftar dengan kadar 
pertumbuhan sebanyak 20,000 pengguna setiap minggu.
Sumber :  www.xtra.com.my



This post have 8 komentar
meme best tgok tonton di mana2 skrg. free plak tu! thanks media prima. x mcm mediacops yg x benarkan kita akses stesen TV mrka.
Replyyayy dah free! takpayah sha beli yang rm3 sehari tu hahaha
Replywow baru tahu ni! boleh marathon nampaknya. thank you cik ash :D
Replyadoi jare sangat nok buko web tonton, hii tapi apapun langkah yang bijak..
Replyadik sdara sorang je langgan tonton dan kalo nak tengok pakai jeee acc dia. tapi usually tengok yang free je ahak ahak.. baik bayar Netflix =D
Replyha ah kan abam kie.. mudah loni... dulu gak susah nak tengok
Replyhihiih aritu suami ada cakap pasal ni..bagus la dah tak yah bayar. kena log in bagai leceh
ReplyWaah.. Bgusnya.. Sy bru tau pasal tonton ini.. Sbb sy jarang juga tgok tv.. Hehe.. Nice sharing
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon