Sunday, July 24, 2022

MAT KILAU Terbaik Membangkit Semangat Kemelayuan

 MAT KILAU Terbaik Membangkit Semangat Kemelayuan |Assalamualaikum... Benda dah lama basi asyik tertangguh entri ini dekat draf.  Setelah lama Cik Ash tidak ke pawangan untuk menonton filem. Tahun ni diberikan peluang untuk menonton bersama encik suami hihihi.

 

mat kilau
Sumber Google 

Pada hari Ahad 26/6/2022 , Cik Ash berpeluang untuk  menonton filem Mat Kilau ni di pawagam berdekatan di Kulim Central. Suami Cik Ash book tiket online hari Jumaat lagi. Masa untuk tontonan ni waktu pagi dalam jam 10.40 pagi. Untuk mengelakkan parking penuh seawal pagi bertolak ke sana.


Pengalaman Cik Ash sendiri menontonnya di pawagam memang perasaan begitu teruja nak tengok filem ni, sebab Cik Ash kalau cerita ada ilmu persilatan memang minat hahaha. Tambah-tambah lagi  pelakon-pelakon semua yang hebat.


Untuk permulaan cerita filem Mat Kilau telah berjaya membakar semangat kemelayuan sejati dan cintakan tanah air di mana pelakon Mubarak Majid dan Elie Suriaty membawa watak dengan baik.


Plot yang bermula dengan ketegangan di mana British telah mengupah askar-askar untuk membunuh orang Melayu dengan kejam tak kira yang tua, muda dan kanak-kanak dibunuhnya.


Dari segi lontaran dialog, ekspresi muka tu watak-watak berjalan dengan baik, memang boleh menangis sewaktu menonton filem ni. Semasa menonton Cik Ash ni banyak menahan geram dan air mata yang mengalir bertapa Cik Ash benci dengan kekejaman yang British buat dekat tanah Melayu kita.


Plot yang Cik Ash tak boleh lupa di mana askar upahan British membunuh isteri yang sarat mengandung paling menyayat hati, dibunuh  dihadapan suami hidup-hidup disaksikan oleh suami dan sahabat beliau di sebalik berlukar. Si suami hanya mampu melihat sahaja kekejaman yang telah dilakukan oleh pembunuh upahan British   tapi dihalang oleh sahabatnya .Plot ni Cik Ash menangis berjuraian air mata sambil dekat mulut terkeluar kata-kata Allahuakbar. Perasaan masa tu meremang bulu roma, besar kepala, semua perasaan ada. 


Apa yang Cik Ash nak puji dengan Filem Mat Kilau ini ucapan dialog sentiasa diisikan dengan ucapan Akidah ayat-ayat agama seperti istighfar, Allahuakbar, sebelum bermula bersilat, berserah semuanya kepada Allah s.w.t. sampai dalam masa menonton filem ni boleh terbayang dekat novel Ramlee Awang Murshid kisah perjuangan Laksamana Sunan kalau novel tu difilemkan ambil semua pelakon dalam filem ni la hahaha. Tapi hanya angan-angan jer novel tu tak boleh difilem sebab agak 


Kepada peminat Fattah Amin mesti teruja nak tengok hero Malaya beraksi dalam persilatan hihihi, selalunya ramai yang kata lakonannya kayu jer kan tetapi kali ini tampil kelainan sungguh sampai Cik Ash boleh terpacul dekat mulut WOW bila tengok watak dia dalam filem ni gerak silat yang dilakukannya. 


Cik Ash bagi 9/10 untuk filem Mat Kilau ni, sekalung tahniah buat pengarah Syamsul Yusof walaupun penuh dengan isu kontroversi filem hebat ditayangkan membangkit semangat anak melayu dalam diri ni. Syabas untuk orang Melayu selama  seminggu  ditayangkan di pawangan kutipan 23  juta, Cik Ash dan suami antaranya yang menonton support filem Malaysia.


Yang mana belum menonton harus la pergi menontonnya walaupun cerita ini tidak sepenuhnya berkisarkan sejarah Mat Kilau tetapi banyak mesej yang disampaikan dalam filem ni. Filem epik yang buat kita jadi bangga pada bangsa kita. Cik Ash harap akan ada lagi filem yang sejarah macam ni selepas ini.


Ok la itu jer coretan mengenai pengalaman Cik Ash menonton filem Mat Kilau. semoga korang terhibur la membacanya. 


#matkilaumovie 

#matkilau

#filemmatkilau

 #matkilaukebangkitanpahlawan 

Thursday, July 21, 2022

Ost Lagu Drama Jodohku Babysistter

 OST Lagu Drama Jodohku Babysistter | Assalamualaikum... Drama yang menggantikan slot megadrama ni nampak macam menarik, gandingan Aliff Aziz dan Intan Najuwa nampak serasi hihihi... Drama ini telah ditayangkan pada 6 Julai 2022. 



Penulis skrip drama ini adalah Panel Kotak Cerita, diarahkan oleh Hadith Omar. Manakala untuk syarikat Produksi adalah Juita Viden Sdn Bhd. Penerbit untuk drama ni semesti siapa lagi Michael Ang la. 


Drama bersiri 20 episod ni dilakonkan oleh pelakon -pelakon yang berbakat membawa watak dengan jayanya. Antara pelakonnya adalah Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Natasha Nazira, Isaac Iman, Nina Juren, Sharifah Fatimah Hawra, Rahman Hamid, PS Mansur.


Sinopsis Drama Jodohku Babysistter

Drama ini mengisahkan tentang Adam seorang duda anak dua setelah bercerai dengan bekas isterinya, iaitu Ika yang telah curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. 


Adam sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, sehingga Adam bercadang tidak lagi jatuh cinta dengan mana-mana perempuan lain tetapi disebaliknya dengan kehadiran Adel yang merubah segalanya.


Adel menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya. Adakah cinta mereka akan menyemai kehidupannya saksikan la drama ni sampai akhir episode.


 Ost Lagu Drama Jodohku Babysistter 


Berikut adalah antara lagu-lagu yang terdapat dalam drama Jodohku Babysistter. 


Lagu Tema 

Penyanyi : Bella Astillah & Aliff Aziz

Tajuk Lagu : Tetap Disini


Manakala untuk lagu- lagu yang lain seperti berikut.


Tajuk Lagu : Kesalahan Terindah

Penyanyi : Siti Nordiana 

Lirik : Siti Nordiana


Tajuk Lagu : Sekali Lagi 

Penyanyi : Siti Nordiana & Nubhan 

Lirik : Sepet & Nana Alias


#jodohkubabysistter

#ostjodohkubabysitter

Monday, July 11, 2022

Tukar Beli Kereta (Trade-in) Kini Lebih Mudah

 Tukar Beli Kereta (Trade-in) Kini Lebih Mudah | Assalamualaikum… seperti yang kita tahu semasa COVID-19 , 2 tahun lepas kebanyakan memberikan kesan kepada kita dari segi pekerjaan dan pengangkutan. Situasi ini banyak kita perlu fikir untuk mempertimbangkan tukar beli kereta baru bukan untuk nampak lebih gah, tapi lebih kepada keselesaan. Kebanyakan akan buat tukar beli (trade-in) kereta sesudah habis di bayar dengan kereta baru.


Trade in
 

Kerap kali juga,saya bertemu dengan individu yang memang sengaja hendak tukar beli (trade-in) atau jual kereta lama mereka atas sebab-sebab seperti susah hendak parking,hendak kurangkan komitmen bulanan,perlukan duit,dan hendak cover duit deposit kereta baru. Tak kisahlah,apa jua alasan yang  anda berikan  untuk tukar beli (trade-in) kereta.Pastikan anda tukar beli (trade-in) dengan cara yang betul dan berhemah.Jangan sampai disebabkan urusan tukar beli (trade-in) yang silap langkah mengakibatkan hidup anda diselubungi masalah yang mungkin berpanjangan.Saya tidak berniat untuk menakutkan anda,cuma sekadar berpesan agar anda lebih berhati-hati.

 

Untuk hendak tukar beli kereta di sini ada beberapa langkah atau proses yang perlu kita lakukan

 

1-      1-      Semak Baki Pinjaman

2-      Semak Harga Pasaran Semasa untuk kereta sedia ada

3-      Buat pilihan yang bijak untuk masa depan

4-      Serahan tukar beli (trade-in)

2

2       Kita mulakan dengan langkah atau proses yang pertama iaitu Semak Baki Pinjaman untuk selesaikan pembayaran jika perlu ataupun anda boleh abaikan proses ini jika kereta yang anda hendak tukar beli (trade-in) tu sudah habis bayar.Jika kereta anda masih terikat hutang atau loan dengan pihak bank,sila call ataupun terus walk-in ke mana-mana cawangan bank yang berkaitan untuk semak baki pinjaman terkini. Selain call atau walk-in ke bank.Anda boleh jugak dapatkan jumlah anggaran baki hutang pinjaman kenderaan di laman sesawang rasmi bank.

 


 

Langkah atau proses yang kedua Semak Harga Pasaran Semasa seperti yang anda sedia tahu sebelum ingin membuat tukar beli ( trade-in) kereta anda seharusnya perlu menyemak harga pasaran semasa kereta anda dan untuk pengetahuan harga pasaran dan harga kereta yang terpakai adalah berbeza dan untuk harga kereta yang terpakai akan di nilai pada model,kondisi dan jarak tempuh (mileage) kereta bagi memudah fahamkan situasi ini saya cadangkan anda ke laman sesawang https://www.carpaymentcalculator.net/calcs/savings.php dimana laman ini akan membantu anda untuk membuat perbandingan diantara tukar beli (trade-in) dan yang baru.

 

Manakala Langkah atau proses seterusnya iaitu yang ketiga adalah buat pilihan yang bijak anda perlulah membuat pilihan yang bijak untuk memilih kereta yang bersesuaian dengan anda dan juga bajet anda ini amat penting kerana kalau tersilap membuat pilihan akan merugikan anda di kemudian hari dengan beban di sebabkan membeli kereta baru.sebagai saranan anda perlulah membuat pengiraan terlebih dahulu untuk memastikan setiap perbelanjaan berjalan dengan baik biasanya saranan saya anda juga perlulah memilih laman sesawang yang boleh membantu anda dalam membuat pengiraan di https://www.carpaymentcalculator.net/ dan laman sesawang ini dibina secara khusus untuk membantu anda dalam membuat pengiraan dengan teliti dan spesifik adakah kereta yang kita ingin memenuhi bajet yang kita kehendaki,disamping itu juga laman ni juga boleh membantu anda untuk mengira nilai tukar beli (trade-in) bagi kereta yang lama.

 

Langkah atau proses yang terakhir yang keempat untuk serahan tukar beli (trade-in) ia mengikut proses berserta dokumen-dokumen yang telah di buat dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak diantara penjual dan pembeli.



 

Akhir kata dari saya Semoga perkongisian ini dapat membantu anda dalam membuat tukar beli (trade-in) kereta dan dapat memberi sedikit kefahaman dalam membuat keputusan yang bijak untuk masa depan anda.

Wednesday, July 6, 2022

Dapat Barang Daripada Sproutme

Dapat Barang Daripada Sproutme l Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini nak kongsi sesuatu dengan kurang, korang suka tak request barang untuk dicuba dulu, kalau suka Cik Ash kongsi satu tempat website ni boleh kita join secara percuma jer. Macam-macam barang yang kurang boleh dapat dekat sana. 


Sample


Caranya cukup mudah nak join korang boleh follow entri cara untuk register, ikut arahan di entri tu. Seronok bila dapat barang yang perlu kita cuba dulu kalau sesuai dengan kita boleh beli di pasaraya nanti.


Barang yang Cik Ash dapat daripada Sproutme ialah Mi Sedap Singapore Laksa,Solve Dishwash, dan So Royale Soflan.

 



Antara produk yang pernah Cik Ash dapat melalui website Sproutme ialah boleh tengok dekat bawah ni. 


👉Dashing Elite Racer Hair Wax


👉Makanan Kucing Daripada Royal Canin


Dekat Sproutme ni korang kena log in setiap hari  untuk kumpul point. Point tu kegunaan untuk kita request barang kita nak tu, lagi banyak point lagi banyak peluang untuk dapat barang tu. Cepat-cepat join Sproutme taw.

Friday, July 1, 2022

OST Drama Tarik Aku Ke Syurga

 OST Drama Tarik Aku Ke Syurga | Assalamualaikum... Hai, disebabkan ada yang tengah mencari OST drama tengah trending dekat slot Samarinda TV3. Jom tengok antara lagu yang terdapat dalam drama ini. 


TAKS

Sebelum Cik Ash kongsi lagu-lagu yang terdapat dalam Drama Tarik Aku Ke Syurga ini apa kata baca dulu sinopsis drama ini dekat bawah Cik Ash kongsikan untuk korang semua. Drama ini mesti ramai yang akan tengok pelakon Zul Ariffin kan hahaha.


Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga 

Zamri adalah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajjah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajjah Raudhah sangat menitik beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajjah Raudhah merupakan pakar motivasi yang sangat berpengaruh. 


Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak yang baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup yang berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajjah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam. 


Hajjah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?


OST Drama Tarik Aku Ke Syurga 


Peminat drama Tarik Aku Ke Syurga ini mesti tak sabar nak tahu lagu apa yang ada dalam drama ni, berikut antara lagu yang terdapat dalam drama ni ialah :-


Tajuk Lagu : Bukti Cinta 

Penyanyi : Wanie ooi

Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh 

Lirik : Ikhwan Fatanna


Tajuk Lagu : Kekasih

Penyanyi : Aiman Sidek feat Aniq Muhai, Alif Azhari

Lagu : Aiman Sidek

Lirik : Aiman Sidek/ Fedtri Yahya


Tajuk Lagu : Teristimewa 

Penyanyi : Aiman 

Lagu : Aiman Sidek

Lirik : Aiman Sidek


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama Tarik Aku Ke Syurga ni, lagu dalam drama ni semua belum dengar lagu mungkin penyanyi baru kut. 


#dramatarikakukesyurga

#osttarikakukesyurga

#tarikakukesyurga